Keputusan Malaysia vs Jepun [Final Piala Thomas 2014]

Final Piala Thomas 2014

Keputusan FINAL Piala Thomas 2014: Malaysia vs Jepun

MALAYSIA vs Jepun
Tarikh: 25 Mei 2014 (Ahad)
Masa: 5.30 petang waktu Malaysia
LIVE TV1, Astro Arena

Keputusan Penuh Malaysia vs Jepun

#1 Lee Chong Wei vs Kenichi Tago

Set 1: 21-12
Set 2: 21-16

#2 Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo

Set 1: 20-12
Set 2: 17-21
Set 3: 19-21

#3 Chong Wei Feng vs Kento Momota

Set 1: 15-21
Set 2: 17-21

#4 Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura

Set 1: 19-21
Set 2: 21-17
Set 3: 21-12

#5 Liew Darren vs Takuma Ueda

Set 1: 12-21
Set 2: 21-18
Set 3: 17-21

Kedudukan: MALAYSIA 2-3 Jepun*

*Jepun Juara Piala Thomas 2014

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

7 Responses to Keputusan Malaysia vs Jepun [Final Piala Thomas 2014]

  1. Penonton Sukan

    Darren Liew seperti terlalu bergantung kepada kesilapan Ueda untuk memperoleh mata, dan bukannya dengan serangan bertalu-talu untuk meletihkan lawan seperti dilakukan Lee Chong Wei. Taktikal Darren Liew terlalu berisiko dan akhirnya mengundang padah apabila Darren Liew sendiri yang terlalu banyak melakukan kesilapan mudah seperti salah jangkaan keluar garisan dan terkena jaring. Ueda memang terlalu bersemangat dan cekap untuk Darren Liew, sedangkan Darren Liew sendiri seperti kurang berkeyakinan. Apapun, Malaysia gagal menjuarai Piala Thomas tahun 2014 ini.

  2. kembayat negara

    Tahniah, bonus kepada pasukan negara. Target separuh akhir dan kita dah berjaya ke akhir. Sy pernah menjadi pemain amatur, pernah menjadi umpire kebangsaan, pernah menjadi referee dan kini masih menjadi jurulatih. Sy sangat kesihan melihat Lew Darren (LD) berjuang bersendirian. Tidak ramai yang memahami situasi yang dihadapi LD biarpun mendapat sokongan padu YB menteri, jurulatih dan rakan-rakan di aksi final. Tidak ada bantuan yang ampuh yang boleh mengurangkan tekanan emosi, mental dan fizikal. Sy tak tahu apa yang jurulatih dah bagi tahu ketika interval dan pertukaran petak gelanggang.
    Tuan-tuan lihatlah LD bermain. Pernah senyum sepanjang perlawanan?
    Pernah kelihatan rilex dan hela nafas panjang-panjang? Lihat gerakannya ada fleksibiliti/lenturan? Lihat langkahnya, adakah teratur dan seimbang? Dengar pekikan dan tindakbalas selepas tamat pukulan balas membalas,dahi yang berkerut menyalahkan diri sendiri, adakah menggambarkan ketenangan? Saksikan bagaimana pukulan-pukulannya kerap jauh tersasar di luar gelanggang, kerap sangkut di jaring kerap melakukan unforce error, adakah itu semua tidak dapat difahami oleh jurulatih-jurulatih yang berperanan besar itu? Kalau waktu itu tuan berkesempatan pegang perut LD, tuan akan dapat rasa betapa kerasnya bahagian abdomennya. Tuan akan dapat rasakan betapa berdentumnya denyutan nadi LD.
    Tuan-tuan, LD tak perlukan strategi dan tektikal ketika itu. Semua kemahiran dah ada pada LD. Kecergasan LD adalah pada puncaknya. LD pernah benamkan pemain-pemain hebat. LD boleh kalahkan Ueda dengan mudah sekiranya berada dalam situasi terkawal emosi, mental dan fizikal. Jurulatih cakap apa pun, ia tak akan membantu LD. Ld dalam keadaan tertekan yang amat sangat. Semua aksi yang sy gambarkan di atas itu memberi petanda kepada jurulatih dan penyokong di tepi gelanggang itu bahawa LD memerlukan sentuhan dan bisikan bagi mengurangkan bebanan yang menekan mental, emosi dan fizikal yang tidak boleh berkoordinasi secara normal. LD perlukan ketenangan. Main kena enjoy tetapi fokus. Minta LD senyum, hela nafas panjang-panjang, sentuhan dan urutan walau seketika, Minta rileks dengan ambil sedikit masa, usah tergesa-gesa. minta LD pandang wajah-wajah rakan dan penyokong yang memberi galakan dan lontaran senyuman. Adalah tidak membantu bila penyokong tunjukkan muka frust bila LD buat silap.
    Tuan-tuan, kita kalah sebab LD bersendirian dalam keadaan tertekan yang amat sangat. Kita pula tak faham dan kalau faham kita tak tahu nak buat apa selain daripada memekik dan tunjuk aksi frust sepanjang perlawanan. Kita akan lebih memahami dan tahu apa nak buat bila tiba musim piala Thomas nanti. Jurulatih yang ada di persada BAM tu, carilah ilmu dan sentuhan bagaimana nak kurangkan tekanan kepada pemain-pemain yang kecut perut, penakut dan terkencet terkencing dalam seluar bila berhadapan dengan pemain handalan dunia. Ke arah transformasi dunia badminton. Kurangkan politiking dan kepentingan sempit di semua peringkat. Keinsafan merupakan titik tolak demi keunggulan dan kegemilangan sukan badminton kita.

