Perak lupakan episod hitam, Kedah bergelut elak tersingkir

Perak vs Kedah - Liga Super 2012, 10 Julai
Perak vs Kedah - Liga Super 2012

SELEPAS diaibkan dengan kekalahan besar 0-6 kepada Kelantan Sabtu lalu, Perak disaran melupakan episod hitam itu dengan memastikan nama pasukan berada dalam kelompok tiga terbaik Liga Super 2012.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pemain mahupun seluruh jentera pasukan perlu bangkit pada baki dua perlawanan terakhir.

“Lupakan kekalahan di Kota Bharu. Pasukan harus bangkit dan kembalikan kepercayaan penyokong bahawa Seladang bukan calang-calang pasukan.

Perlawanan menentang Kedah di laman sendiri hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Saya harap pemain fokus dan kekalkan disiplin bagi meraih tiga mata,” katanya.

Perak kini menghuni tangga keempat dengan 39 mata dan memerlukan kemenangan untuk berada dalam kelompok tiga terbaik sebelum bertemu Kuala Lumpur pada 14 Julai ini.

Sementara itu, Kedah mengharapkan kehadiran penyerangnya, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dalam baki dua perlawanan Liga Super untuk membantu pasukan itu berada pada kedudukan selamat daripada zon penyingkiran.

Penolong Jurulatih Kedah Radhi Md Din berkata ketiadaan Khyril Muhymeen yang digantung perlawanan menyebabkan strategi Kedah untuk memburu tiga mata penuh menentang Negeri Sembilam Sabtu lalu tidak menjadi.

“Saya akui kekurangan pemain berpengalaman menjejaskan rentak permainan pada malam itu. Pemain bermain dengan baik tetapi gagal manfaatkan peluang untuk jaringkan gol.

“Kehadiran Muhymeen pada dua perlawaman terakhir ini menjadi penentu sama ada kita kekal di Liga Super atau menyertai Liga Perdana musim depan… Saya tetap akur dengan perkara itu,” katanya.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>