Kelantan rampas kembali teraju Liga Super

Gol Norshahrul, Piya pastikan Kelantan kutip mata penuh di Kota Bharu

KELANTAN kembali menerajui kedudukan teratas Liga Super hasil kejayaan menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu Sabtu.

Pasukan terkenal dengan jolokan ‘The Red Warriors’ itu kini mengutip 17 mata iaitu dua mata di hadapan pencabar terdekat Perak selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Penyerang berbisa Norsharul Idlan Talaha memecah kebuntuan pasukan tuan rumah hasil jaringan pada minit ke-37 menerusi hantaran kemas Mohd Nurul Azwan Roya.

Kelantan kemudiannya menggandakan kedudukan 2-0 menerusi kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-52.

Gol tunggal Terengganu hanya hadir pada pada minit terakhir perlawanan menerusi jaringan Mohd Ashari Shamsudin.

Sementara itu, harapan Perak untuk terus menduduki tangga teratas liga berkecai apabila tewas 0-2 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol T-Team dijaringkan Bojan Petric pada minit ke-56 dan sepakan penalti Zairo Anuar Zailani (minit ke-88).

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, pasukan Selangor seperti hilang bisa apabila tewas 0-2 kepada pasukan bertaraf kelab, Selangor PKNS.

Gol Selangor PKNS dijaringkan oleh Rudie Ramli pada minit ke-33 dan Helmi Remeli (minit ke-60).

Sarawak pula menewaskan Felda United 2-1 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Vedran Murotovic pada minit ke-45 dan Asri Chuchu pada minit ke-84, Manakala gol tunggal Felda United di sumbangkan oleh Mohd Firdaus Faudzi.

Pasukan Lions XII mengalahkan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Dua tuan rumah dijaringkan oleh Mohd Shahril Ishak pada minit ke-31 dan minit ke-60 dan Shahdan Sulaiman menjaringkan gol ketiga pada minit ke-50.

Negeri Sembilan memperoleh gol tunggal hasil jaringan Mohd Firdaus Azizul pada minit ke-90.

Kedah pula seri 2-2 dengan Sabah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Gol kedah dijaringkan oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-38 dan Mohd Faizal Abu Bakar (minit ke-39) manakala dua gol Sabah disumbangkan oleh Shahrudin Yakup pada minit 21 dan 56.

Pasukan tercorot, Kuala Lumpur terus dihantui kekalahan setelah tumpas 0-2 kepada Johor FC di Stadium Hang Jebat, Melaka. Gol Johor FC dijaringkan Mohd Haris Safuan Mohd Kamal pada minit keenam dan Jasazrin Jamaluddin pada minit ke-83.

-BERNAMA




coded by nessus

3 Responses to Kelantan rampas kembali teraju Liga Super

  1. Kemah sek2 kito. Go more go more kelate…..

  2. Peteh ganu peteh. Jgn jadikang kekalahan sebaga penghalang

  3. Yang pentingnya ialah Pantai Timur terbaeeeekkkkkk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>