Friendly: Malaysia 1-1 Hong Kong


Malaysia vs Hong Kong [1-1]

Eksperimen Datuk K. Rajagopal dengan pasukan Harimau Malaya sekali lagi tersekat, kini dengan keputusan seri 1-1 bersama Hong Kong di Stadium Shah Alam.

Rekod tanpa menang anak buah Rajagopal dalam empat perlawanan terakhir diteruskan, dengan kekalahan 1-0 kepada Vietnam, 2-0 kepada Thailand, seri 2-2 dalam perlawanan ‘rahsia’ dengan Harimau Muda B dan kini seri 1-1 dengan Hong Kong.

Kim Pan-Gon baru mengambil alih pasukan Hong Kong pada awal bulan November setelah Ernie Merrick menarik diri sebagai jurulatih secara mendadak pada 26 Oktober.

Babak pertama menonjolkan keadaan kedua-dua pasukan yang kelihatan teragak-agak untuk mara ke hadapan dengan para pemain yang sering kehilangan bola.

Safee Sali menguji penjaga gol Hong Kong Yapp Hung pada minit ke 16 apabila menerima umpanan Norshahrul Idlan Talaha tetapi rembatan voli beliau tersasar.

Tiga minit kemudian, Hong Kong membuat percubaan pertama mereka tetapi sepakan Lee Wai Lim terlalu lemah dan Khairul Fahmi, atau lebih dikenali dengan gelaran Apex, menyelamatkannya dengan senang.

S. Kunalan merupakan pemain paling mengancam untuk Malaysia dengan pecutan yang gagal dikawal penanda beliau. Bekas pemain sayap Negeri Sembilan yang bakal ke Selangor musim depan, mendapat peluang pada minit ke 28 tetapi Yapp Hung berjaya menangani umpanan Norshahrul.

Pecutan Kunalan yang gagal dikawal Lee Chi Ho pada minit ke 34 menyebabkan pemain Hong Kong itu dilayangkan kad kuning setelah membuat asakan yang merbahaya.

Pemenang Pemain Muda Terbaik dan Pemain Pilihan Kegemaran S.League, Wan Zack Haikal, kemudian menggantikan Azamuddin Akil pada minit ke 41 tetapi Hong Kong yang mengancam.

Rembatan Lee Wai Lim dalam masa kecederaan ditepis keluar oleh Apex dan bola jatuh kepada Lee Hong Lim tetapi Fadhli Shas membuat asakan penting untuk menyelamatkan Malaysia.

Babak kedua bermula dengan pemain naturalisasi dari England, Jaimes McKee, menggelecek lepas benteng pertahanan pasukan tuan rumah dengan senang tetapi Bunyamin Umar merampas bola pada minit terakhir sebelum beliau mampu merembat bola.

Harimau Malaya mula bangkit dan Amar Rohidan, yang sebelum ini tidak menyerlah, memberi hantaran yang tepat pada minit ke 58 untuk Safee menanduk masuk gol pembukaan.

Bekas ketua pasukan Harimau Muda Mahali Jasuli kemudian menggantikan Bunyamin pada minit ke 73 dan penyertaan beliau menyenangkan benteng pertahanan pasukannya yang sebelum ini gagal mengawal gerakan McKee yang semakin meningkat dengan beberapa percubaan dari jarak jauh.

Ketua pasukan Hong Kong Lee Chi Ho kemudian dilayangkan kad merah akibat menggunakan kata-kata kesat terhadap Safee pada minit ke 80. Walaubagaimanapun bekas koloni British itu menyamakan kedudukan dua minit sebelum wisel penamat.

Aidil Zafuan membuat kesilapan dengan hantaran lemah kepada Apex dan Lam Hok Hei memecut lepas pemain pertahanan ATM itu dengan senang sebelum menyepak bola masuk untuk gol terakhir perlawanan.

Malaysia XI - Khairul Fahmi (G), Bunyamin Umar, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Gopinathan, S. Kunanlan, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha

Hong Kong XI - Yapp Hung (G), Chi Ho, Song Wei, Yang, Hong Lim, Wai, Ka Wai, Kwan Yee, Wai Ho, Kin Pong, Jaimes Mckee

Laporan: ESPNSTAR.MY

Related Posts

14 Responses to Friendly: Malaysia 1-1 Hong Kong

  1. Harimau malaya harus meningkatkan keyakinan terhadap kemampuan sebenar.

  2. Malaysia boleh main …. Player bagus …. Tetapi yg tak bagus adalah …. Coach dan Manager tak pandai strategi dan pengurusan yang tak bagus…… Lepas tuuu kepimpinan FAM pula buta.

  3. bagus…pas ni lawan bangladesh… x tau lah bangla ni nak main bola ke nak main kriket….

    • F unny A ssocation M alaya

      Timbok
      Sebenarnya adalah tektik rajagobalancau
      Buat last friendly match Dengan team yang tak kuat
      Nanti bila dah memang Dengan Bangladesh mula la dia menyalak
      Kita dah jumpa formasi yang baik untuk team hari Harimau kalah
      Kita Akan berjaya mempertahan kan diri saya sebagai coach…

      Bole menang ke?

  4. Dato Rajagobal,Makmal ujikaji kau terbakar ke?

  5. NO KOMEN UTK COACH tapi APEK N AIDIL KEDUANYA SALAH DLM BAB INI..CUMA SALAH AIDIL LEBIH BESAR..tapi MALAYSIA MEMANG SUKA main hantaran ke belakang…

  6. Bukan salah Apek dan Aidil…. sebab itu cara dan ilmu yang diajar oleh RAJAGOBAL @ coach kesayangan JUDIN…. ambik kau!!!

  7. RG boleh!…….boleh belah!!……RG yang tak sedar diri tu diminta melepaskan jawatan dengan segera sebelum kena buang……OKS please rescue the Malaysian team…..

  8. ptot masukkan pemain yang suka sprint n laju AZWAN ROYA n piya ,die punya passing mmg kreatif…tpi x leh slh kn coach gak ,klu coach train baik punye, player x reti pn susah gak…CARI KESERASIAN!!!!!!

  9. Pingback: » Aidil mohon maaf, akui kesilapan | Sokernet

  10. betol, salah coach Raja sebenarnya.
    taktikal xde langsung bile m`sia main.
    x nk try coach yg berpengalaman dr luar negara ke?

  11. bro krajcik…betol u ckp la pas ni FAM kena try
    coach luar terutama dr JEPUN or KOREA..nengok HM
    main lately ni selepas 2 thn juara AFF mmg xde
    peningkatan langsung..statik je..mmg la time
    friendly xsama dgn real game tp HM main lingtang
    pukang je selalu..trbaru RG baru je tendang 2
    players kua si ALEX n GOPI..dn yg pelik nape mamat
    FAKRI masih sangkut lg dlm team HM ni..aduyaii biul
    la kalu pikior pasal mamat ni…dlm club pun main
    simpanan dr zaman awl main dgn perak simpanan pas tu
    main n9 pun simpanan terus lak HM A pun simpanan
    masuk lak HM pun simpanan…felda utd pun simpanan
    terus thn dpn main team PENYU pun silap2 simpanan
    gak tp masih kekal dlm HM lg..apa yg AJAIB dgn dia
    ni ahhhHHH…ada yg handal dr dia pun langsung
    kempunan RG nak panggil mcm FARHAN ,INDRA ,BADRI
    AZWAN ROYA , AFIQ AZMI…ni kalau coach HM dr org
    luar mmg mamat FAKRI ni xde senarai langsung la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>