Lee Chong Wei tewaskan Boonsak Ponsana dalam dua set untuk ke separuh akhir
PEMAIN badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membawa cabaran perseoranan lelaki ke peringkat separuh akhir apabila berjaya menewaskan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-13, 21-17 pada Sukan Asia ke-16 di Gimnasium Tianhe, Guangzhou pagi tadi.
Di separuh akhir yang dijadualkan berlangsung awal malam esok Lee Chong Wei akan bertemu pemenang antara pemain tuan rumah, Chen Jin dan Chou Tien Chen.
Chong Wei dan beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong adalah dua prospek pingat emas Malaysia dalam acara badminton.
Tags: Badminton Sukan Asia, Lee Chong Wei, Sukan Asia 2010