FAM kecewa, Kim Swee terkejut tindakan Nazmi Faiz

Nazmi Faiz Mansor tinggalkan SC Beira Mar

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) ternyata kecewa dengan cara kelab Portugal, S.C. Beira-Mar mengendalikan situasi tonggak muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang dikatakan telah mendapat pelepasan kelab itu untuk pulang semula ke Malaysia baru-baru ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata, sehingga semalam, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kelab itu berhubung perkara tersebut.

“Kami hantar dia (Nazmi) dengan cara baik, sepatutnya pulang juga perlu dengan cara baik.

“Sudah tentu perkara ini mengejutkan kami kerana langsung tidak dimaklumkan.

“Setakat ini, kami tidak mengetahui sebarang perkembangan dan belum menerima apa-apa maklum balas daripada mereka,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Azzuddin memberitahu, berdasarkan kontrak, Nazmi sepatutnya bersama S.C. Beira-Mar selama tiga tahun.

Pada masa sama, Azzuddin juga tidak dapat memberikan sebarang butiran terperinci sama ada Nazmi akan kembali semula ke Portugal ataupun tidak selepas ini

“Buat masa ini, kami masih menunggu maklumat daripada pihak Nazmi.

“Selagi belum mendapat penjelasan daripada ejen dan keluarga Nazmi, saya tidak dapat komen apa- apa,” jelas beliau.

- Kosmo

Ong Kim Swee terkejut tindakan Nazmi

Status pemain S.C. Beira-Mar, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengundang persoalan selepas bertindak meninggalkan kelab Portugal itu.

Tindakan pemain berusia 21 tahun itu menimbulkan tanda tanya kepada banyak pihak, termasuk jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang mengakui kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Nazmi.

Menurut Kim Swee, beliau atau majikannya (FAM) tidak pernah menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Nazmi dan apa yang agak mengecewakan ialah pemain tersebut tidak menghubunginya selepas pulang ke Malaysia.

Jelasnya, beliau tidak boleh sesuka hati memanggil Nazmi untuk menyertai Harimau Muda kerana masih belum ada surat rasmi daripada kelab terbabit yang difahamkan memberi pelepasan kepadanya selama enam bulan.

“Saya atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak pernah menghubunginya (Nazmi) untuk kembali ke Malaysia bagi beraksi bersama Harimau Muda.

“Saya agak kecewa kerana ia adalah suatu tindakan yang mengejutkan oleh Nazmi dan saya agak terkejut dengan berita kepulangannya ke Malaysia.

“Nazmi terikat dengan kelab profesional (Beira-Mar). Jika kami mahu menggunakan khidmatnya, kami akan mengemukakan permohonan untuk meminta pelepasan mengikut saluran yang betul,” katanya selepas sesi latihan skuad Harimau Muda di Kompleks Sukan Carrara Gold Coast, Australia semalam.

Sebelum ini, Nazmi mendapat perhatian ramai apabila timbul kontroversi membabitkan bekas teman wanitanya, Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak.

Begitupun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Tengku Norshufilla yang menyatakan dakwaan Nazmi sebagai tidak berasas.

Untuk rekod, pemain yang pernah membantu skuad Harimau Muda menjuarai acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 di Indonesia itu telah mengikat kontrak selama tiga tahun bersama S.C. Beira-Mar bermula tahun lalu.

Nazmi perlu beri penjelasan - FAM

“Saya mahu Nazmi (Faiz Mansor) tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar mengapa dia kembali ke negara ini,” itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad bagaikan tidak mengetahui langsung punca sebenar mengapa pemain kelab Beira Mar dari Portugal itu pulang mengejut ke Malaysia, semalam.

Azzuddin yang dihubungi meluahkan kekecewaannya kerana FAM tidak menerima sebarang maklumat sekalipun pihaknya sepatutnya mendapat penjelasan sebelum ia dapat dihidu pihak media.

Mengecewakan

“Saya tidak tahu menahu langsung mengapa dia pulang. Tiada sebarang maklumat langsung dari pihak kelab mahupun dari Nazmi sendiri. Setakat ini saya tiada perkembangan lanjut mengenainya. Apa yang mengecewakan saya ialah FAM menghantar Nazmi dengan cara baik tetapi ia berakhir begini.”

