Harimau Muda vs Samurai Biru
Malaysia B23 vs Jepun B23
Kelayakan Sukan Olimpik 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil
22 Februari 2012 LIVE Astro 813 8.55 mlm
BARISAN Harimau Muda akan turun mempertahankan maruah di padang sendiri apabila menentang skuad Samurai Biru yang memburu mata penuh untuk layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012.
Pasukan Olimpik Jepun itu akan menghadapi juara bertahan Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mampu memuatkan 87,000 penonton malam esok.
Pasukan Olimpik Malaysia yang dianggap sebagai pasukan terbaik di Asia Tenggara kebanyakannya dibentuk sejak awal dan berlatih bersama-sama di Sekolah Sukan Bukit Jalil di bawah arahan pemain lagenda Ong Kim Swee sejak 2009 lagi.
Bekas pemain antarabangsa England dan Manchester United, Paul Parker juga telah memberi sokongan kepada “permainan mereka yang lasak” dan “sukar untuk ditangani jika mencapai rentak serangan yang baik” tetapi ia jelas yang masalah mereka adalah kematangan yang kian terjejas dalam perlawanan besar.
Penyertaan mereka dalam Liga Singapura telah bermula dengan kemenangan 2-0 ke atas kelab veteran Gombak United dan nampaknya perkembangan Harimau Muda berlaku begitu pantas.
Sebaliknya pasukan di bawah arahan Takashi Sekizuka itu mempunyai tradisi kecermelangan dalam bola sepak serta kualiti teknikal yang amat tinggi dan jelas dengan setiap sentuhan bola dalam perlawanan.
Masalah mereka pula adalah cabaran berfungsi sebagai satu unit - Harimau Muda adalah antara pasukan termuda Olimpik yang telah bermain bersama lebih lama, tetapi pasukan Jepun ini merangkumi para pemain yang tidak mendapat peluang untuk memahami rentak permainanan antara mereka akibat komitmen kepada kelab.
Kehandalan para pemain Sekizuka memberi masalah terbesarnya, dengan beberapa dari mereka bermain di kelab Eropah yang mempunyai jadual yang padat. Malah beberapa dari pemainnya juga terpaksa bermain untuk pasukan negara Jepun yang sedang berusaha untuk merebut tempat di Piala Dunia.
Antara penyertaan terbaru mereka adalah Hiroshi Kiyotake yang mampu membelah barisan pertahanan yang mampat dengan hanya satu sentuhan bola.
Dia juga adalah pereka kedua-dua gol pasukannya dalam pertemuan pertama dengan Malaysia, dengan hantaran jauh kepada Keigo Higashi di sayap kanan untuk gol pertama dan tendangan cip yang cantik ke dalam kotak untuk gol kedua Ryohei Yamazaki.
Malangnya untuk Sekizuka, dia adalah antara pemain yang diperlukan oleh pasukan utama Jepun dalam Piala Dunia dan ini menambah kepada kepenatan dan risiko kecederaan.
Jika disertakan Kensuke Nagai yang telah menjaringkan 9 gol dalam 14 perlawanan akan menguji ketangkasan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Begitu juga dengan para pemain Jepun lain mampu memberi ancaman terhadap lawan lebih-lebih lagi terbukti pasukan Samurai muncul antara pasukan yang mempunyai percubaan terbanyak terhadap gol lawan dalam saingan kelayakan Olimpik ini.
Khairul, yang dianggap sebagai antara penjaga gol terbaik Asia perlu mempengaruhi Harimau muda dari belakang, dengan sumbangan Muslim Ahmad, yang telah dikenal pasti sebagai pemain paling konsisten tetapi harapan negara Malaysia untuk menjaringkan gol jatuh kepada pemain termuda Nazmi Faiz, yang telah juga menjaringkan gol pertama pasukannya dalam kejohanan itu dengan rembatan cantik dari jarak jauh.
Dengan keputusan Ultras Malaya untuk bertemu secara besar-besaran sekali lagi, ia dijangkakan yang laungan “tanah tumpahnya darahku” akan membangkitkan Harimau Muda dan memberi khalyak ramai penanda bagi harapan usaha Piala Dunia mereka yang akan datang.
Yang pasti, pasukan ini akan bermula perlawanan sebagai Harimau Muda, dan mengakhirinya sebagai Harimau Malaya, walau apapun keputusan pada wisel penamat.
- ESPNstar.my
Luahan Perasaan