Apa pendirian FAM terhadap teguran Tengku Abdullah?
Oleh ASAN AHMAD
PEDAS juga bunyi ‘nasihat’ Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap jurulatih skuad bola sepak negara, Datuk K. Rajagobal.
Baginda mahukan Rajagobal turunkan barisan terbaik dalam setiap aksi persahabatan bagi mencari keserasian dalam pasukan.
Bila terbaca ‘nasihat’ Tengku Abdullah di beberapa dada akhbar semalam, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam fikiran saya.
Adakah komen baginda itu berbentuk ‘nasihat’ atau kritikan?
Pada saya, pandangan Tengku Abdullah seolah-olah berbunyi kritikan terhadap Rajagobal ekoran kegagalan skuad Harimau Malaya dalam beberapa siri perlawanan persahabatan kebelakangan ini.
Tengku Abdullah mahukan jurulatih skuad Harimau Malaya itu lebih berhati-hati dalam memilih pemain dalam kesebelasan utama.
Teguran Tengku Abdullah itu mengingatkan saya terhadap perkara yang sama dilakukan oleh seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini.
Annuar juga melemparkan pandangan yang hampir sama terhadap skuad negara tetapi dia terus ‘digam‘ oleh FAM.
Sebenarnya, pandangan atau kritikan itu adalah untuk kebaikan pasukan dan bukannya untuk menjahanamkan keadaan.
Ekoran kritikan tersebut, Annuar dihukum oleh FAM kerana meluahkan pandangannya terhadap skuad negara kepada media.
Justeru, apabila Tengku Abdullah membuat teguran yang sama, adakah baginda juga bakal menerima nasib yang sama seperti Annuar?
Kalaulah peraturan itu hanya membenarkan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja boleh memberi kenyataan kepada media terhadap prestasi skuad negara, kenapa Annuar dihukum sedangkan dia juga salah seorang Timbalan Presiden.
Apakah FAM akan mengambil tindakan terhadap ‘nasihat’ Tengku Abdullah seperti mana yang dilakukan ke atas Annuar.
Saya bukan nak menyebelahi sesiapa tetapi sekadar mempersoalkan pendirian FAM terhadap individu yang melontarkan ‘nasihat’ kepada skuad negara.
Bagi saya, tidak salah mengeluarkan kritikan jika ia lebih terjurus untuk membawa kebaikan kepada pasukan.
Individu yang berani mengeluarkan kritikan itu sebenarnya sayangkan bola sepak negara.
Jika mereka tidak mahu sukan No. 1 negara itu menikmati kejayaan di pentas antarabangsa, mereka tidak akan tampil membuat teguran.
Kerana sayangkan bola sepak, sebab itulah Tengku Abdullah mahupun Annuar tampil dengan pandangan tersendiri, dengan harapan skuad negara terus menikmati kemajuan.
Teguran Annuar sebelum ini pun menjurus ke arah kebaikan dan bukannya menjahanamkan keadaan.
Ekoran hukuman yang cukup berat ke atas Annuar itu, saya pun mula bimbang seandainya Tengku Abdullah juga bakal menerima nasib yang sama.
Apa pun, kita tengoklah apa pendirian FAM terhadap teguran Tengku Abdullah ke atas skuad negara. — Kosmo
November 14, 2012 - 12:35 am
Tak mungkin tengku abdullah dihukum, kerana dia anak sultan. Tapi apa yang dikritik tu betul. Kalau tengku abdullah tak dihukum, hukuman trhadp annuar musa patut ditarik balik. Tp pasti tak direstui oleh sultan bola dan kem selangor dalam FAM. Sama2 kita lihat episod seterusnya
Pingback: » Tengku Abdullah berhak menyuarakan pendapat - Azzuddin | Sokernet
November 14, 2012 - 8:25 am
Artikel 88 peraturan FAM : hanya presiden dan S/U agung bole membuat statement kpd media. emmm, mungkin anak presiden tu bercakap bagi pihak bapaknya kot, sbb tu tak ada tindakan, hehehe
November 14, 2012 - 10:01 am
artikel 88 peraturan FAM menetapkan hanya Presiden dan Setiausaha Agung boleh mengeluarkan kenyataan kepada media..kena tambah ayat “anak presiden juga”…hahaha
November 14, 2012 - 10:09 am
Kosmo 14/11/2012…….
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak akan dikenakan sebarang tindakan meskipun mengeluarkan kenyataan mengenai prestasi skuad Harimau Malaya..Menurut Azzuddin, pandangan Tengku Abdullah itu dibuat atas kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal skuad Harimau Malaya dan baginda berhak untuk menyuarakan pendapat mengenai prestasi skuad negara..Mengulas lanjut, Azzuddin memberitahu, pandangan Annuar terhadap prestasi skuad negara jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendapat Tengku Abdullah.
“Kenyataan Annuar mengaibkan. Titah Tengku Abdullah adalah untuk memberikan nasihat kepada Rajagobal.
“Dalam konteks titah Tengku Abdullah (kelmarin), baginda hanya menegur Rajagobal agar menghentikan eksperimen terhadap skuad negara.
“Sekali lagi saya ingin katakan bahawa Tengku Abdullah mempunyai hak untuk bersuara dan situasi (Annuar) dengan baginda amat berbeza,” katanya.
November 14, 2012 - 1:38 pm
Juden: itu takde masalah bro …itu undang2 kita yang bikin pasni kita tambah 1 lagi yang buleh wat statement terbuka…..
1.Presiden
2.anak presiden…(timbalan takleh,pasal tu TSAM kena gantung he.he.he…)
3 s/u…(aku le tu)
November 14, 2012 - 4:45 pm
X payah tanya. Kita semua dah tahu ‘result’ yang bakal dikeluarkan oleh Sultan Lanun and the gang.