PKNS FC ikat Nazmi Faiz 3 tahun

Pegawai kelab PKNS Mahfizul Rusydin Bin Abdul Rashid telah memberitahu FOXSports.my: “Ya kami akan mengumumkan Nazmi Faiz esok dalam sidang media.

“Maklumat lebih lanjut akan diumumkan esok pada jam 3 petang nanti di Kompleks Sukan PKNS.”

Presiden PKNS, Noor Hisham Gouth turut mengesahkan perkara ini kepada Astro Awani: “Nazmi sudah tandatangan kontrak bersama kami untuk tiga tahun dan dia kini sah milik PKNS.

“Untuk mendapatkan pemain seperti Nazmi adalah sesuatu yang diidamkan mana-mana pasukan di negara ini,” jelas Noor Hisham.

Menurutnya lagi, ejen Nazmi, Marco Guimaraes turut memudahkan urusan perpindahan pemain itu.

“Terdapatnya peraturan di mana pemain amatur dibenarkan untuk disenaraikan sekiranya sesuatu pasukan itu mempunyai pemain yang diambil mewakili negara.

“Dalam konteks PKNS, kami ada pemain yang didaftarkan dalam skuad bawah 21 tahun kebangsaan jadi ada kekosongan buat Nazmi disenaraikan dalam pasukan.”

Nazmi sebelum ini dilepaskan kelab Liga Super Portugal, SC Beira Mar selama enam bulan selepas pemain itu dikatakan mahu pulang ke tanah air.

Related Posts

5 Responses to PKNS FC ikat Nazmi Faiz 3 tahun

  1. Pingback: FAM kecewa, Kim Swee terkejut tindakan Nazmi Faiz | Sokernet

  2. Pingback: Nazmi Faiz ikat kontrak 3 tahun dengan PKNS FC | Sokernet

  3. Bila la bola sepak kita nk maju klu cmni gayanya…

    • Maju apanya..maen kat Manchester United pon..if tak maen team Malaysia xmaju jgk..ni sume coach RG pnya hal la..kasi la budak ni maen mesia

  4. i nk sokong pkns plak lah… abg aidil jgn mare yea..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>