Euro 2012: Facebook tidak suka pengadil Viktor Kassai cecah 33,000 peminat
PENGADIL Hungary, Viktor Kassai dan empat pegawai perlawanan yang mengadili perlawanan Kumpulan D antara pasukan tuan rumah, Ukraine menentang England dikritik hebat kerana tidak membenarkan gol sah apabila pertahanan England, John Terry mengeluarkan bola yang sudah melepasi garisan gawang.
Akibat kesilapan itu, England yang mendahului 1-0 pada waktu itu berjaya mengekalkan kedudukan hingga ke wisel penamat untuk menjuarai Kumpulan D manakala Ukraine tersingkir di peringkat kumpulan.
Viktor Kassai sudah memohon maaf kepada penyokong Ukraine berikutan kelalaian beliau tidak membenarkan gol pasukan tuan rumah, namun Kassai berkata beliau tidak dapat mengubah keputusan yang telah dibuat untuk tidak mengesahkan jaringan Ukraine dalam perlawanan itu.
Akibat tersalah meniup wisel, kini beliau dan pasukannya tidak lagi ditugaskan dalam kejohanan Eropah 2012.
Dalam satu kenyataan di laman web Persekutuan Bola Sepak Hungary, Kassai berkata belia dan pasukannya memikul tanggungjawab di atas kesilapan yang berlaku.
“Selepas perlawanan, kami telah menyaksikan permainan itu semula dan dengan segera memahami bahawa kami telah melakukan kesilapan,” jelas Kassai.
Malah, dalam satu laman Facebook yang ‘tidak suka’ Kassai (Viktor Kassai Dislike) telah menerima sokongan mencecah 33,000 pengunjung.
Laman Facebook tidak suka Kassai: http://www.facebook.com/pages/Viktor-Kassai-dislike/311387815554737
Gol Ukraine vs England yang dinafi Pengadil Viktor Kassai: Kontroversi Gol Ukraine Tidak Dikira
June 25, 2012 - 1:47 pm
england pun dah dapat pembalasan malam tadi…main bola harapkan tuah jer….
June 25, 2012 - 1:48 pm
itali main bola apa…nasib jer menang penalti