Begitupun, berita yang diambil daripada laman web rasmi kelab Beira Mar, beiramar.pt pada 29 Januari lalu mengatakan kelab Portugal itu sudah berhubung dan mendapat persetujuan mengenai pinjaman selama enam bulan yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.

“Soal pulang terus atau pinjaman selama enam bulan dan pasukan mana dia akan beraksi semuanya di luar pengetahuan FAM,” kata Azzuddin. “Oleh itu, saya mahu Nazmi tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar.”

Nazmi, 19, menjadi pemain negara pertama yang berjaya menandatangani kontrak perjanjian selama tiga tahun bersama kelab Liga Divisyen Satu Portugal namun prestasinya setakat ini sekadar meletakkannya dalam skuad utama bawah 19 tahun pasukan itu.

Selain Nazmi, rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Ahmad Fakri Saarani turut menyertai kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos. — Berita Harian

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

52 Responses to FAM kecewa, Kim Swee terkejut tindakan Nazmi Faiz

  1. Pingback: Nazmi Faiz milik PKNS FC | Sokernet

  2. Judin, ko nak tahu camne, ko bukat wat keje pun. Pigidah mabuk. Nak jadi hero kononnya. Puak2 kat FArM semuanya bangang….. Kaki ampu tunggu mati je lah

  3. abang kepada nazmi

    sebenarnya adik aku tu, memamg tak suka main kat portugal tu, dia kata kat sana takde cyber cafe, dia tak boleh main counter strikes, sebab tu lah, adik aku nak balik cepat2 ke malaysia, harap semua maklumlah yer

    • Lawak Lu
      Nazmi anak sulung mana Ada abag
      Dia dok satu Taman Dengan aku
      kat aranda Kota kemuning
      Shah Alam
      Adik pompuan dia form 5 sekolah kat sek men Kota kemuning 2
      Nak menyamar pun biar la check dulu
      Mesti orang Johor ni

  4. kat portugal takde gadis secantek saye…..

    • Ummm
      Nami dah balik msia
      So bole la bagi I duit lebih sikit
      I nak shopping
      Duit seribu yang mamat tu bagi dah habis
      Sikit sangat tak lepas nak beli LV speedy 30 yang I minat tu

  5. Head Coach Beira Mar FC

    korang semua mengarut..ak lepaskan die sebab die bkanye nak main sangat atas padang boleh pulak pegang tepon tweet t.fiela..

    KATENYE!!!!

    ini semua POYO

  6. wonderkid ke average player

  7. good effort nazmi..lagi bagus main kat liga super.. takat main kat portugal duduk divisyen 3 apa kelas..

    • Siap la tahun depan JDT dah siap nak beli
      Pas tu lawan pkns bawa askar komando pulak
      Agak agak berapa la JDT nak bayar yuran
      Pemindahan nanti ye

      Luaskan keegoan mu

      • Jamal Pak Tongkol

        JTT itu pun Kalau tahun ni JDT Ada menang satu piala
        Kalau takde jgn harap nak beli
        Silap silap semua player nak di lelong
        1000 dirham
        1000 dirham

        Wow
        meniaga orang lebih baik Dari meniaga unta

        • Bising plak puak beruk juboq merah ni, memang negeri kepala babi betul la, serambi kandang babi

          • sedara dildi memang ada masalah dengan kelantan ke ?

            setahu saya takde pulak gelaran ber__ merah dalam liga super ni, yang ada gelaran merah ni, red giant dan the red warrior jer

            sedara dildi memang suka ba__ ke ? suka sangat duk sebut ba__ tu, kalau kita orang islam kan, ba__ itu memang haram dimakan dan haram disentuh,

            biar ada batas lah sedara nak sokong bola sepak ni, jangan pula gara2 terlalu minat sangat, semua jenis benda dalam hutan sedara nak sebutkan kat penyokong pasukan lain tu, cukuplah sedara,

            saya pun minat jugak bolasepak ni, tapi takdelah sampai nak kutuk orang tu nak kutuk orang ni,

            sedara suka ke kalau saya kutuk sedara dengan macam2 gelaran atau nama yang buruk2, suka ke tak ?

            jadi takyah nak panjang ceritalah sedara, hentikanlah perangai yang tak sihat ni, hentikanlah aku kutuk kau, kau kutuk aku tu,

          • ustaz bola,yang ko dok ceramah berjela-jela kat orang gila tu pehal…buang karan je…

          • Tak baik kata Dildi tu gila. Dia tak gila. Cuma kurang waras atau tak siuman je.

