Wan Jamak berdepan penggantungan 6 bulan

Wan Jamak Wan Hassan

GARA-GARA kritikan pedasnya terhadap pengadil perlawanan, jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan mungkin bakal berdepan hukuman berat apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat luahan rasa beliau selepas tamat perlawanan menentang Perak dalam saingan Piala Malaysia, Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM, Datuk Mohd Taufik Abd Razak berkata, FAM sedia maklum dengan kenyataan Wan Jamak itu dan meneliti sama ada akan membuka kertas pertuduhan ke atas jurulatih itu.

“Perkara ini diuruskan urus setia FAM terlebih dulu untuk menyemak kenyataan Wan Jamak itu sama ada ia kenyataan yang berasas ataupun melanggar kod etika FAM.
“Kami tahu kenyataannya itu disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan serta laporan berita televisyen. Malah ia juga disiarkan secara langsung selepas tamat perlawanan ketika ditemubual Astro Arena tapi perkara ini akan diteliti terlebih dulu,” katanya.

Wan Jamak, 53, melahirkan rasa tidak puas hati selepas menyaksikan anak buahnya sekadar seri 1-1 menentang Perak dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darulaman sekali gus menyebabkan mereka gagal mara ke suku akhir.

Beliau yang ditemui pemberita berkata: “Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi dirompak pengadil yang membatalkan dua itu pada babak pertama. Pengadil membuat keputusan yang tidak masuk akal.”

Taufik berkata, mengikut peraturan baru Kod Tata Tertib FAM 2011, jika Wan Jamak disabitkan bersalah, beliau bakal berdepan hukuman penggantungan minimum enam bulan sehingga dua tahun serta denda wang tunai sekurang-kurangnya RM6,000.

“Semua ini bergantung kepada sejauh mana seriusnya kenyataan Wan Jamak itu kepada FAM, jika kami menganggap ia kenyataan berasas, makan kes itu akan digugurkan,” katanya.

Untuk rekod beberapa kes membabitkan penggantungan jurulatih kerana kelantangan bersuara berlaku sebelum ini membabitkan bekas jurulatih B Sathianathan (Kelantan), Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor (T-Team) dan Reduan Abdullah (Felda United).

Sathianathan dijatuhkan hukuman penggantungan enam bulan dan denda RM2,000 oleh Jawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM, Oktober tahun lalu kerana mempertikaikan pemilihan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebagai gelanggang pertemuan Perlis dan Terengganu ketika Stadium Utama Negeri di Kangar tidak dapat digunakan.

Turut menerima nasib sama, Che Ku Marzuki yang menjalani penggantungan enam bulan dan denda RM2,000 bermula 21 Oktober tahun lalu.

Reduan pula didakwa celupar apabila memperkatakan mengenai ujian yo-yo walaupun banyak pihak mengaku kebenaran kenyataan bekas pemain Selangor itu.

Beliau digantung selama setahun dan denda RM4,000 namun selepas rayuan dibuat, Jawatankuasa Rayuan dipengerusikan C Gnanarajah mengurangkan tempoh penggantungan itu kepada tiga bulan tetapi dendanya ditambah RM2,000 kepada RM6,000. — Harian Metro

Related Posts

13 Responses to Wan Jamak berdepan penggantungan 6 bulan

  1. FAM—DIKTATOR—BOW—UNDER—THEKING—POWER

  2. Wan Jamak harus terima kekalahan dengan hati terbuka. Masa dia bersama N9 vs Kelantan di Seremban, Kelantan dapat 2 gol dlm liga super x dikira, W Jamak x kata apa pun, sebab yang untung N9. X kata pun 2 gol Kelantan tu “Clean Gol”

    • Wan jamak, terimalah seadanya. Kalau keputusan berpihak kepada kamu, kamu diam dn bertepuk tangan tapi kalau keputusan x berpihak kepada kamu, baru kamu tahu melalak plak. Kamu patut rasa juga apa yang team lain telah rasakan terutama sekali kelantan selalu dianak tirikan dn selalu digembar-gemburkan cerita yg x baik sahaja.

  3. Xyah gduh2 la wei..Klantan n N9 same2 jer team Cap Ayam..xleh gi ke mane pn..Selangor dh pasti akn jdi Juara Piala Msia tahun ni..muehehehe

    • Gergasi,
      X yah nak melalak sini lah woiii. Tunggu masuk ke padang dulu. X yah cerita banyak sebab semua org tahu selangor memang team cap ayam. Yang kalah 1-5 kat gelanggang sendiri tu bila nak balas ngok???? Wakakakakaka……..

  4. Terimalah hakikatnya Wan Jamak ooooiiiii.. Jangan jadi cam selangor, prestasi merudum dn terus K Devan kena ‘fired’. Aku tahu bukan senang nak latih pemain2 selangor yg sekelas dgn budak skolah rendah. Diaorang bukan pandai sepak bola pun sbb kaki penuh cagu/cekam kuku. Wakakakakakaka….

  5. selangor mmg hebat..siap ade misi lagi..
    klau tim n9 dgn klantan tu cap ayam…tim slangor cap ape lak? cap teko?…cap junjung?..

  6. selang@,
    Memang betul tu, selangorlah team yg paling x berkualiti di abad ini. Semua pemainnya x bleh sepak bola kerana kaki ada cagu/cekam….

  7. Dia cuba nak jatuhkan moral pemain2 dari negeri lain serendah moral mereka sendiri. Katanya team perak, kelantan, nesmilan, terengganu x hebat. Kononnya dia je yg hebat. Lawan dgn tteam pun terkincit2 tgh padang, apatah lagi nak lwn team negeri lain.

  8. Aku predict nesmilan dn kelantan ke final lagi. Naluriku berkata2 dengan hebat……

  9. FAM ni..cikit2 gantung..budu betul..d EPL kritik referee pn nda sampai kana gantung..politikus betul..DIKTATOR.budu..palui..p matilah ko FAM

  10. pi mampus la..FAM…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>