Bolot pemain kebangsaan beri kesan negatif kepada Harimau Malaya

Harimau Malaya

Tindakan beberapa pasukan dalam Liga Super memonopoli sebahagian besar pemain negara akan memberikan impak negatif kepada skuad bola sepak kebangsaan.

Pengendali Sarawak, Robert Alberts berkata, kehadiran pemain kebangsaan dalam pasukan berkenaan yang selalunya tidak diberikan peluang bermain secara kerap, akan menjejaskan prestasi mereka.

Jurulatih berasal dari Belanda itu berkata, demikian sebagai merujuk kepada beberapa pemain utama negara dalam skuad Johor Darul Takzim (JDT) yang hanya menjadi simpanan.

“Membiarkan pemain terbaik negara di bangku simpanan tidak bagus untuk pemain itu sendiri sekali gus bakal memberikan impak negatif terhadap pasukan kebangsaan,” katanya.

Menurutnya, pemain terbabit sepatutnya beraksi secara kerap untuk mengekalkan tahap persembahan dan berada di prestasi terbaik untuk mewakili negara.

Sehubungan itu Alberts berkata, siapa yang menjadi jurulatih negara akan berdepan dengan tekanan untuk membina pasukan kuat.

Mengulas mengenai kempen semasa Liga Super yang bermula minggu lalu Alberts berkata, beliau mendapati kualiti saingan semakin tinggi berikutan kehadiran ramai pemain import.

“Agak menarik untuk menyaksikan beberapa pasukan berlumba-lumba membawa masuk pemain berwibawa untuk menguatkan pasukan masing-masing dengan hanya mereka yang konsisten akan menjadi juara,” katanya.

Beliau turut menamakan enam pasukan yang berkeupayaan muncul juara membabitkan Johor DT, Kelantan, Angkatan Tentera, Selangor, LionsXII dan Pahang. Alberts bagaimanapun tidak menolak kemampuan Sarawak mencabar enam pasukan itu ketika beliau sendiri meletakkan sasaran skuad Bujang Senang untuk berada dalam kelompok enam terbaik musim ini.

- BERNAMA

p5rn7vb

33 Responses to Bolot pemain kebangsaan beri kesan negatif kepada Harimau Malaya

  1. dari satu segi mungkin ada kebenarannya. tp mcm mana pula dgn barcelona dan bayern yg byk bolot pemain pasukan negara masing2 iaitu spain dan jerman? elok je bahkan selalu menang piala dan layak ke final kejohanan. bila player selalu bermain dlm satu2 kelab, chemistry akan dibawa ke pasukan kebangsaan sbb dah biasa dgn corak permainan masing2.

    • jdi lepas ni ambil pasikan JDT main untuk MALAYSIA aje lah senang dan jadikan jaminez coach jdt dan malaysia sekali JIMAT FAM dan PBNJ boleh kongsi bayar gaji

      • boleh tp nnt timbul isu pilih kasih pulak sbb konfem dia akan lg prefer guna player sendiri. yg paling bijak coach malaysia kena pandai buat pemilihan tanpa ada unsur berat sebelah pada mana2 pasukan. xde sapa pun paksa pemain tu utk pergi main jdt. dia py karier pandai2 la dia tentukan. jd pemain bola bkn mcm keje kjaan ada security boleh keje smp umur 60 tahun. paling kuat outfield player pun dlm 15 - 20 tahun jangka hayatnye. so jgn salahkan pemain kalau pasukan kaya tu mampu bayar gaji jauh lg tinggi dr pasukan sebelumnya. cuba letak diri sbg pemain bola dan anda akan paham knp duit boleh jd faktor kuat utk berpindah pasukan. dan lebih baik robert albert gesa fa sarawak utk rajin2 kayakan pasukan dgn cari sponsor sendiri mcm kelantan buat atau lantik sugar daddy mcm jdt buat.

        • betul2…heheehe

        • Eh mcmana kau tahu jdt lantik sugar dady?itu kan sponsor utk pasukan dorang sendiri lah. Kalau kau nak tau list sponsor jdt sama dengan kelantan sebanyak 13 syarikat. Tapi, ada tapi dia, sponsor syarikat kelantan tak sebesar yg jdt dapat lah. aku senaraikan syarikat kau fikir sendiri taf ke tak 13 syarikat utk dua2 team..

