Malaysia vs Filipina Kelayakan Piala AFC 2013 B-22
Kelayakan Piala AFC B-22

MALAYSIA mencatatkan kemenangan kedua pada Saingan Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun (B-22) apabila menumpaskan Taiwan 4-2 di Stadium Aung San, Myanmar petang tadi.

Ia merupakan perlawanan ketiga pasukan negara apabila sebelum ini Malaysia kalah 2-3 kepada Korea Selatan, Sabtu lepas sebelum bangkit mencatatkan kemenangan pertama membelasah Filipina 7-0 pada Isnin.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi pemain Sabah, Rozaimi Abdul Rahman sebelum pemain Taiwan Chen Yen-Jui menjaringkan gol sendiri pada minit ke-32 untuk memastikan skuad negara selesa dengan kelebihan dua gol.

Rozaimi sekali lagi menampilkan aksi cemerlang apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga buat skuad negara pada minit ke-40 sebelum Taiwan berjaya menembusi gawang negara menerusi Lin Chang-Lun pada minit ke-50.

Pemain tengah D. Saarvindran menambah derita pasukan Taiwan apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-78 sebelum Taiwan menyumbat masuk gol kedua mereka pada masa kecederaan menerusi Wen Chih-Hao.

Skuad muda negara bakal berdepan laluan sukar Sabtu ini apabila dijadualkan bertemu pasukan Vietnam yang membelasah Filipina 9-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G yang berlangsung di Stadium Thuwunna hari ini.

- BERNAMA




coded by nessus

Main topics: Bola Sepak Malaysia

Sub topics: , , , , , , , ,


Readers Comments (2)

  1. penyokong malaysia

    lawalah amy…..ko memng pemain hebat…smoga ko buli buat yg terbaek tuk sabah jua…

     Reply
  2. ijam bin majangkim

    amy memng mengharumkn nama negara……masih muda le dya baitu masih bnyak harapan……safee sali pn kalah law brtanding gan amy…good luck amy….

     Reply