FAM beri amaran Annuar Musa tidak boleh terlibat sebarang aktiviti bola sepak

Tan Sri Annuar Musa Digantung
Datuk Taufik vs Tan Sri Annuar Musa

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi amaran keras kepada Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, yang digantung dua setengah tahun, agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.

Amaran ini dibuat apabila tindakan Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), telah melanggar kod etika jawatankuasa tatatetib dengan menghadiri satu majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warriors di kafe The Red Warriors, Pusat dagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan yang lebih tegas sekiranya Annuar terus bergiat aktif dalam kancah bola sepak nanti.

“Perkara ini diputuskan selepas pihak kami menerima banyak rungutan dan pandangan daripada pihak luar berkaitan penglibatan Annuar dalam aktiviti bola sepak.

“Jadi selepas mesyuarat sebentar tadi, kami akan maklumkan perkara ini kepada Annuar agar mematuhi hukuman seperti yang termaktub dalam Perkara 6.11.15 kod etika tatatertib di mana beliau tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak,” kata Taufik.

Taufik berkata, Annuar sepatutnya mengikuti hukuman yang telah diputuskan oleh pihak FAM dengan mengurangkan segala aktiviti berkaitan bola sepak.

“Perkara ini senang sahaja, beliau harus ikut apa yang telah diputuskan, bukannya melanggar kerana dengan tindakan macam ini ia akan memburukkan lagi keadaan,” kata beliau sambil menambah, “seharusnya persatuan bola sepak negeri perlu memainkan peranan penting dalam isu ini. bukannya mengambil mudah.”

“Jadi, mereka harus memandang serius dan peka agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada persatuan bola sepak negeri akan menerima hukuman ekoran tidak memandang serius mengenai isu ini, beliau berkata, pihak FAM hanya akan memberikan peringatan agar selepas ini mereka lebih peka dan menuruti segala hukuman yang telah diputuskan.

Awal bulan lalu, Annuar digantung dua setengah tahun apabila melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Selain itu, Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut. — Sinar Harian

Annuar Musa digantung dua setengah tahun oleh FAM

KELANA JAYA - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun berkuat kuasa hari ini.

Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang lebih tiga jam, yang turut menetapkan bahawa Annuar tidak boleh mengemukakan rayuan.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak pada perbicaraan yang mengambil masa hampir tujuh jam itu.

“Ini bermakna. Annuar hilang status sebagai timbalan presiden dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),” katanya yang mendedahkan ini bukan pertama Annuar menghadap Jawatankuasa Tataterbib FAM.

Penggantungan Annuar menjadikan beliau individu ketiga menjadi ‘mangsa’ hukuman FAM selepas dua bekas Naib Presiden FAM sebelum ini, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang digantung kerana mengkritik FAM.

Pada sidang media di Wisma FAM hari ini, Taufik berkata, pada perbicaran hari ini Annuar didakwa melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lepas iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa yang berkenaan.

“Jawatankuasa bersidang memutuskan Annuar didapati bersalah dan hampir sebulat suara bersetuju hukuman berkenaan. Annuar dengan ini digantung dua setengah tahun walaupun terdapat anggota memutuskan hanya denda perlu dikenakan kepada beliau.

“Malah, hukuman bagi kes ini juga tidak boleh dirayu,” katanya.

Taufik berkata, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, Annuar tidak dapat menjalankan aktiviti dalam pasukan kebangsaan dan juga kelab.

“Ini bermakna. Annuar hilang status sebagai timbalan presiden dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),” katanya.