          Kelantan-
          AzizanOsman.com
          Adabi
          Mamee
          Sinar Harian
          Syarikat Muda Osman
          Trésenergy.com
          Desa Murni Batik
          Pure’re Spritz
          Keropok Sira Cap Nara Pasir Puteh
          Wan Huzairil
          Yusri Maju Sdn. Bhd.
          Secretleaf
          Red Bull
          Shirt sponsor-Hotlink, Material manufacture-Warriors

          Johor-
          Tropicana Corporation
          Iskandar Malaysia
          Berjaya Group
          Drive M7
          Grand Paragon Hotel
          KFC
          Pizza Hut
          UDA Holdings
          AL-Ikhsan
          Sharp Corporation
          100plus
          Country Garden
          Johor Corporation
          Title sponsor-Country Garden, Shirt sponsor-Nike

          dan kalau kau nk tau lg,dalam sistem perniagaan player,utk player level tggi atau bintang ada sponser sendiri yg pegang contohla kontraktor kelas A. Kau taktau kan. So mcmana jd sugar dady pulak? Kau nilai sendiri contoh keropok sira & mamee utk kelantan celen brapa jauh beza dgn pizza hut & kfc utk johor or desa murni batik vs al-ikhsan? nmpak setaraf redbull vs 100plus..jd nmpak kan beza yg besar utk sponsor. bila team tu rebuilt secara total dan nama naik,sponsor mari maa..tak payah cari takkan kau tak tau..apa lg sugar dady..fake ayat kau kenakan team orang. Selidik dulu bro.

          • dari mane ko dapat ni…hehehe… bukan sugar dady, tapi sponsor yang berkuasa iaitu ANAK RAJA….
            kalau A kata ANAK RAJA, mesti A juga walau macam mane skali pun…..

          • Info tu kat wikipedia ada. Sponsor anak raja ke anak buluh betong ke anak bentong kali ke, ada budget dulikkan dia…jutawan arab berapa ramai sponsor team europe??jutawan malaysia berapa org sponsor team epl??…senang cakap ko cakap je semua dorang sugar daddy..

          • biarkan dorg sep.ada sponser kewangan kukuh bercakap,takda duit lg bercakap.Player ada tunggak gaji tak bercakap pulak.Persatuan masalah kewangan tak cakap pulak.Bila ada yg kukuh bercakap2.org melayu biasa2 jela.faham2 jela.

          • Ko terlupa satu lg sponsor JDT, iaitu FAM.. Kalo x xkn sng2 je bg result JDT mng 3-0, ataupun JDT yg jd sponsor utk FAM, biasa la malaysia, smpai mampus pun xbole pegi world cup..

          • Yeke FAM sponser, dah bnyk jugak duit keluar bayar denda. Aku rasa bukan sponser tapi FAM takut, lagipun kepala FAM pak sedara TMJ doww..Pusing manapun sedara jugak..

        • Entah kau ni.Kau sebut kayakan pasukan,kalau kaya pesal kelantan tak buat stadium besar untuk set2 dio?Bukan ke kelantan dah rancang bertahun stadium dgr tak siap2. Budget lari pe? Itu ke kaya? Johor setahun jagung dah start buat stadium lain skung. Sebab dapat roll duit keluar balik. Stadium larkin pun stadium kelantan tak dapat bit kualiti dalaman dio.Kau suruh robert albert tu sarawak baru naik liga bukan senang dapat sponsor besar2 untuk kayakan team. JDT sebab tmj start guna duit poket dio sindiri tahun lepas,baru banyak syarikat buka mata dengan jenama dorang.Kurang beban tmj cuma tambah bayar denda aje. Melalut la kau jentayu.

