PKNS sekat penguasaan Lions XII


PKNS FC vs Lions XII [1-0]

PENDAHULU Liga Super, Lions XII dari Singapura, gagal melebarkan pungutan mata apabila kalah mengejut 0-1 kepada PKNS Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Pemain import dari Perancis, Mickael Joseph Nicoise menghasilkan gol tunggal PKNS pada minit ke-79, menyebabkan Lions XII hanya memiliki kelebihan lima mata
di persada liga dengan 33 mata selepas 16 perlawanan.

Kelantan, yang menghuni tangga kedua liga, pula hanya mampu menambah satu mata selepas terikat 1-1 ketika bertemu wakil kelab dari Terengganu, T-Team di
Stadium Sultan Muhammad IV.

Pemain tengah skuad Kijang, Nurul Azwan Roya membuka tirai jaringan pada minit ke-43 sebelum T-Team menyamakan kedudukan menerusi Khairul Izwan
Khalid pada minit ke-74.

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, Selangor hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Johor FC.

Mohd Ridwan Maon memberikan gol pendahuluan kepada Johor FC pada minit ke-19 sebelum penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban menyamakan kedudukan untuk Selangor pada minit ke-82.

Sementara itu, Terengganu dan Perak kembali menemui sentuhan berbisa mereka selepas menundukkan lawan masing-masing.

Perak mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu manakala Terengganu mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas Negeri

Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Di Stadium Likas, Sabah melakukan kejuatan awal apabila membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi Zainizam Marjan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad Perak kembali menyusun strategi permainan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Akmal Rizal Ahmad Rakhli minit ke-65.

Dua minit kemudian pemain pertahanan Sabah Mafry Balang kemudian memberikan gol kedua kepada pasukan pelawat selepas tertampan gol ke gawang sendiri.

Penyerang import Perak dari Serbia Lazar Popovic kemudian mengesahkan kemenangan mutlak pasukan tersebut menerusi jaringan pada minit ke-90.

Terengganu pula meraih tiga mata berharga selepas pemain lawan, S. Kunalan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-66. - BERNAMA

Related Posts

7 Responses to PKNS sekat penguasaan Lions XII

  1. Serius ckp, gol PKNS FC tu patut dibatalkan sbb jelas pemain PKNS melanggar dgn kuat penjaga gol Singapura yg cuba menangkap bola. Nasibla… pengadil xnampak

    p/s: Elok admin paparkan video gol tu

  2. ade sape bleh sekat tak singa muda ni? membaham sana sini nampak

  3. Wp dibarisi rata2 pemain muda, LION nmpknya mmg kuat. ironisnya, FAM nmpknya xde rasa apa2 ttg prkembangan ni. kelu lidah atau malu utk berkata2? hrp ada mana2 pasukn dr negara kita mampu ‘membelasah’ pasukn ni habis2an

    • Ada. Kelantan dan Terengganu. Selangor ngan N9 xleh harap. Puih… Sembang je besar..

      • team yg plig aq benci dlm malaysia ny slangor (sbb man laksa kot) ……. yg aq plek , pyokong sprti tganu,lion,tteam x de pon yg mengutuk klantan , wlaupun mreka brada dlam top 5 … pyokong yg ska mengutuk klantan tu ckap jew lbih ….. mgkin mreka x lhat carta liga kottt

  4. Tgok permainan sharil ishak nampak bagus juga… laju dan main pakai brain… harap team malaya bleh beat diorang la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>