  3. Saya amat setuju dengan pandangan Kembayat Negara. Saya rasa kita juga mempunyai psycological consultant dalam BAM. Tapi nampak macam kurang berhasil jika apa yang kita dah lihat berlaku pada Liew Daren pada perlawanan akhir ini. Pada masa ini, kita tidak perlu lagi menuding jari mencari kesilapan, tapi BAM perlu segera bertindak agar perkara yang nampak ringan tetapi sebenarnya berat ini tidak berlaku lagi. Politiking dalam mana-mana badan sukan sememangnya akan membawa banyak kemudaratan kepada kemajuan sukan tersebut. Kita sebagai rakyat mahu melihat kemajuan sukan badminton ini terus kehadapan bukan sahaja semata-mata untuk piala Thomas tetapi juga pada setiap tournament yang dianjurkan oleh BWF.

  4. Malaysia telah kalah. Jika menganalisis secara praktikal dan kearah more teknikal dan taktikal saya rasa Liew Darren tidak memiliki kekuatan mental utk menjadi wira negara. Beban memang sepatutnya tidak boleh dipikul oleh beliau. Beliau tidak harus dipilih utk mewakili negara didalam mencapai misi ini. Telah terbukti Tiada satu mata pun dpt disumbang oleh beliau disepanjang kejohanan ini.
    Pemainan badminton (bagi mereka yg memahami) adalah permainan tiga serangkai; scale, mental dan fizikal @endurance. Pilih dan carilah mereka yg memiliki ciri2 ini. Wassalam.

  5. kembayat negara

    Kemahiran pemain ranking dunia hampir seimbang. Apa yang menjarakkan mereka ialah mencapai puncak tertinggi performent ketika perlawanan. Kedua adalah speed and power melebihi pihak lawan. Ketiga adalah strategi yang mengena hasil daripada analisis permainan pemain lawan.
    Keempat adalah keupayaan memahami dan melakukannya dalam perlawanan terhadap pandangan jurulatih yang bertugas di sudut gelanggang. Kelima ialah cepat membaca kelemahan dan kelebihan pemain lawan disusuli dengan tindakan-tindakan yang tepat. Keenam adalah dapat mempamerkan kelebihan, kekuatan dan kehebatan diri lebih daripada pemain lawan bagi menimbulkan kegerunan. Ketujuh adalah kemampuan membuat provokasi terlindung bagi meningkatkan tekanan dan kemarahan pemain lawan. Kelapan adalah keberanian melakukan serangan mengejut. Kesembilan ialah memiliki kekuatan mental dan emosi sepanjang masa terutama ketika perlawanan berada pada point 15 ke atas. Kesepuluh adalah bermain dengan enjoy tetapi fokus sepenuhnya bila penghantaran shuttle dimulakan. Kesebelas ialah melepaskan shuttle hanya sekiranya benar-benar pasti ia adalah jatuh di luar gelanggang pada point 15 dan ke atas. Keduabelas ialah hantaran-hantaran shuttle yang sangat tepat ke sasaran dan konsisten. Semua di atas tidak akan dapat dilakukan pemain sekiranya mereka bermain dalam keadaan tertekan. Tuan-tuan, banyak lagi faktor yang memisahkan tahap pemain.
    Goh Soon Huat adalah pemain yang bagus kawalan emosi dan mental. Memiliki kemahiran dan daya juang yang tinggi. Cuma perlu banyak bermain dengan lawan yang lebih hebat untuk tingkatkan prestasi. Zulfadli dan Ramdzan memiliki kemahiran tinggi. Mereka sedang membina fitness mengikut tahap-tahap yang telah di rancang oleh jurulatih mereka. Mereka juga sedang membuat perhitungan dengan pemain lebih hebat dunia untuk menjadi pengganti Datuk Lee C. W. Mereka termasuk Goh S. H. ada peluang kerana mereka biasanya boleh melepasi tahap kelayakan dalam mana-mana tournment bertarap bintang. Iskandar Zulkarnaen dan juga Oi Yow Han juga patut diberi perhatian khusus. Pemain seperti Vontus, Arif Latif dan lain-lain semakin hilang. Pemain-pemain yang berhijrah dari BAM menghadapi masalah untuk capai prestasi tinggi kerana mereka tidak ada sparing partner yang lebih hebat dan peluang bertemu pemain handalan dunia adalah nipis kerana beberapa kekangan yang dihadapi.
    Tuan-tuan, contoh terbaik yang patut pemain lihat adalah Datuk Lee C. W. dan SuperDan. Mereka berdua ada semua ciri-ciri yang telah dibincang di atas. Kelebihan Datuk Lee C. W. adalah pengurusan diri yang terbaik dari berbagai sudut sepanjang tahun dan sangat menghurmati jurulatihnya. Kelebihan SuperDan ialah cukup rehat (pilih tournment tertentu sahaja), speed and power tingkat tertinggi, bermain sambil melihat kedudukan pemain lawan dengan jelas dan mampu tunjuk kehebatan dengan berbagai gelagat, cara dan gaya pemain terhebat yang tiada tolok bandingnya. Sekian adanya.

  6. Congratulation to Japan that won the Thomas cup 2014 and not forgotten to all Malaysia badminton players that really struggle for the world sports badminton event.For my judge, Malaysia have better chance to win than the Japan, only the factor that Malaysia players did too much small faulty.What I’m impressed that Malaysia spirits are really unbreakable and immortal until now. I hope one day the national badminton players won’t do any small mistake. And for Japan, it is really a shock that succeed went to final.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>