          • Jentayu tu bukan tau apa sgt sep…Nak dia hentam team orang dia cakapla yang bukan2..sselidik betul2 tanak..Aku pun setuju, team kelantan 5 tahun stadium penuh kata nak buat stadium baru tak siap2 pun…airboard point pun perdana menteri bagi dulu bukan beli sendiri…Income mesti byk gak dari jualan tiket…Jdt setahun jagung cuma sponsor syarikat besar2 tak masuk individu lg…strategi pun sistematik ikut pro europe punya cara…ramai player oversea cakap…

          • Fans sarawak pun mintak sarawak contohi pengurusan johor dari tahun lepas.Itu salah satu untuk dorang dapat sponsor syarikat besar.Bukan cuma banyak sponser tapi kewangan macam tak ada je. Itu sebablah norfarhan lari sebab kelantan tak layan demand dia. Kalau team kaya,player star bos mesti jaga cakap banyak tak ada bayar je sebab untuk kebaikan sama2. Johor leh tambah lagi budget yg lari tahun lepas sbb bayar denda itu ini beli aimar 2 kali ganda mahal dari guiza.Sebab sponsor kuat banyak. Sebab tu ramai fans sarawak nk folow cara management johor utk sama2 naik. Ikut kelantan stadium pun tak siap kena sewa lagi buat ape. Kalau pencapaian tu leh la ikut.hehe

          • Sbb tu TMJ meroyan tu.. Duit poket dh abis byk kan, tp x mng2, musim ni labur besar lg tp nmpak gaya xleh jalan jgk, xde cara lain cari pasal la, lwn t-team gado, lwn phg pun gado.. Ape brg xde integrity.. Mcm ni la sng, korg masuk liga stadium2 cantik malaysia, kira ade piala la korg musim ni, ok x bro idea gua??

          • Kiatisuk Senamuang

            Depa mai lawan kedah tkdak gaduh pun takat nih…Ada cara dia..Depa dok meliaq ampa dok layan bakaq darah muda, api jadi bara,belum padam bara lagi ditiup menyala lagu mana nak ilang…biaq pi bara padam sendiri.. Contohnya bab bangsa tu jgn dok maing2 noh.. Depa melayu ramai suku,serupa suku kedah,kat pahang pun ada serupa… dok keji depa jadi liaq… Ada tak suka bila kata lanun,ampa nengok depa tulis lanun tu sebab depa ‘buat2′ nu.. Sebab lanun kat mesia ni dulu suku bugis… Kedah antara ramai bugis sama darah dengan bugis johor/selangoq,ada kedah terasa tapi depa diam sebab bola ja aih.. Ampa pikiaq balik na, BIAR JASA JADI KENANGAN itu yang kami guna.

        • Kaya ke skuad kelantan? persoalan yg dimulakan jentayu dulu. Kaya stadium tah bila siap, dengar siap ada kena sewa pulak. Johor kerajaan amik alih secara total, stadium mppg akan jd team presiden punya, stadium larkin akan jd jdt II punye, stadium baru utk jdt. Lagi stabil dan profesional. Ini nak kena sewa dengan kerajaan negeri lak ape ke halnyer. Siap share utk team presiden,tumpat,liga super,piala emas raja2,liga tengkorak…mana tak rosak stadium, cakap kaya..kahkah lawak jentayu ni cakap tkda fakta.

          • kpd rakan2 peminat bola, betul skrg ni spt sep kata byk sykt yg buka mata utk sponsor jdt tp spt jg sep kata segalanya dimulakan oleh duit poket tmj. bukankah ini sugar daddy? model ini sama mcm terjadi pada team spt chelsea ngan man city dan xde masalah pun. apapun bukan nak kutuk jdt sbb duit x kira dr sponsor atau sugar daddy tetap duit dan dlm bolasepak moden, penting ada duit. sy cuma komen spy fa sarawak tu usaha lah carik duit sendiri ikut cara mana pun janji halal drpd dok komplen keupayaan team lain utk sign mana2 high profile player sbb meka kaya. sila fahamkan isu tersebut sblm tembak sy. pasal kelantan, ya mungkin x sekaya jdt dan x mampu nak beli star2 player tp selain jdt, kelantan team paling self sufficient dan paling kurang dpt direct sponsor dr kjaan negeri. jdt pun dpt dr jcorp anak sykt kjaan negeri johor.

