Nazmi Faiz ikat kontrak 3 tahun dengan PKNS FC

Nazmi Faiz Mansor sertai PKNS FC

Nazmi permata baru kelab Liga Super PKNS FC

MUHAMMAD Nazmi Faiz Mansor kini sah menjadi milik kelab Selangor PKNS FC.

Semalam, Nazmi menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama PKNS FC, namun nilai perpindahan tidak didedahkan.

Pengurus Selangor PKNS, Azmi Adnan berkata, kedatangan Nazmi ke kelab itu ibarat ‘durian runtuh’ buat mereka dan kehadirannya bakal memperkukuhkan pasukan yang menghuni tangga kelapan saingan Liga Super ketika ini.

“Ejen Nazmi, Marco Guimaraes telah datang mengadakan perbincangan dengan kami pada awal Januari lalu bagi menyatakan bahawa Nazmi akan dilepaskan oleh kelab S.C Beira-Mar dan dia (Nazmi) sedang mencari kelab baharu.

“Selepas mengadakan perbincangan lanjut, kami bersetuju untuk ‘membelinya’. Proses itu berjalan lancar manakala kontraknya bersama S.C Beira-Mar telah ditamatkan,” kata Azmi kepada Kosmo! semalam.

Nazmi mulakan aksi Liga Super 16 Februari

Bintang sensasi remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor sah milik PKNS FC selepas diperkenalkan secara rasminya pada satu sidang akhbar di Kompleks Sukan PKNS semalam.

Nazmi yang akan memakai jersi No.33 menandatangani kontrak selama tiga tahun dan skuad Red Ants kendalian Abdul Rahman Ibrahim sudahpun ada rancangan untuk menurunkan pemain tengah kreatif itu seawal perlawanan akan datang iaitu menentang Felda united, 16 Februari ini.

Meskipun terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sebelum Nazmi mendapat lampu hijau, namun pengurusnya, Azmi Adnan optimis segalanya akan dapat diselesaikan sebelum tempoh rehat saingan liga bersambung.

“Kami akan menghantar pegawai untuk membuat semakan dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) Isnin depan (esok) dan berharap semua masalah berbangkit bakal diselesaikan pada kadar segera dan sebaik mungkin. — Utusan Malaysia

Menurut Azmi lagi, esok dia akan pergi ke pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membincangkan beberapa perkara lagi untuk membolehkan Nazmi turun dalam perlawanan Liga Super pada 16 Februari depan menentang Felda United.

Kata Azmi, Selangor PKNS tidak beraksi dalam Piala Presiden, oleh itu mereka boleh mendaftar 35 orang pemain dan ketika ini mereka hanya memiliki 29 pemain yang didaftarkan.

“Kami bertekad mengasah bakatnya sebaik mungkin dan yakin Nazmi juga mampu memberikan sesuatu kepada kami.

“Nazmi akan memakai jersi nombor 33 bersama Selangor PKNS dan pihaknya akan merayu kepada FAM agar membenarkannya bermain tanpa menunggu sehingga jendela perpindahan pemain dibuka pada April,” kata Azmi lagi.

Sementara itu, ejen Nazmi, Guimaraes berkata, terdapat beberapa kelab Liga Malaysia yang berminat mendapatkan Nazmi, namun dia (Nazmi) telah memilih Selangor PKNS sebagai pasukan baharunya.

Bagaimanapun, Guimaraes juga enggan mengulas lanjut sebab kontrak Nazmi bersama SC Beira-Mar ditamatkan lebih awal.

Untuk rekod, Nazmi, 19, telah menandatangani kontrak bersama SC Beira-Mar selama tiga tahun pada 21 Mei tahun lalu.

Sebelum menyertai kelab Portugal, pemain kelahiran Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mewakili skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee.

Related Posts

4 Responses to Nazmi Faiz ikat kontrak 3 tahun dengan PKNS FC

  1. nampaknye liga super pasti lebih rancak… semua pasukan mempunyai peluang sama rata utk menjadi juara…

  2. kalu ini Nazmi slalu main saya panggil dia lwn Yemen..

  3. nazmi ; duduk kat portugal takleh main tino [tino besar2 mana nak kat aku]……balik malaysia buleh main tino…oh kufilaaa….i lap u darling..

  4. Ini Semua POYO!!!

    Ini Semua POYO!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>