Sarawak didenda RM29,500 insiden kekecohan vs Lions XII
Kekecohan tercetus dalam aksi Liga Super Sarawak vs Lions XII pada Mac 2012.
FAM turut menggantung kapten Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar
JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mendenda Persatuan Bola Sepak Sarawak (PBSS) RM29,500 susulan kekecohan semasa perlawanan Liga Super membabitkan Sarawak menentang Lions XII pada Mac lalu.
Jawatankuasa yang dipengerusikan Datuk Taufik Razak itu juga turut menggantung Ketua Pasukan Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar dan Penolong Pengurus, Mohd Farhan Abdullah.
Antara pertuduhan yang dikenakan ke atas PBSS ialah gagal menyediakan pegawai keselamatan mencukupi di samping tidak mampu mengawal tindak tanduk penyokong mereka.
Manakala Mohd Hairol Mokhtar pula disabitkan kesalahan mengeluar kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan.
Atas kesalahan berkenaan, Kapten Sarawak itu digantung tiga perlawanan dan denda RM2,000.
Sementara Mohd Farhan didapati bersalah mengasari pengadil dan digantung lapan perlawanan serta denda RM4,000.
PBSS turut tidak dibenarkan membuat rayuan bagi kesemua hukuman berkenaan atas alasan didenda dikenakan adalah paling minimum.
Sarawak vs Lions XII - Liga Super 19 Mac 2012
Video Sarawak 0-1 Lions XII | Gol
Pengadilan berat sebelah bangkit kemarahan penyokong Sarawak
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan menunggu laporan penuh pesuruhjaya perlawanan antara pasukan Sarawak dan Lions XII di Stadium Negeri di Kuching yang dilaporkan kecoh sebelum mengambil tindakan lanjut.
Perlawanan Liga Super antara Sarawak dan Lions XII pada Sabtu dilaporkan terpalit dengan pengadilan berat sebelah sehingga menimbulkan kemarahan penyokong Sarawak yang dikatakan bertindak membaling objek serta mercun ke arah pemain pasukan pelawat sebagai tanda protes.
Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata FAM tidak boleh menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak selagi belum mendapat laporan pesuruhjaya perlawanan.
“Saya tidak akan membuat andaian pihak mana yang bersalah dalam insiden tersebut sehingga saya memperoleh laporan penuh daripada pesuruhjaya perlawanan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Perlawanan itu dimenangi Lions XII, 1-0 hasil sepakan penalti kapten pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-72. — Bernama
April 20, 2012 - 11:16 pm
kes serang pegawai fru tempoh hari pun mgkin kena denda jg la kot. agaknya lg bnykla sbb parah kawan tu..
April 21, 2012 - 7:17 am
kena denda banyakle sebab ‘kawan tu yg sorang lagi kat fam’ tu nak buat modal judi harian diaa…huhu..fam babi
April 21, 2012 - 11:31 am
kpd seluruh peminat bolasepak, fam sbnarnya amat gembira dgn apa2 yg telah brlakunya insiden keganasan penyokong atau keceluparan mulut pegawai2 yg trlbat dgn fam.dgn kesilapan yg kalian lakukan,blhlh kami denda kalian,kurang2nya msuk jgk duit skit dlm tabung fam.lg teruk insiden kamu buat,lg bnyklh duit yg kami dpt.kalau fam x denda nk isi kantung mcm mana?kena bg duit utk juara liga dh 750ribu.itu x msuk lg piala fa,piala mlysia.kalau nk hrpkan kutipan tiket,brape keratsgt stadium kaq ni penuh.kos mesyuarat TSAM pun kami sapu jnji msuk duit je.yg pasal ranking apa kami peduli.kalau kita beri tumpuan utk baiki ranking bknnya msuk duit pun
April 22, 2012 - 3:41 pm
patutlah kau tak peduli pasal ranking. kau sibuk pasal masuk duit je ke? baru aku paham sekarang
April 21, 2012 - 2:24 pm
Eloklah didenda kalau tak boleh nak faham undang-undang.