          • Bila ada laki sponsor org bilang sugar daddy.Apa punya mentaliti melayu utk segala kerja umum pun leh tergolong bnda tu.Sugar daddy tu title utk orang perempuan jalang.Lainla tmj sponsor fazura sorg ke itu leh la sama ayat kau cakap tu.Kalau aku kaya dan minat bola pun aku sukarela kuar duit yg aku mampu beli itu ini.Jadi aku pun sugar daddy ke?Tak boleh pakaila ayat tu kalau minat sukan dan kuar duit sukarela.Bukan beli perempuan kabaret bro.Habis tu kelab kaya kat EPL tu bilionair arab labur duit dia utk naikkan pasukan dia pegang dia pun sugar daddy pe?Baik kau cakap sape2 kat dunia ni yg kuar labur duit utk setiap perkara privacy atau umum sugar daddy baru adil. Apa la kau ni. TMJ guna duit dia sbb minat tp dia dah cakap kena tebus balik dgn kejuaraan,bkn free2. Kalau gagal dia tanak tanggung utk tempoh jangka panjang.Kalau aku kaya pun aku buat syarat mcm tu.Bkn aku je sapa yg minat dan mampu pun mesti akan jadi mcm tu.

          • Kaya pun buat ape kalo bodoh, beli player mahal2, byar gaji mahal2, tp main kalah.. Ko nk jd kaya tp bodoh?? Tp kalo org xde integrity aku xpelik la, biasa je bnda mcm gitu.. Lawak doh, bola plk cmpare dgn brcelona, bayern bgai, weh, sdar diri sikit, dorg sapu player star pun dorg menang, ko sapu semua star tp kalah, x ke bodoh bunyi tu.. Korg ni dh mkn ubat belum??

      • Ala bro dalam liga ramai dah berbunyi, apa lagi mcm kau cakap tu. Lagi satu, PBNJ tak sebulu dgn FAM. Ibarat musuh ketat dalam selimut tidor. PBNJ lg sebulu dgn persatuan negeri lain. So utk planning kau tu lg tepat utk team pahang, walaupun PBNJ dgn PFA sedara mara kerabat, PFA dgn FAM ibarat isi dan kulit dendangan search.

        • hehe en yasin jgn le sentap. ni sy dpt bila main football manager. itula term utk kelab2 yg dipegang org2 kaya. apapun sugar daddy yg dimaksudkan ni bkn la bersamaan lelaki hidung belang yg buat affair dan tanggung betina lain kat luar.

      • Ayat orang cetek macam jo ni…Tak pandang pada sudut positif langsung…Ko tak suruh pulak barcelona wakil spain lak sbb ramai player spain…Amik positif bro,mana tau ada taktikal yang orang mampu belajar sama2 yg selama ni orang malaysia tak tau dari coach jdt tu…bila team dia power,team lain berlumba nk power,jadi bila ada team yg mampu kalahkan sistem dia,itu kebaikan utk team lain jugak bro maknanya tebaik…Lu tengok barcelona apa yg sistem dorg buat skrg ramai dah ikut jd pembangunan,org berlumba sibuk kaji teknik tiki taka dorg…bagus ke tak tu utk semua?

    • Razif Mohd Omar@Zaazan

      Jentayu, aku rasa ko tak paham apa yg diceritakan Robert Alberts dengan perbandingan yg ko utarakan. Yang ko nak bandingkan Spain(FC Barcelona) dan FC Bayern(German) tu adalah kurang bijak. Yang dimaksudkan oleh Robert Albert adalah lambakan pemain Kebangsaan yg menjadi “SIMPANAN” dalam pasukan JDT. masalah nya ada, apabila pemain-pemain kebangsaan menjadi pemain simpanan, adakah wajar untuk mereka dipilih sebagai mewakili skuad kebangsaan? aku rasa kalau jurulatih pilih pemain-pemain kebangsaan yang menjadi simpanan kat JDT ataupun hantar JDT punya team main tuk malaysia, bukannya “PILIH KASIH” yg menjadi tajuk perbualan. Tapi layakkah pemain yg memanaskan bangku simpan yg tidak melalui perlawanan kompetitif dipilih mewakili skuad kebangsaan. Jadi simpanan nie lebih kurang sama dengan pemain yg mengalami kecederaan. kalau jadi simpanan 3 bulan(langsung tak pernah ikut perlawanan kompetitif) dan injured 3bln(langsung tak pernah ikut perlawanan kompetitif), LAYAKAH pemain-pemain seperti ini mewakili skuad kebangsaan?