Related Posts

48 Responses to FAM beri amaran Annuar Musa tidak boleh terlibat sebarang aktiviti bola sepak

  1. FAM ni sepatutnya menghargai orang yang menaikkan dan memenuhi semula stadium. Kerancakan bola adalah kerana penyokong. Penyokong datang bila prestasi pasukan meningkat. Prestasi pasukan meningkat bila ada urustadbir yang baik dan cekap. Lihat Terengganu sekarang.. penyokong makin kurang. TSAM kini saya rasa menjadi penyokong yang paling setia kepada Kelantan biarpun mengetahui dirinya dicemuh oleh FAM namun saya yakin beliau masih dihormati lawan dan kawan. Sepatutnya FAM mengkaji gaya kepimpinan dan kesungguhan beliau membangunkan sebuah pasukan yang lemah lagi miskin suatu ketika dahulu menjadi GERGASI! Jangan dilibatkan sifat iri hati dan bodoh sombong menjadi dasar pengurusan. Kita lihat jika Kelantan tewas dalam piala FA nanti.. konfirm kegiatan merosakkan reputasi annuar terpampang didada akhbar selama sebulan dan diungkit setiap masa. Penulis bharian Wan Fuckrul (betulkan jika salah) menulis artikel yang jelas mengeruhkan suasana, jauh sekali dengan laporan sinar harian dan yang lain. Benarlah orang kata , rosak melayu bukan kerana FAM, tetapi hasad dengki yang menebal. Majulah sukan untuk malaysia dan selamat maju jaya kepada semua pasukan bolasepak tanah air.

  2. Apa nak jadi? Permainan semua

  3. inilah yg tpaksa dhadapi oleh smua pyokong,pemain,pengurusan red warriors …. trutama TSAM ,,, hrap smua bsabar dng REJIM FAM

  4. TSAM kemajlis perasmian hr tu hnya sbgai tetamu undangan aje.bodoh punya fam.klau fam x bg TSAM mnghadiri mana2 majlis brkaitan dgn bolasepak,lps ni ubahlh undang2 dlm fam tu.mana2 ahli yg digantung buang daerah je.pergi ltk dlm gua.

  5. FAM mesti berubah demi bolasepak negara. Ketepikan pangkat dan kepentingan peribadi. Sifat ini lah yang menghancurkan bolasepak kita. Dulu saya tidak tengok liga malaysia walaupun di dalam TV kerana mutu bolasepak kita sangat rendah dan sambutan peminat sangat hambar. Saya tengok EPL. Tapi sekarang suasana sudah berubah. bolasepak kita kembali meriah. Stadium dibanjiri penonton dan saya mula memberi tumpuan kepada liga malaysia. Saya percaya kemeriahan in ada sedikit sebanyak ada kaitan dengan Tan Sri Anuar Musa. Beliau pandai merancakkan kembali bolasepak kita. Beliau seharusnya diberi peluang untuk memajukan bolasepak kita, kerana apa yang di lakukan pada bolasepak kelantan sangat menakjubkan. Tapi sayang sifat melayu, yang bagus itulah yang nak disingkirkan. Sultan sebagai Presiden begitu angkuh memberi komen. manakala 15 exco menjsdi pak turut sultan. Tidak kira sultan atau siapa, kita hanya hamba Allah sahaja. Kita semua akan mati dan disoal oleh Allah nanti tentang perbuatan kita. Jadi insaflah dan bekerja dengan betul baru kita akan selamat. Sultan zalim bukan saja dibenci oleh rakyat malah Allah melaknat mereka.

  6. Saya amat bersetuju dengan hamba Allah. Insaflah manusia. Cuba kita hisab perbuatan kita. Jangan pura-pura tidak tahu perbuatan kita. Dengan orang boleh bohong dengan Allah tidak. Jangan sampai nanti apabila mati tidak ada sesiapa datang melawat. Allahualam.

  7. Pemerhati Bolasepak

    Tak perlu ikut FAM dan annuar dah digantung 2 1/2 tahun. Tak ada orang yang buat laporan tapi ada kalangan FAM yang dengki dgn annuar.

  8. salamm semua…
    tunggu sahaja apa akan berlaku selepasni…kemunkinan kelatan akan bermain tanpa penonton..
    ini satu amaran dari FAM untuk menjatuhkan kelantan..

  9. Ada annuar RED WARRIOR terus gah ……..so apa pun penyokong Red Warrior tetap BERSAMAMU annuar

  10. kita buktkan yg kta mmpu menjdi juara wlaupun tpaksa bdpan dgn byk halangan …. bgi tau FAM tu , utk mhncurkan bola sepak kelantan bkan krja mdah …. kami ttap bdiri tgoh d blkang TSAM …. ayuh banjiri bukit jalil 19 mei ini ….. insyaallah kta mmpu mjulang piala FA buat ptama kali thun ini

