Shahidan tak halal duit denda FAM RM39,000

“Saya berdoa agar azab dikenakan kepada mereka yang bertindak zalim (dalam FAM)..”

Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyokong tindakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai mutu pengadilan Liga M turut menekankan beliau tidak akan menghalalkan wang denda yang terpaksa dibayarnya kerana menganggap hukuman dijatuhkan badan induk itu ke atasnya ‘sangat zalim’.

“Saya langsung tidak dipanggil bagi siasatan ke atas saya, sebaliknya terus dihukum kerana membuat kenyataan meminta bantuan kewangan daripada FAM selain memohon badan induk itu menyelesaikan masalah bookie.

“Apa yang dilakukan ke atas saya amat kejam dan saya berdoa agar azab dikenakan kepada mereka yang bertindak zalim dan akan mengadakan sembahyang hajat agar tiada lagi kezaliman berlaku dalam FAM,” katanya.

Shahidan sekali lagi menekankan beliau secara jujur menyokong Presiden FAM Sultan Ahmad Shah namun tetap dikenakan tindakan gantung dan denda.

Justeru, beliau menyokong tindakan Tunku Ismail kerana apa yang diperkatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu menjadi bukti jelas, FAM memang berada dalam keadaan amat teruk.

Kelmarin, Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga M yang disifatkannya masih berada di tahap amatur ketika bola sepak Malaysia sudah lama di era profesional.

“Saya akan menyokong mana-mana pihak yang berani memberikan cadangan serta teguran kepada FAM kerana ia menunjukkan mereka mahukan kebaikan demi industri bola sepak negara.

Related Posts

8 Responses to Shahidan tak halal duit denda FAM RM39,000

  1. Ko pun kena azab jugak sahidan…. Api neraka tunggu kau sb ko berkawan dengan ahlong, lepas tu muka ko mcm xde hidayah… Jangan2 ko la yg jual perlawanan, al maklumlah ko kan hutang dgn ahlong, pastu ko komplot dgn ahlong boki2 judi utk byr hutang ko…. Betul tak semua

  2. mak munah lupa makan ubat

    kesian kau mak munah, seandai nya kau silap, apa yg kau cakap jadi fitnah. bila kau nak mampus nanti selagi kau tak minta maaf dengan sahidan, kau bawaklah hutang kau sampai masuk kubur. dosa dengan Allah kau buleh tobat. dosa dengan manusia kau tanggung sampai mampus.

  3. shahidan lu bayar pakai duit halal ke?
    kah kah kah

  4. shahidan hang pun kena insaf
    jangan gila kuasa,rasuah
    elok la nama tak naik pru13

  5. apa kena la dgn manusia skrg..gila duit..dh bnyk duit..still x ckup2..mcm idop kt dunia ni selama2nya..

  6. macam-macam ye sekarang nih. hoho..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>