    • divisyen 1 ngok…ni mst puak klantn…mentang2 bdk tu asl sempadan kl/slgor

      • Apa la orang Johor ni
        Jual Mee jawa yang basi kat pasar malam
        Keramat
        Baik makan nasi kerabu tu tak basi

        • sudahlah tu hentikanlah duk kutuk2 negeri, komen yang elok2 jerlah,

          kita kena jaga perasaan orang lain jugak, dan inysa allah orang pun akan jaga perasaan kita,

          hentikanlah provokasi sesama kita, tak yah duk tambah2 dosa kering

    • Beira Mar FC tu kelab divisyen 1 portugal, sama liga dgn Porto, Benfica…. fakhri yg main kat divisyen 3…..

  8. Klantan negeri kepala babi

    • Alhamdulillah Dildi
      Semuga Anda Dan keluarga Anda di lindungi Allah SWT
      Di murahkan rezeki
      Di panjangkan umur
      Dan di permudahkan segala urusan ke JalanNYA
      Sama sama la kita doakan yang terbaik buat Dildi
      Amin ya robal alamin

    • Nama negeri dalam Malaysia telah digazetkan sedara, harap maklumlah sedara,

      -Selangor Darul Ehsan
      -Kelantan Darul Naim
      -Johor Darul Takzim

      Sedara janganlah bawa benda dari luar ke dalam sokernet yer,

      sekiranya sedara memang bermasalah dengan orang dari negeri mane2 tu, sedara jumpa jerlah, selesai dengan cara elok2, tak perlulah nak luahkan perasaan sedara tu kat sini,

      insaflah sedara, bukannya sedara dapat untung pun duk kutuk ba__ tu, kalau sedara ada akal yang sihat dan waras, bersemukalah dengan orang dari negeri mane yang sedara tak puas hati tu,

      takperlu nak takutlah sedara, Malaysia ada undang2, PDRM pun ada untuk menangkap sesiapa sahaja termasuklah sedara sekiranya sedara duk main mcm ni lagi

  9. main macam taik.mana orang portugal nak sambung contrak..pergi cara baik,balik cara tak baik..apa daaaaa..

  10. ni lah masalah kalau percaya sangat cakat agent. dia ni nak buat duit jer sebenar nya

  11. hahahaha nak tergelak KAK SEMAH baca kisah nie…. memang KAK SEMAH dah agak dia akan pegi x lama… memang player2 bola kat MALAYSIA nie semuanya camtu… x pandai cari peluang untuk kembangkan bakat… tengoklah player2 lain same ajer…. kat MALAYSIA ader dua kelab yang main di kejohanan AFC Cup tahun 2013 iaitu KELANTAN dan SELANGOR tapi player2 kebangsaan yang dok main dengan kelab2 nie semuanya lari gi main dengan kelab2 yang hanya main dalam LIGA M… (LIGA GRED D)…. kalau KAK SEMAH sure KAK SEMAH akan main dengan kelab2 nie KELANTAN atau SELANGOR sebab nak cari pengalaman baru…. lawan kelab2 antarabangsa…. satu lagi kepada PLAYER2 kat MALAYSIA nie ingatlah…. kalau nak BERCHINTA berpada2lah… sebab kalau x berhati2 nanti KARIER bola korang akan HANCUR…. korang walaupun wakil NEGARA berkali2 x sehebat manapun… janganlah rasa besar kepala… BELAJAR JADI PLAYER PROFESIONAL macam player luar negara tu….

    P/S: BIAR FAM SAJA ROSAK, JANGAN KORANG PLAYER PUN ROSAK…..