  11. Masalah sekarang semuanya terletak dibahu Presiden FAM. Pegawai-pegawai lain semuanya takut kepada Presiden dan menjaga kepentingan masing-masing. peminat bolasepak nampak dan sedar akan hakikat ini tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana Presiden dan kuncu-kuncunya inilah yang berkuasa penuh di dalam FAM. Jadi apa yang peminat bolasepak Malaysia boleh buat adalah dengan mengharap Presiden meletak jawatan secara sukarela. Satu cara lagi dengan mengharap Presiden meninggal dunia dan presiden baru boleh dipilih. Saya secara peribadi mengharapkan alternatif pertama walaupun ianya amat sukar berlaku. Apa yang saya bimbangkan apabila peminat bolasepak negara menjadi semakin bosan dan penat dengan telatah Presiden dan memilih alternatif kedua. Maka ia akan menjadi satu doa. Kami amat berharap Tuan Presiden fikir-fikirkanlah. Semoga kita beroleh hidayah daripada Allah

    • 2nd option.. Ya Allah Kabulkan lah.

      • option 3 please..sultan kelantan perlu masuk pemilihan presiden fam nnti..nnti akan terhapus lah legasi sultan pahang y kemaruk pangkat..gerenti malaysia boleh setaraf jepun dan korea selatan,amin

      • option 3 please..sultan kelantan jadi calon presiden fam utk penggal seterus nya..gerenti malaysia boleh setaraf jepun dan korea lepas tu,amin

    • x pyh mngharaplh klau presiden fam mninggal dunia fam akn berubah,anak dia plk jd presiden.sama jgklh siapa yg berani nk lwn.nk tnggu dia ltk jwatan jauh skali.hnya satu je cara yg plg berkesan utk presiden ltk jwtan.semua peminat seluruh negara boikot jgn pergi ke stadium slagi dia x ltk jwatan.biar semua stadium kosong.bila ini brlaku lama kelamaan presiden akn panas pnggung.masa tu kantung fam kosong.nk x nk kena undurlh tuanku demi kemajuan bolasepak negara.rakyat mndesak tuanku ltk jwtan x bererti rakyat mnderhaka krane ini hanyalh desakan dlm sebuah persatuan sukan.bknnya mendesak utk turun dari tahta sultan.renung2kn lh.

  12. taat kat undang-undang bola sebegitu rupa .. melanggarnya dah jadi mcm dosa besar .. kalau lah hukum Islam yg di patuhi dgn cara begini.. insyaAllah aman dunia

  13. Pemerhati Bolasepak

    saya syorkan agar kelantan tarik diri dari FAM dan pemain yg ada di jula kepada negeri memerlukan. kita akan tengok nanti bolasepak malaysia akan jadi pudar tanya penyokong kelantan

  14. Pemerhati Bolasepak

    tanpa penyokong kelantan typing error

  15. ape tujuan penubuhan FAM sebenarnya.. memajukan bola sepak ke menjahanamkan lg?

  16. Ni la masalah bola malaysia. Terlampau byk tgk benda negative berbanding positive. Wpun aku penyokong Red Giant, tapi sejujur jujurnya aku KAGUM dengan cara ANNUAR MUSA mengendalikn team RED WARRIOR. Carta permainan meningkat, penonton sentiasa penuh distadium. FAM tolongla bukak mata seluas luasnya. Jgn terlampau GILA KUASA dan mudah menghukum MEMBABI-BUTA. Org mcm Annuar Musa ni la yg mampu menaikkan martabat bola tempatan. Kalau buat bancian, aku percaya RAMAI peminat lebeh suka layan EPL lagi berbanding BOLA MALAYSIA. Why? Sendiri pikir.. But dgn kehadiran org seperti ANNUAR MUSA ni la yg berjaya menarik kembali peminat2 bola di MALAYSIA untuk kembali memenuhkan stadium! DATUK TAUFIK - jangan terlampau GILA KUASA. Majority peminat bola MALAYSIA dh muak dengan FAM.. tak percaya? cubalah buat poll…ada berani? DENGAR pandangan peminat, bukan hanya dengar penjelasan AJK AJK yg duduk semeja. Yg pasti, ada yg dok dlm FAM sendiri pun belum tentu pandai sepak bola…SENDIRI PIKIR…. - Pandangan Akula

  17. shabas FAM…. kerana terlalu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjahanamkan bolasepak kelantan….
    celaka FAM! celaka FAM!!!

