Ferguson harap Rooney akhiri kemarau jaringan

August 22nd 2010 | Posted by admin

Rooney 1,076 minit tanpa menyumbat sebarang gol

ALEX Ferguson akur penyerang bintang England dan Manchester United, Wayne Rooney sendiri hilang punca dan tidak dapat meramal bila kemarau gol yang panjang pernah dialaminya itu akan berakhir.

Statistik menunjukkan wira Old Trafford itu sudah 1,076 minit gagal menyumbat gol - baik ketika bersama kelab atau pun sewaktu skuad The Three Lions.

Musim paling buruk baginya sebelum ini adalah 1,002 minit tanpa gol dicatat pada musim 2005-2006 dan dia akan beraksi menentang Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris, hari ini dengan suasana tertekan untuk berusaha menamatkan kemarau panjang itu.

Gol terakhirnya dalam saingan kompetitif adalah pada lewat Mac lalu ketika dia menjaringkan gol awal ke atas Bayern Munich di Jerman.

Fergie akui ia akan mengganggu fikiran anak buahnya itu walau pun dia tetap gembira dengan prestasi penyerang berkenaan.

“Saya berulang kali berkata, penyerang hidup dengan ledakan jaringan. Bila mereka gagal menyumbat gol, mereka mula merasa gol tidak akan dapat dihasilkan. Dan bila mereka turun ke padang mereka mula berasa tidak yakin menyempurnakan jaringan.

“Apa dilalui Rooney sama seperti penyerang yang lain,” kata Ferguson. Apapun, dia percaya jaringan pasti kembali diraih penyerang itu dan berharap Rooney akan meledak di Craven Cottage nanti.

Related Posts

VIDEO Nani terlepas penalti vs Fulham

KEGAGALAN Nani menyempurnakan sepakan penalti menafikan barisan bimbingan Ferguson peluang untuk menjadikan kedudukan 3-1 tatkala permainan berbaki enam minit dan mereka dihukum apabila pertahanan Fulham, Brede Hangeland menanduk masuk jaringan penyamaan pada minit ke-89. Ketika Manchester United terkial-kial memungut satu mata di Craven [...]

Fulham 2-2 Manchester United

BREDE Hangeland menebus jaringan gol sendiri dengan menanduk masuk gol penyamaan ketika Fulham bangkit dua kali untuk mengikat Manchester United 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. Hangeland bangkit selepas menolak sepakan sudut Ryan Giggs ke gawang sendiri pada minit ke-84 untuk menanduk masuk melepasi Edwin Van der Sar [...]

Arsenal perit pertahan tempat ketiga

ARSENE Wenger mengakui terkejut dengan prospek Arsenal mungkin kehilangan tempat ketiga Liga Perdana Inggeris kepada Tottenham. Tottenham bakal mengelak aksi playoff Liga Juara-Juara jika mengalahkan Burnley hari ini manakala Gunners pula kalah di Fulham. Sebelum ini Arsenal merupakan antara calon juara liga, tetapi nasib mereka berubah [...]

City, Villa, Tottenham, Fulham teruskan kemaraan

MANCHESTER City meneruskan rentak cemerlang bersama pengurus baru, Roberto Mancini selepas menang perlawanan pusingan ketiga Piala FA menumpaskan Middlesbrough 1-0 di Stadium Riverside, semalam. Jaringan tunggal Benjani Mwaruwari pada minit ke-45, berjaya memberi kemenangan buat pasukan Liga Perdana England (EPL) itu, walaupun mereka menerima [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.