Terengganu FA

Silap faham kandungan Surat Pekeliling FAM?

“SAYA agak musykil sebenarnya kerana surat yang kami hantar menggunakan bahasa Melayu, bukannya bahasa Inggeris.

“Jadi, sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan mereka (Terengganu) harus memahami dan meneliti surat yang mereka terima itu.”

Demikian respons Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berhubung tindakan Terengganu yang tetap menyenaraikan dua pemain import yang tidak layak beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Dengan keputusan itu, skuad Penyu nampak gayanya telah pun ‘bercucuran air mata’ gara-gara ‘kempunan’ mendapatkan sentuhan kedua- dua pemain import terbabit meskipun sepak mula Liga-M belum pun bermula.

Terdahulu, kedua- dua pemain import terbabit, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carniet disahkan akan menyarung jersi Penyu bagi mengharungi saingan Liga-M dan juga kejo- hanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Namun, Azzuddin dalam reaksi segeranya kepada Kosmo! semalam memberitahu, kedua-dua pemain itu hanya boleh beraksi dalam kejohanan AFC sahaja dan bukannya Liga-M.

Ini kerana menurutnya, hasil semakan FAM sebelum ini mendapati kedua-dua pemain itu tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh FAM sebelum ini.

Justeru katanya, Terengganu dan mana-mana pasukan lain yang gagal membuat pendaftaran pemain import pada 8 Disember lalu boleh kembali berbuat demikian ketika pendaftaran dibuka semula pertengahan April depan.

“Kami sudah mengutuskan surat kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan jelas menyatakan tarikh 9 Januari itu sebenarnya untuk pemain import yang beraksi untuk kejohanan AFC, bukannya Liga M.

“Kami sudah menegaskan tarikh perpindahan pemain yang beraksi untuk Liga M sudah ditutup pada Disember lalu. Keputusan FAM muktamad dan kami tidak memberikan mana-mana pasukan ‘keistimewaan’ berhubung isu pemain import ini.

“Semua pasukan yang beraksi dalam Liga-M dilayan sama rata, cuma kelebihan hanya pada pasukan yang beraksi di AFC sahaja. Namun, ini tidak bermakna mereka dapat menggunakan khidmat pemain tersebut dalam Liga-M,” tegasnya.

Kosmo! semalam melaporkan, Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mengumumkan nama kedua-dua ‘awang import’ terbabit bagi mengharungi saingan Liga-M musim ini.

Beliau dilaporkan berkata, susu- lan pekeliling terbaharu bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan oleh FAM menyatakan bahawa Terengganu layak untuk mendaftar pemain import baharu selewat-lewatnya pada 9 Januari ini.

Justeru katanya, kesempatan yang ada jelas digunakan Terengganu untuk merombak perancangan asal mengenai pemain import dengan menarik balik pendaftaran Mohamadu Sua Mareh dari Gambia yang sebelum ini telah didaftarkan dengan FAM.

Mengulas lanjut, Azzuddin berkata, beliau tidak mahu mana-mana persatuan atau kelab melakukan perkara yang sama selepas peraturan pemain import sudah dijelaskan kepada semua pasukan yang terlibat di dalam Liga-M pada tahun lalu. — Kosmo




coded by nessus

Main topics: Bola Sepak Malaysia, Liga Super

Sub topics: , , , ,


Readers Comments (4)

  1. Ken

    Inilah keadaan terumbang-ambing di FAM yg kejap mengharamkan pemain import dan sekarang benarkan pemain import tapi dgn syarat yg tdk munasabah. Birokrasi di FAM dan imigresen serta kesuntukan mencari pemain import kualiti yg memakan masa tdk ditimbang oleh FAM yg dah lama menjadi persada permainan politik mcm patung UMNO.

     Reply
  2. bodo

    Natang FAM bodoh dok makang telo….
    Tulis surat kot bahasa melayu.. Tapi natang hok saing surat bodo dok reti bahasa melayu… bahasa Inggeris
    lagi lah bodo..
    Surat kata liga M je… liga Super dengan AFC tak bagitau…
    base bodo dok makang telo…

     Reply
  3. gen

    wehh bodo..
    doh klu makang telo jd pandai ker?
    hahaha

     Reply
  4. Ruben

    Ini masalahnya orang bodo dalam FAM, Kelam kabut bos

     Reply