Perpindahan Mat Yo: KAFA tak pernah tuntut RM1 juta
Kontroversi bayaran perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor
“MENGARUT.”
“kami tidak pernah minta pampasan RM1 juta, Laporan itu tidak benar sama sekali.” Itulah kata-kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Rosmadi Ismail ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang berkeras tidak akan melayan pampasan RM1 juta dituntut KAFA.
Susulan kenyaatan tersebut, Rosmadi turut mempersoalkan dari mana Johor mendapat laporan tersebut sedangkan pihaknnya sendiri tidak pernah menuntut atau mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Jujur, saya tidak tahu dari mana sumber berita ini diperoleh. Namun di pihak KAFA, kami tidak pernah membincangkannya.
“Apa yang saya tahu, kami memberitahu mereka akan mengkaji peraturan terlebih dahulu sebelum melepaskan Norshahrul Idlan Talaha,” kata Rosmadi.
Media tempatan hari ini melaporkan bahawa PBNJ tidak boleh membayar RM1 juta kepada KAFA sebagai tebus kontrak untuk melepaskan penyerang Red Warriors itu yang turut dikenali sebagai Mat Yo kepada Johor.
Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, ini kerana jumlah itu tidak menepati peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Jelasnya, mengikut peraturan FAM, jumlah yuran perpindahan yang perlu dibayar kepada mana-mana pasukan ingin mendapatkan khidmat pemain masih mempunyai kontrak, sepatutnya lebih rendah daripada RM1 juta.
Dalam pada itu ketika ditanya sama ada Mat Yo akan dilepaskan atau kekal bersama Kelantan, Rosmadi bagaimanapun berkata, pihak kafa masih belum membuat sebarang keputusan mengenai itu.
“Kami belum mengadakan mesyuarat untuk membincangkan hal ini.
“Insya-ALLAH, keputusan akan dibuat dalam masa terdekat,” jelas beliau lagi. — Sinar Harian
November 3, 2012 - 9:18 pm
Mana-mana pasukan yang nak jadi juara segera (atau jaguh kampung), ambiklah kami, ‘money back guarantee’ lagi.
Tapi kalau mana-mana pasukan ingin berjaya untuk jangkamasa panjang (juga demi negara), gilaplah bakat tempatan.
November 3, 2012 - 9:30 pm
mentaliti pmain2 Liga M jauh lg tuk dikatakan PROFESIONAL… dh tau tempoh kontrak masih ada x plu le pkul canang dgn reporter ckp nk beralih angin bagai.. respek le skit psatuan … ingat liga 9 sbelah ape?
November 4, 2012 - 4:32 pm
Mat yo ni dia main bola mmg bijak…Tp dalam membuat kenyataan tok brapo bijak….kalau KAFA tak nak lepas dia..dia nak kata Apa?malu laaaaaaaaaaa….pasal masih lagi BINI ORANG TAPI GILO GELENYA NOK KO JANTAN LAIN..(mmETA JANTAN TU KAYO KRABAT RAJO GAK…..(ANALOGINYA)
November 5, 2012 - 9:10 am
Yolo Matt demo bahagian wat analagi meme hebat hehe
November 5, 2012 - 5:20 pm
kan sekarang dah musim perpindahan.. setiap player berhak tentukan hala tuju masing2, lagipun PBNJ ikut saluran betul dengan berunding terus pengurusan KAFA. yang salahnya kalu ikut jalan belakang cam owebunie player n9 sign kontrak dengan terengganu.
kena le terima hakikat ini liga profesional, player tu boleh pergi dan datang,
November 3, 2012 - 10:10 pm
Dlm kes ni,seolah2 pihak KAFA yg bsalah!!!! Bc statement TMJ…die kate pihak matyo n KAFA kena selesai sdiri,n dah slesai PBNJ bru mnyusul!!! Ckup senang bunyinyr…. Andai TSAM ader dcni bler isu mula timbul,aku xrase yg ia akan brlarutan sapa ke tahap ni!!! Matyo dan PBNJ dah buat kem TRW ‘bergolak’…
November 3, 2012 - 11:24 pm
malaysia kalah dgn vietnam 1-0..PBNJ punya pasal la ni,habis kecoh konsentrasi smua pemain..”pening” Mat Yo nak main untuk negara..johor ni kecoh la,bincang senyap2 dah la,jangan duk myusah kan pemain lagi,kejap nak byr 1juta,kejap ikut FAM,ni mesti duit dah habis bayar player import..rajaguli pun dah panas punggung apa nak jawab dgn PC skrg..
