Penyokong Terengganu kecewa FAM pilih bulu

Peteh Ganu Peteh

PETEH kecewa ketidakseimbangan tindakan FAM

Kelab Penyokong Bola sepak Negeri Terengganu (PETEH) membidas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didakwa membuat keputusan tidak adil dan bersikap pilih bulu berhubung isu penghantaran surat penggantungan.

Ini berikutan, dua penyerang Terengganu, Jean-Emmanuel Effa Owona dan Abdul Manaf Mamat yang dilayangkan kad merah pada pertembungan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Selasa lalu sudah menerima surat berkenaan, kelmarin.

PETEH mempersoalkan tindakan serta merta yang diambil FAM dengan menghantar surat penggantungan dua perlawanan dan denda RM1,500 dikenakan terhadap Abdul Manaf Mamat dan Effa Owona satu perlawanan, denda RM1,000.

PETEH kecewa sandiwara FAM

Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata pihaknya terkilan kerana apabila berlaku insiden membabitkan pasukan seperti Terengganu, FAM cepat menjatuhkan hukuman dan denda, sambil mendakwa FAM bersikap sambil lewa atau sengaja melengahkan hukuman jika membabitkan persatuan negeri tertentu.

“Saya kecewa dengan sandiwara FAM kerana menghantar surat hukuman dan penggantungan dalam masa sehari selepas perlawanan. Saya dimaklumkan surat dua pemain (Effa Owona dan Manaf) diterima persatuan negeri kelmarin.

“Apa yang membuatkan saya tidak puas hati dengan sikap FAM apabila badan induk itu lewat menghantar surat penggantungan satu perlawanan membabitkan penyerang import Selangor, Francis Forkey Doe yang baru diterima kelmarin sedangkan hukuman penggantungan satu perlawanan dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 21 Mei lalu,” katanya.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

13 Responses to Penyokong Terengganu kecewa FAM pilih bulu

  1. Macan nilah FAM… Being Managed by the RETARDED PERSONS

  2. Selangor kan tu dah jangan bising2 hahaha

  3. Paman Ngempeng

    maafkanlah FAM tu..diorg bz kn..slalu sgt bz..

  4. Dah terang lagi bersuluh.. bila dah berkuasa.

  5. Kita mesti desak supaya kotoran2 itu mesti disingkirkan dari FAM. Serawak, terengganu, kelantan, perak, kedah yang sering didenda. Tetapi kalau selangor dan pahang seperti ada sandiwara pulak dari FAM. Apa ni !!!!!

  6. Pandai dok nok pegang Jawatan, Dok soh pegang kalo dok reti

  7. dokrak_ chantong

    Semasa ABC(asal bukan che mat) duk dalam FAMpun sama juga 2×5!!!!1

  8. Batang Berjuntai

    Asalkan Sgor tak kena, sudah

  9. Johor_Kedukut...dapat TELUR!!

    Bila nak ambil tindakan kpd Selangor jer….macam-macam alasan diberi….Hempas FAM!!!

  10. Senang cakap la, selagi selangor tak tercapai misi 33 diorang tu, merana la negeri lain…

  11. Itulah FAM.Takkan lah anda semua tak kenal. Masih banyak kahak dan kotoran yang perlu dibuang dalam FAM. Kalau selangor ngan pahang apapun boleh. Sekarang ni johor pulak. Bila ada bangkangan keras dari orang kuat johor dah mula pula nak membodek. Apapun sama saja pengurusan FAM dulu dengan yang sekarang. Selagi persatuan bola sepak negeri yang menjadi tunggangan FAM tidak bersatu membantah atau memboikot sebarang keputusan kotor FAM begitulah akan jadinya bola sepak kita sehinggalah ke generasi cucu kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>