  18. macam ni lah.kita pakat buat solat hajat biar penuh semua masjid seluruh negara.kita berdoa biar FAM insaf takpun biarnya kena busung buncit perut belaka.keluhan peminat semuanya ditapak kaki FAM

  19. Aik? Hukuman ke atas Sarawak boleh pulak ditarik balik? Lepas ni bole lah pukul FRU lagi, kena hukuman dgn FAM, pas tu ugut nak keluar FAM, last-last tarik balik hukuman…memang dah tak dak pendirian betul laa FAM..pas tu apa pulak hukuman dengan Tan Sri Annuar Musa?
    Pasal nak buat solat hajat bagi perut buncit busung tu…tak payah buat solat hajat pun bos-bos FAM dah buncit dah….berkat duit denda kat persatuan bola negeri…Lepas ni tiket piala Malaysia pulak bagi naik, biar cepat kaya sikit FAM………

    • wah.. apa jd dgn titah presiden FAM dulu yg kata siapa2 xikut peraturan, wajib terima hukuman. dh jilat semula ke ludah? Ritu ckp hukumn minimum, tiada rayuan! ni apa cerita? tahi hidung masin tul, puihh!

  20. hrp TSAM kaji secara mendalam ttg penglibatannya merasmikan sesuatu majlis berkaitan KAFA kerana ia amat menonjol. takut akn dijadikan alasan oleh FAM potong mata TRW nnt. akhirnya kita semua akan rugi.. FAM xkisah pun kita nk tarik diri. bola sepak malaysia jatuh ranking pun diaorang kata xpenting beb…

    • potong r mata kelantan klu brani.. mcm gali kubur sendiri

      • Majlis tu tak berkaitan langsung dengan KAFA pun…Majlis tu majlis kedai Kopi la…TRW CAFE bukan nya KAFA punya majlis…so kalau pergi kedai kopi pun dikira sebagai aktiviti bola tak kan asal sebut bola kena tutup telinga pejam mata sebab diharamkan…PELIK sungguh..berbelit macam FAM jugak..

        • betol tu…g rasmi kat keda kopi pon nk baloh…ni komen TSAM dalm fb dio…

          “KONTROVERSI YG FAM CUBA HIDUPKAN HARI INI ADALAH UTK MENGGANGGU FOKUS KITA KPD USAHA MENJADI JUARA PIALA FA…entah apa mimpi isu sy di jemput atau tak dijemput jadi isu..kita tak pernah soal itu semua..FOOTBALL IS OUR PASSION..HANYA ORG YG GILA PANGKAT DAN MABUK KUASA AKAN SIBUK DGN PROTOKOL DAN KEDUDUKAN DIRINYA..KITA RAKYAT BIASA..MANUSIA BIASA..we hv nothing to lose..STOP ALL PROVOCATION!!!!ENOUGH IS ENOUGH…..!!!!”

          “”Ada pihak di WISMA tak senang hati melihat saya appear di tv dan akhbar hadir dimajlis di trw cafe semalam DAN PERTIKAI KENAPA SY MASIH HADHIR MAJLIS RESMI….BAB TITAH PRESIDEN “THIS IS A FREE COUNTRY ” and im a free citizen..MAJLIS SEMALAM ANJURAN FAN CLUB KELATE.NET DAN TRW CAFE ADALAH BUKAN GABUNGAN FAM ATAU KAFA..SAYA HADHIR ATAS KAPASITI PERIBADI SAYA LANCAR CD DIKIR BARAT DAN KEMPEN JUALAN TIKET ANJURAN MEREKA…DIMANA SALAHNYA??LAGI PUN SAYA DIGANTUNG DARI AKTIVITI BOLA..SAYA TIDAK DIGANTUNG ATAU DILUCUT DARI JAWATAN..reporter beritau saya tidak dijemput KEPERLAWANAN AKHIR..tak apalah..selama ni pun sy menonton bola bukan kerana di jemput..SAYA KESTADIUM KERANA SY MAU KESTADIUM..SAYA TAK PERLU DIJEMPUT,DISAMBUT ATAU PROTOKOL..TAK ADA MASAALAH BAGI SAYA..INSYAALLAH SAYA TETAP AKAN BERADA DISTADIUM BUKIT JALIL SABTU INI…..”"

      • haha,berani nak potong mata kelantan..sila la bagi lions IX menang liga super malaysia..