November 3, 2012 - 10:20 pm
Hah.. Jadi.. Mangkuk ayun mana yang reka cerita KAFA mintak RM1 juta ni? Benda ni dah kecoh dalam surat khabar terutama Berita Harian si Wan Fakhrul tu. Ginilah.. Nak jual ngan harga RM1 juta salah ngan undang2 FAM.. Mohon KAFA jual dengan harga RM 999,999.90 hehehehe.. Ko guano gu.. Tak salah.. Demo nak beli kawe jual..
November 3, 2012 - 10:35 pm
nampaknya undang2 harga pecah kontrak ada plak limit dia xleh sampai RM 1 juta. FAM buat la juga undang2 supaya pemain x boleh offer dibayar gaji yg melampau2 sampai RM 80000 sebulan. amacam?
November 3, 2012 - 10:46 pm
Nak tergelak la dalam kes budak mat yo. main x ler perform mana ngan TRW tahun ni tapi final Msia menjadi plak. Buat Mat Yo dah kau tu ade contract lagi ngan KAFA hormati la nak runding2 xpe tapi biar berhemat. Yg Johor plak runding ngan pemain je dulu ketepikan saluran betul ngan pemunya kontrak mat yo iaitu KAFA. cam x tau peraturan n prosedur plak. Padan la kalu TRW letak harga tinggi pun sebab ‘tapping’ ngan pemain dulu baru antar surat kat KAFA minta nak runding. Kalu x bleh bayar RM 1 juta minta bayar RM 1 dah ler. Aku cdgkan supaya perlu ada gaji siling cthny tak bleh melebihi 20000 sebulan ke kepada pemain dalam liga M. Baru la pasukan kecil leh celen cikit2 nak dapatkan pemain2 terbaik.
November 4, 2012 - 12:03 am
Senang btul jwpan.bile dh tmbul kekalutan,jwpannya ‘biar matyo selesai sendiri dgn kafa’.yg kite gi kacau tu knpe? team lain ade jgk jual beli player tp x ade plk kalut mcm ni.lain kali bile dh sign kontrak blhlh nk heboh satu dunia pn.
November 4, 2012 - 12:58 am
cofee break kejap pasal mat yo,pening mat yo dah tu..
ada cter baru..ex-pemain arsenal nak mari kelantan..
pakat tgok wikipedia kelantan fa..
pastu search…
“eduardo-da-silva-bakal-ke-kelantan-daniel-guiza-ke-johor”
hangat…..TSAM balik haji ahad ni,kita tggu pengumuman dari HajiTSAM..GOMO KELANTAN GOMO…
November 4, 2012 - 1:53 am
yelah mmg dlm wikipedia dh msuk nama eduardo.siap dh ada nmbor jersi.inilh cntoh prsatuan yg profesional.x ade duk gempur sana sini.kite tnggu je TSAM umum nnti utk kesahihannya.
November 4, 2012 - 1:50 am
Jangan mahal mcm guiza udah la. Kelate tak perlu buang duit beli satu dua pemain. Kalu tidak takde beza dengan johor. 1 team main serasi lebih seronok tengok dari seorang dua superstar.
November 4, 2012 - 11:14 am
KAFA tak pernah umum nk jual matyo 1juta…berita hairan je yg duk kecoh2…Johor asik masuk tv3,astro byk sgt buat kenyataan..KAFA xde pun buat kenyataan lebih2…aku pun pening..lepaskan aje matyo,mintak tebus kontrak RM999,999.99 tunai…xle hutang2,cash term..suka ati KAFA ler nk letak berapa pun,pembeli kena akur la..ni main tarik2 tali plak…
November 4, 2012 - 2:44 pm
Ni salah satu perang saikologi johor@KONSPIRASI MEREKA nak jatuhkan reputasi kelntan…maklumlaaa.SELALU KENA PUJIII…..pengurusan terbaeekkkk…ITU TERBAEEKKK INI TERBAEEKKKK…TREBLE PULAK TU…(RAMAI LA YANG DENGKI…)