    • Hallooo…kak semah oiii…FAM tu tak rosakk…cuma telah diPERKOSA DAN DIrosakkan oleh virus-virus perosak yang gila jawatan didalamnya …contohnya seperti…….[AKAK CARI LE SENDIRI SIAPA....]

      • contohnya seperti presiden bola kelantan..

        • Sep syok sendiri

          Bukan Pengurus pasukan tu ke?
          Tak Pernah di buat dek orang Malaysia bawa askar ke stadium…huhuuuu
          Nasib baik la tak layak ke Kelab AFC
          Kalau tak lawan kelab kelab Macam kelab Iraq ke bawa askar ke stadium Iraq
          Habis la…baru tau elit tak elit tentera dia orang ni
          Harap harap tahun depan tak la layak dia orang
          Kalau tak punah ranah

        • betul tu sep, aku sokong cakap kau, presiden kafa memang tak guna kan, 2012 trw dapat 3 piala kan, 2011 trw dapat 2 piala, tahun 2010 trw dapat 1 piala,

          cara dan pengurusan presiden kafa tak betul kan, betul kan sep,

          kita tgk presiden sep pulak yer, berapa piala dapat tahun ni, takpe tak dapat piala tahun ni, tunggu tahun depan pulak sep, lps tu culik lagi pemain kelab lain yer, lps tu tunggu lagi dapat ke tak piala tahun tu,

          kita dah boleh meneka berapa umur, tahap pelajaran sep ni,

          hati2nyer sep kayuh basikal balik cyber cafe tu, byk kete petang2 ni, nanti tak pasal2 kena langgar dgn lori sampah MBJB

  12. dah sign kontrak 3 tahun, mustahil judin x tahu. ni kes nk selamatkan diri ni…

  13. Aku rasa si nazmi ni putus cinta sampai nak mati, kecewa, dia nak dok malaysia, kalau dia di malaysia so sekurang2nya dpt la tengok2 muka awek dia yg cam longkang pecah tu, tambah plak org portugal dah tak nak dia, bayar mahal tp prestasi mcm ayam, apa nak jd la dgn bola sepak malaysia

    • bukan setakat putus cinta ajerr…TP DAH SAMPAI PERINGKAT PUTUS HAID DAH….[WAlaupun baru je baligh]….nasib baik dia masuk PKNS…kalu masuk kelantan… mesti kacau-bilau …siapa kacau?si pencacai FAMMMMM… laaa sapa lagi…

  14. duduk di negara orang memang banyak dugaan….masalah paling utama “homesick” rindu kat nasi, rumah, awek….kalau hati tak nekad betul2 memamg susah nak bawak diri…aku rasa kelab beira mar dah terminated contract nazmi sebab tu dia boleh sain kontrak baru dengan pkns….

  15. Nazmi kamu salah pilih team …. Masuk PKNS maknanya tak ada peluang boleh main sekarang kerana FAM akan ikut peraturan …… Tetapi kalau masuk Johor DT …. Mesti FAM akan akur tak payah tunggu bulan April lah, sekarang boleh pun boleh main ….. Kerana boss FAM adalah JDT

  16. baru ko tahu FAM mcm mana rasanya balek x dbgtahu last2 sign contract ngn PKNS sprti pe yg tlh brlaku dngn kes matyo, hampir srupa tp x sama… hehe…

    • sama tak serupa mcm kes Drogba juga… pergi sign dgn Galatasaray, kelab Shanghai Shenhua report kat FIFA…. ada iras kes matyo

  17. pemain malaysia lemah mental

    Tak mengherankan sangatlah kes mcm nazmi ni. Dah diketahui umum pemain bola sepak malaysia takdak daya tahan sebab tu susah nak jadi pro tahap global. Tengok liga malaysia pun buleh tau. Dari level pengurusan, coach, pengadil dan players - semua nya lah. Pemain pulak lebih suka gaduh dan suka cederakan pihak lawan dari cuba mengasah bakat. Ada sorang dua yg pi international pun gagal. Semua ni sebab lemah mental. Laguni kalo, harimau elok main kat liga timur leste, nepal, atau bangladesh aje. Mesti nampak menyerlah punya. Liga Afrika yg negara2nya miskin pun cukup hebat…malaysia jamin tak akan layak punya.

