Rajagobal pertaruh skuad terbaik

Malaysia vs Singapura 12 Jun 2012
Friendly Malaysia vs Singapura | 12 Jun 2012

GELANGGANG sahaja berbeza tetapi misi tetap sama. Demikian jaminan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi persahabatan kedua menentang Singapura di Stadium Shah Alam malam ini.

Meskipun ia sekadar satu perlawanan persahabatan, Rajagobal tetap berhasrat menurunkan skuad terbaik selepas sekadar seri 2-2 di Stadium Jalan Besar, Singapura, Jumaat lepas.

“Jika ada sebarang pertukaran pun, saya rasa ia hanya membabitkan satu dua pemain, bergantung kepada sesi latihan terakhir.

“Saya rasa tidak perlu membuat rombakan besar-besaran meskipun ia sekadar perlawanan persahabatan,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.

Rajagobal memberitahu, ketika ini Wan Zack Haikal Wan Nor hampir pasti tidak dapat diturunkan gara-gara kecederaan hamstring kanan, manakala Ashaari Shamsuddin dan Mohamad Azmi Muslim pula masih belum cergas sepenuhnya.

“Saya juga yakin pemain tidak tertekan beraksi di gelanggang sendiri, dan saya harap pemain dapat mengikuti arahan, sekali gus melakar kemenangan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kredibiliti pengadil malam ini ekoran keputusan kontroversi pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam semasa aksi di Stadium Jalan Besar tempoh hari, jelas Rajagobal: “Saya sebenarnya lebih gemar memikirkan pasukan berbanding hal-hal lain.

“Cuma, saya harap pengadil (malam ini) dapat mengendalikan perlawanan dengan baik. — Kosmo

Related Posts

4 Responses to Rajagobal pertaruh skuad terbaik

  1. skuad terbaik?r u sureeeee

  2. DATUK RAJAGOPAL

    ya memang skuad saya yang terbaik dan kita boleh memegang piala AFF kali ini
    **saya coach lu apa tau

  3. Singapore dan Lions XII ada pemain saja.
    Kelantan tak pernah kalah dgn Lions XII.
    Septutnya malaysia boleh beat singapore di mana saja

  4. singapore dan Lions XII adalah pemain sama ..pembetulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>