Ranking FIFA hanya sekadar angka - K Rajagobal

Kejatuhan ranking Malaysia dalam senarai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak mencerminkan prestasi sebenar skuad Harimau Malaya, kata ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal.

“Ranking hanyalah kedudukan yang membabitkan angka,” katanya, sambil menegaskan bahawa soal ranking tidak penting kerana ia bukan pengukur sebenar prestasi anak didiknya.

Ranking yang dikeluarkan FIFA semalam menunjukkan Malaysia jatuh enam tangga di kedudukan 162 dunia berkongsi tempat dengan Singapura. Ranking itu adalah yang terburuk sepanjang tahun ini selepas Malaysia berada di tangga ke-148 dunia pada Januari lalu.

Bercakap kepada pemberita di Kelana Jaya di sini pada Khamis, Rajagobal yang yakin soal ranking itu tidak akan menjejaskan prestasi skuad bimbingannya, berkata tumpuan utama kini ialah persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki 2012 pada November ini.

Katanya pasukan bimbingannya masih mempunyai masa untuk melakukan persiapan dan beliau sudah mendapat gambaran awal untuk memilih pemain.

- BERNAMA

Related Posts

15 Responses to Ranking FIFA hanya sekadar angka - K Rajagobal

  1. Afrinooooor kajang

    wat the stupid statement hah!!!

  2. ranking tak penting hem,,,,
    bodoh statement !!!
    Berlagak lagi dia nih,,,,

  3. Klu ranking xpenting apsal bler safiq ngan safee p trial kat cardiff i2 ari xdpt?????….Come on la raja!!!! League luar cam kat england,spain n german hanyer trima player yg rankingnyer bwh 80,klu xsilap aku laa!!! Udah no 162…mane nak dpat!!! P makn angin jlah….. Lg 1 aku pelik…napelar manager team national datuk subahan bleh stuju lak ngan si raja ni!!!!!!!!!!!! Aku sayang team malaysia ni tp semenjak due menjak ni…mkin klam kabut aku tngok biler main!!! Selection player dah mmg xyah ckaplah…pnuh ngan player liga perdana walhal kite ada player liga super!!!

    • org meru tengok bola liga EPL jer ke?EPL jer yang buat rules camni ler….liga lain xde.erti kata lain,main la liga selain epl.pegila portugal ka,perancis ka,norway ka,swiss ka,dan sebagainya.asalkan x EPL

  4. Ai ya macha..ini statement orang tarak sekolah macha, i ingat lebih bagus u buat teh tarik atau tebar roti canai kat kedai mamak la macha..

    • Rajagobal:Sori la bro aku kena cakap camtu..pasal presiden ngan S/U aku pun suka kalau rangking kita jatuh…(Sijudin pun cakap rangking2 ni tak penting…YANG PENTINGNYA JAWATAN AKU SEBAGAI COACH ..SELAMATTTTTTTTTT….HA.HA.HA..(TAK GITU JUDENN OIII…
      judenn: Betul tu Gobal Presiden kita pun mana peduli ngan ranking-rangking ni…ha..ha…(jom mari kita hancurkan bolasepak malaysiaaa…JOOMMMM…..(itulah sebahagian dialog mereka berdua agaknyeee…he.he.he….yang penting..masyukkkkkk…

  5. Sama seperti org yg gagal SPM kata SPM tak penting. Padahal dia bukan tak pandai tapi malas nak belajar. Hasilnya masa depan sendiri jd kelam. Untuk lari dp dikatakan malas atau bodoh, dia kata SPM tak penting..

    Begitu lah jua dgn hal bola malaysia dan ranking ni.. Nampak tak..
    Ini semua adalah alasan utk tutup kelemahan diri.. Alasan menipu diri sendiri..

    Tapi mujurlah peminat bola tanahair cerdik-cerdik belaka.. Semua orang nampak

  6. ni la masalah bila tak boleh terima pandangan orang lain dia je betul, kita peminat yang habiskan duit habiskan suara belum kira gaduh dengan bini nak gi tengok bola pandangan kita dia buat pekak aje

  7. Alamak.. semua benda pun angka.. Angka tarikh kena buang jadi coach, angka gaji berlambak tapi jawab macam ni.. macam-macam lagilah.. Tu la, dulu time jadi pemain, bukannya bagus sangat pun.. tapi bila jadi coach, lagi teruk pulak..

  8. वह सक्षम Rajagobal गोह की तरह आधा

  9. sejak ikiut bola malaysia ni macam2 kita dengar

    1. rangking tak penting
    2. saya tahu pemain saya
    3. pool pemain tak cukup
    4. experimen
    5. kita masih ada masa

    iyu adalah antaranya. besok lusa kita tengok pulak ape statement dia. ranking makin jatuh….

  10. aku kalau ada anak bagi jawapan cam ko ni Gobal bila baru dapat keputusan SPM x pun peperiksaan akhir tahun,pastu dapat imum kedudukan dalam kelas,dia jawab macam ko ni Gobal,aku dah lama dah penampar,pastu suruh duduk tido luar pikirkan kenapa boleh dapat keputusan teruk camtuh. peperiksaan trial pun aku x akan terima kalau dia teruk,ko tau Gobal?

  11. adoi…raja..o raja…come on raja…apa lagi yg ko nak dgn team malaysia?? ni kali lah tukar…ambik coach yg bgus la FAM…jgn biar gni…klu stkat piala suzuki tu buat FAM bg kpcyaan trus ngn raja smpi bila? FAM dah nmpk sndri mainan malaysia mmg xmnarik..membosankn..trutama bila kena serang lawan…cm cri jarum suma…kelam kabut…come on lah…FAM buang lah duit tu bha utk ambik coach dri luar negara…apa daaa…bli pemain smpi brjuta-juta di buang..tp coach tu xda kilauan langsung…klu stkat ad sjil suma rkyat mlysia pn boleh..nsb jak xda minat…FAM fkir2kn lah..fkir utk jgka yg pnjg…ambik jak OKS tu jdi coach malaysia…gnti OKS ngn coach dri luar..biar coach dri luar yg jga team malaysia bwah 23thun tu…labur jak duit kamu tu..trjun trus..bru tau hasilnya…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>