  21. A’A. KALU FAM BUAT GITU AKU SANGGUP TURUN KL KALU SET2 KITA NK BUAT DEMO BESAR2AN DPN FAM. KAFA sertai liga thailand la kelas skit.

  22. pikir2,,, kesian rakyat kelantan.kehebahatan ,kemajuan bolasepak tidak mampu menarik minat kerajaan… stadium KB umpama tempat fam cari makan..DAN MENUNGGU wang penonton ramai dgn denda dan membakar emosi rakyat kelantan.. bila ada emosi itulah masa fam akan dpt pekeliling ,so dptlah duit percuma dr kafa.. jadi mcm penyokong serawak.. rasanya kelantan kena cari idea lain kot.. bertindak biar semua buka mata,,, bersara liga super ke. JOIN liga thailand ko.. mesti byk cabaran hebat dr team thai.. . main piala fa, afc dan piala malaysia..sahaja..ko..

  23. kawe raso FAM dengki dengan klate..ni sikap orang melayu..punca bangsa kita dulu kena jajah..kalu ada orng macam nie kat FAM..bola kita xmustahil kembali ke zaman kegelapan balik..

  24. CUBA LER POTONG MATA KELANTAN…. NAK TENGOK APA YG PENYOKONG FANATIK KELANTAN BUAT… BOLEH LER…

  25. baso fam bengong…….

  26. lo ni puak FAM buncit lemak.kalu kena busung nanti dia x Dan nak mikir nak kenat kelate doh.pakat duk usung perut ke hulu ke hilir cari ubat.dok tok dok puak dia kena bertaubat Dan mitok ma’af kepada seluruh rakyat Malaysia kalau nk sembuhpun.

  27. apa kata final nanti kita jangan nyanyi lagu negaraku

    • Jangan buat camtu…Lagu Negaraku tu menunjukkan kecintaan kita kepada Malaysia..dan Kelantan pun didalam Malaysia..Tok Guru dah pesan dah…jaga tingkah laku penyokong Kelantan…Yang bodohnya adalah orang-orang yang bentadbir FAM tu yang buat macam FAM tu dia punya….

  28. hebat sgt ke FAM di dunia sampai isu g rasmi pun nk jadi sebab warning2.cam pukimakla babi FAM.hal remeh beria nak mbik tahu.hal kebajikan pemain dan bola negara tak bg org kritk tp yg duk lam FAM stakat PAKAI BLAZER TJK LAGAK CM SIAL.SEDAR2 LA POTENSI ORG YANG TAHU TTG BOLA.BKN YANG TAHU JATUHKAN HUKUMAN JE.DH TERBUKTI ANUAR BERJAYA JULANG KELANTAN MCM RAJA AHMAD NAIKKAN PERAK DULU.TP NILAH TERJADI.PEGAWAI LAYAK DIHUKUM ,PEGAWAI KAKI AMPU DISANJUNG.

  29. Pembaca yang budiman, byk komen diatas menyokong TSAM. Ini lah bolasepak Malaysia. Baru saja menang AFF dah nampak macam menang world cup. FAM akan jadi bahan ketawa orang luar saja. Kita baru menang peringkat asia tenggara, jauh lagi Asia. Macam mana nak lawan di peringkat Asia sekiranya org yg berkaliber dibuang. Kalau begini lah coraknya tidak mustahil bolasepak kita akan jatuh kembali dan Malaysia hanya jaguh kampung saja. Sebarang kritikan dan komen hendahlah dilihat dr sudut positif.

  30. Bila la nak mampos sultan bodo nii…..

  31. Itulaa politik karut ,malaysia

  32. Koho bengong doh napok FAMa ni….

  33. Pemerhati Bolasepak

    meme benggong doh FAM…perlancaran CD bukan kelab gabungan FAM. Taufik tak reti undang2..ada yg pandai undnag dalam FAM dok diam saja takut ko?

  34. Salam semer
    Kito kena bijok pilih hok mane so yg baik
    Antara Tan Seri vs team fam hok mane yg nok majukan bola sepak
    Abg mat nampok TSAM lebih kedepang hok lain jln undor agak nye
    Mln ni kito kena menang
    JumPo dsana

  35. Pingback: » Apa pendirian FAM terhadap teguran Tengku Abdullah? | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>