      • Betol3x..Tak kira sape star negara dlm jdt, dok bangku simpanan,main tak berkesan aku sokong cari org lain tak kira negeri apa. Contoh skrg matyo dengan safee semacam makan gaji gitu je skg,dah kasi main merapu..tak payah amik..haha

      • so apa beza dgn barcelona? brp byk player yg biasa duduk bangku simpanan. fabregas, pedro antara nama yg jarang atau sekali sekala turun. padahal mereka ada cap yg agak byk dgn spain tp dkt barcelona kena struggle jgk nak rebut tempat dgn non-spanish player mcm messi, neymar ngan alexis. dan knp player mcm fabregas sbg contoh sanggup pegi kat barcelona wpun dia dah establish di arsenal, kapten lg tu. smp rela bayar sendiri baki transfer fee nak pergi barcelona punya pasal. so freedom of movement utk player tu tak payah la dipersoal. itu masa depan dia in the end dia yg kena pikir apa yg terbaik dr segi financial, lifestyle dll. kalau x knp bosman ruling diperkenal? utk bg mudah player2 pindah pasukan. kalau coach malaysia pilih player yg byk dok bangku simpanan atau selalu injured mmg bangang la coach tu. contohnya rajagopal yg stubborn masih nak guna safee wpun dia x slalu main utk jdt. bukan salah pasukan tu kalau dia lambakkan player2 kebangsaan asalkan dia mampu bayar gaji player tu.

        • Soalan ko, hahaha, ape beza dgn barcelona kot?? Nih beza dia, Barcelona ramai star tp menang, yg team poyo brcelona tu ramai star tp kalah.. Typical malay wut.. Bru main game football mnger, ckp kalah alex ferguson, so wrong!!!! Real world bkn mcm game la bodoh, stop the bullshit la, kalo dh coach srwk tu komen mcm tu, ade reason la, keje dia coach kot, of course la dia tau cara player mlysia cmne, xkn la dia simply2 came out with all those suggestions.. Mcm xsekolah pun ade cara ko ckp, ko nk cmpare amatur dgn world class player, tu bodoh nama dia.. Mentality pun dh lain.. Pakai otak lain kali.. Main game je keje cmne nk maju, tp ko mmg lawak, aku suka ko.. At least bole buat aku ketawa..

          • Kau ni sik ketawakan orang jek.Cakap pun macam kau jurulatih atau bekas player negeri lak.Meh bawa team kau lawan team tempat keje aku kat kl.Aku suka main game jgk tapi aku pun real player. :p

          • hoi bahlol sven goran pun main CM la. mmg x boleh percaya 100% tp data2 dlm game tu pun dikumpul oleh network of scouts yg sebenar. amik sbg guideline cukup la. kalau tak knp game2 simulasi bola fifa endorse? aku rasa ko yg x sekolah la. kaedah pembelajaran moden bukan takat baca buku atau dgr kuliah bahkan korporat2 pun dah implementasikan management game, role play dan pelbagai kaedah berbentuk fun utk bg pemahaman pd staf dia dan elakkan kebosanan. tp ko mana tau sbb sekolah kau kalau ko belajar tu dah outdated dan ketinggalan zaman, sama mcm otak ko yg da obsolete tu. isu prestasi barcelona atau jdt tu perkara lain. barcelona pun penah lalu zaman gelap wpun masa tu dibarisi player2 power. so jdt kena workout apa masalah dgn teamnye. apa yg aku persoal adalah sapa robert alberts nak persoal mana player nak main? itu hak dialah nak main kat mana. paham tak bangang?

          • Rilek ler tak yah gado2 lorr.

  2. Cikgu Suka Main Bola

    Majoriti pemain kebangsaan dalam liga Malaysia skrg adalah anak buah Rajagobal. Bila FAM lantik coach baru nanti, ada kemungkinan mereka ni tak lagi diambil utk wakili negara sebab ramai lagi sebenaryna yg lebih layak. Jadi, tak payah kecoh sgtlah…..

  3. HAHAHA….. jgn bagi main duduk saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>