Presiden FAM jamin selesai isu geran tahunan

Presiden FAM ulas isu kelewatan geran kepada persatuan negeri, kelab

ISU kelewatan pembayaran geran tahunan kepada persatuan bola sepak negeri dan kelab terbabit dalam Liga Malaysia dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Ia disahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah ketika diminta mengulas berikutan ahli gabungan badan induk kebangsaan itu belum menerimanya sehingga kini.

Namun, baginda yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM, kecewa apabila baginda seolah-olah dipersalahkan apabila isu kelewatan geran tahunan itu ditimbulkan.

“Saya ada dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi saya tidak mahu menyentuhnya (kenyataan Tan Sri Annuar Musa) yang merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM).

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan… sudah tentu saya tahu apa yang sebenarnya berlaku,” titah baginda kepada pemberita di Kuantan, Pahang, semalam.

Bagaimanapun, Sultan Ahmad Shah enggan mengulas lebih lanjut perkara itu. “Dia (Annuar) nak bercakap, biar dia bercakap tetapi saya tidak bercadang mahu menyentuh perkara itu. I should know better (Saya sepatutnya lebih tahu),” titah baginda.

Sebelum ini, akhbar melaporkan walaupun saingan pusingan pertama liga tempatan sudah hampir berakhir namun geran tahunan sebanyak RM100,000 hingga RM300,000 yang diperuntukkan kepada pasukan dalam Liga Super dan Perdana masih belum diserahkan sekali gus menimbulkan keresahan ahli gabungan yang kini berdepan masalah kewangan untuk menguruskan pasukan masing-masing.

Kelmarin, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan Liga Super Malaysia (MSL) sudah menyerahkan kertas cadangan mengenai jumlah geran tahunan itu kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM untuk kelulusan. — Berita Harian

Jaminan Sultan Ahmad Shah

INSYA-ALLAH, tidak lama lagi.” Itulah reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah ketika ditanya mengenai bilakah semua ahli persatuan bola sepak negeri akan menerima geran tahunan masing-masing.

Mungkin jawapan ringkas Sultan Ahmad Shah mengenai pembayaran geran tahunan itu membuatkan semua ahli gabungan badan induk kebangsaan itu menarik nafas lega kerana setidak-tidaknya, selaku pemimpin nombor satu FAM, beliau sendiri sudah membuat jaminan bahawa wang berkenaan akan diserahkan dalam masa terdekat ini.

Saingan pusingan pertama liga tempatan sudah hampir berakhir namun geran tahunan sebanyak RM100,000 hingga RM300,000 yang diperuntukkan kepada setiap pasukan beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana masih belum kelihatan sekali gus menimbulkan keresahan persatuan yang berdepan masalah kewangan untuk menguruskan pasukan masing-masing.

Biasanya, separuh daripada wang geran tahunan itu akan diserahkan kepada persatuan negeri sebelum saingan liga bermula manakala separuh lagi akan diserahkan ketika pertengahan musim.

Bagaimanapun, hingga kini, wang berkenaan masih belum diterima oleh ahli gabungan dan sebahagian besar daripada mereka meluahkan keluhan menerusi akhbar ini, dua hari lalu dan kelmarin, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pula tampil menjelaskan bahawa MSL sudah pun menyerahkan kertas cadangan mengenai jumlah geran tahunan itu kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM untuk kelulusan.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM, bukan kepalang kecewanya Sultan Ahmad Shah apabila beliau seolah-olah dipersalahkan apabila isu kelewatan geran tahunan kepada semua ahli gabungannya itu ditimbulkan.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi saya tidak mahu menyentuhnya (kenyataan Annuar yang merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM). Saya Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan… sudah tentu saya tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Dia (Annuar) nak bercakap, biar dia bercakap tetapi saya tidak bercadang mahu menyentuh perkara itu. Apapun saya yang sepatutnya lebih tahu,” katanya ketika ditemui di Kuantan, semalam. — Metro

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>