Tuesday, 23/11/2010

Sukan Asia 2010: Keputusan Malaysia vs Korea Selatan Separuh Akhir Sepak Takraw Berpasukan

Published on November 19, 2010 by admin   ·   1 Comment

Malaysia jumpa musuh tradisi Thailand di Final Sepak Takraw Berpasukan

MALAYSIA mara ke perlawanan akhir acara berpasukan sepak takraw Sukan Asia selepas menundukkan Korea Selatan 2-0.

Bagaimanapun Malaysia diberi tentangan sengit oleh kedua-dua regu Korea Selatan yang mengheret kedua-dua trio negara ke rubber game.

Regu pertama Malaysia yang dibarisi tekong, Mohd Normanizam Ahmad serta Mohd Futra Abd Ghani dan Ariff Ramli menang set pertama 21-15.

Namun regu Korea Selatan berjaya bangkit di set kedua untuk menang dengan keputusan 21-19 sebelum terpaksa tunduk kepada kehebatan regu Malaysia di set ketiga 13-15.

Regu kedua Malaysia yang dibarisi Noor Azman Abdul Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam turut diberi tentangan sengit sebelum menang dalam permainan tiga set 19-21, 21-16, 15-11.

Malaysia akan bertemu musuh tradisi, Thailand dalam aksi final yang dijadualkan berlangsung jam dua petang esok.

Thailand menundukkan Jepun 2-0 untuk mara ke final.

VIDEO Malaysia vs Korea Selatan akan dikemaskini berperingkat-peringkat..

Tags: , , ,

Readers Comments (1)




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.