  18. Nazmi Faiz Mansor

    Salam semua,

    Di sini saya sekadar ingin berkongsi dan mencerahkan apa yang menjadi tanda tanya peminat2 bola sepak sekalian..

    Kenapa saya mengambil keputusan terburu2 kembali ke Malaysia?

    Memang saya akui ada rasa rindu pada keluarga, makanan2 Malaysia, awek di Malaysia, tapi sebenarnya itu semua tak mematahkan semangat saya untuk berada disini..

    Apa yang membuatkan saya berasa kecil hati adalah tindakan coach RG yang tidak pernah memanggil saya mewakili Malaysia.

    Apakah saya perlu bermain dengan MU baru diberi peluang untuk beraksi dengan team negara ?

    Adakah permainan saya masih belom mampu menandingi pemain2 Malaysia yang sedia ada..saya bukan berlagak..tp bagi saya..saya lebih layak..latihan di portugal yang padat serta tak mahu ganggu saya bukan lah alasan yg kukuh, saya hanya bermain untuk liga remaja Biera Mar, dan kelab sentiasa bagi kelepasan untuk saya beraksi dengan Malaysia, sampaikan rakan2 disini pon pelik kenapa saya tak pernah bermain dengan Team senior negara..

    Bukan gaji yang menjadi tarikan, tp dapat bermain untuk Malaysia dan membantu Malaysia pergi lebih jauh adalah satu kepuasan sejati yg saya impi2kan..

    Tp takpe..saya paham, mungkin coach RG tak sempat nak memantau saya di Portugal, sebab tu saya selalu tersisih..jadi harapan saya, dengan kembalinya saya ke Malaysia ini..dpt la coach dtg stadium dan tgk saya maen..saya tahu saya layak untuk mengemudi barisan tengah negara.

    Sebelum orang laen nak jaja nama saya dengan mengatakan saya ni menjatuhkan maruah negara, kita fikir2kan dan renung2kan dahulu siapa yang menjatuhkan maruah bola sepak Malaysia ini..

    • biar betul..yang dok tulis ni betul ke nazmi faiz mansor?.

    • mcmana plak dgn Titus James Palani? die nih mmg tak minat le wakil Malaysia??

    • klo btl la ko ni nazmi (yg tulis komen), nmpak sgt ko cm budak2..mentaliti xberkembang lg..sabar jela bro,hr ni dia xnmpak ko,mgkin esok dia sedar..spttnye ko g sne men leklok,timba pengalaman btl2..gobal abis kontrak taun ni jer..sbar la 1taun..psni gobal blk kg tanam jgung..tggu kubur pggil je..ko muda lg..lau coach skrg xnampak ko,mybe coach akan dtg nmpak..fikir mse depan la sikit..aku rse bkn mslh 2 sbnrnye..alasan je 2..yg sbnrnye ko ni ada mslh…org panggil ‘LOVE SICK’

  19. fam bangsat

  20. Bapak lu olang.

    Haiya, ini budak sula pulang malay sia, saya mau kasi dia main sini liga kampung punya. Itu Kg Palit Cawa punya liga.

    Apa lu olang bising, lu olang sulupa mangkuk punya olang

  21. ini cerita sebenar,dia tu tak boleh main bola dengan baik seperti yang diharapkan tu sebab dia kena hantar balik Malaysia dan lagi dia tu nak popular cepat ah sekarang cukup popular di Malaysia kan? kan? kan? ini lah penyakit pemain korang di Malaysia sampai bila pun pemain korang tak sampai kemana pemain pemain liga malaysia ni pun cuma tunjuk lawa dan cari populariti murahan

  22. FAKTA- Nazmi balik ke Malaysia sbb nazmi kene buli dgn org portugis….Nazmi kasi tau ak smlm…

  23. dia balik sebab nak bertepuk tampor ngan Tengku Fiella hehehe.

  24. Ini Semua POYO!!!

    INI SEMUA POYO!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>