Tiada had bayaran tebus kontrak pemain - FAM

Peraturan termaktub dalam FAM tidak tetapkan had untuk tebus pemain masih dalam kontrak

“TIADA had jumlah untuk tebus kontrak, dan itu yang termaktub dalam peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” kata Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBSJ), yang enggan membayar tuntutan Kafa yang dikatakan berjumlah RM1 juta kerana terlalu tinggi dan menyalahi peraturan yang ditetapkan FAM.

Takiyuddin berkata, berdasarkan peraturan yang terdapat dalam kontrak yang ditetapkan oleh FAM, tiada sebarang had yang diletakkan ke atas pasukan bagi menuntut bayaran tebus kontrak.

“Jumlah tebus kontrak bergantung kepada pasukan yang memiliki pemain tersebut.

“Tidak kira RM10 juta, sejuta sekali pun, pihak yang berminat perlu membayar,” katanya ketika sidang media Jawatankuasa Status di Wisma FAM, hari ini.

13 Responses to Tiada had bayaran tebus kontrak pemain - FAM

  1. Harghahahhahahhahahhahaha GKG

  2. Ada nati pah ni kena nhapar

  3. HAMBIK KO TMJ KAH..KAH..KAH..

  4. HAHAHAHAHAHA Terbaiklah DATUK TAKUYUDDIN…. mmmmm JOHOR mampu bayar ker…..????? X kan x der duit kot… kata MANCHESTER CITY MALAYSIA….. KAK SEMAH boleh donate RM1… kalau nak.. lebih kene cari sendirilah….

  5. penyokongbayarcukai

    LAWAK of the year……..!!!! dicadangkan semua FAM councill dan seangkatan dengannya pegi ler attend AFC ke…FIFA course ke… utk mjadi yg lebih baik di masa hdpn!!!If you’re PAID….You’re PAID for the RESULT!!! not for the FAILURE and continuously confused….

  6. macam mana sebuah persatuan bola boleh tak tahu undang2 FAM? terpaksa keluar statement kat paper untuk perkara ni. Adakah buku undang2 kat Wisma FAM tak sama dengan buku undang2 kat FA negeri. mungkin FAM simpan untuk diri sendiri, pastu edar mazhab salah untuk orang lain.Patulah FA negeri selalu kena denda. Marketing strategi ke nak cari duit.Tahun lepas saja banayk kontroversi melibatkan undang2 FA ni, terutamanya kalau melibatkan pasukan anak tiri.

  7. Ni baru statement yg betul , kalau nak orang punya mesti sanggup bayar le.. takkan pree je

  8. Putih cakap putih, hitam cakap hitam .. tahniah Dato yg memberi komen yg sepatutnya .

  9. apalah sangat RM 1 juta bagi set depa…..saja bikin gempak

  10. Man Ayam Pasar Selayang

    Haa…kan dah jelas tu… pemain main bola takde harga siling…bukan macam ayam.

  11. anak2 johor yg mengomen pasal status tebus kontrak akhirnya terpaksa menjilat ludah president nye hahahaha

  12. DUIT BUKAN MASALAH RUMIT ego dah tercabar bergergar semesta alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>