Juara Treble: Kelantan nyata tidak bermimpi

Catatan ESPNSTAR.MY

The Red Warriors menang bergaya 3-2 ke atas Angkatan Tentera Malaysia untuk menjuarai Piala Malaysia 2012 dan seterusnya menjulang juara treble.

Kritikan terhadap Kelantan semakin bertambah setelah mereka menang Piala FA awal tahun ini hasil gol tunggal Mohammed Ghaddar ke atas pasukan Liga Premier Sime Darby - ia dikatakan mereka terlalu mengharapkan pemain import dari Lebanon itu.

Kritikan tidak henti walaupun pasukan Red Warriors berjaya mempertahankan mahkota Liga Super dengan kelebihan 10 mata, tujuh lebih dari musim sebelumnya - ia dikatakan yang pemain mereka tamak, hanya mementingkan diri sendiri dan kini sudah lanjut usia.

Ia tidak mengejutkan yang ramai telah menjadikan pasukan ATM FA sebagai pilihan kegemaran mereka untuk meraih kejuaraan Piala Malaysia. Kehadiran beberapa pemain bintang serta jurulatih B Sathianathan, yang telah membina asas kejayaan Kelantan pada tahun 2009 hingga 2011, dijangka dapat mengatasi bekas pemainnya dengan gerakan taktikal yang akan menyekat mereka.

Namun pasukan pantai timur ini telah berjaya menjawab segala kritikan dan enggan membenarkan gangguan dari pihak luar menjejas kenikmatan dari permainan mereka. Perlukan bukti? Secara purata, Ghaddar telah membuat 17 penampilan lebih kurang daripada rakan sepasukannya yang lain dalam semua kejuaraan (Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala AFC) dan ia jelas yang pasukannya tidak mempunyai masalah untuk menjaringkan gol apabila beliau tiada.

Kontroversi dengan bekas jurulatih Kelantan, Peter Butler yang mengejutkan semua apabila meletak jawatan, telah mengukuhkan lagi semangat pasukan Kelantan yang telah memberi sokongan padu kepada Bojan Hodak, dan sekaligus meraih hasil kemenangan dari kebijaksanaan taktikal jurulatih dari Kroatia itu. Pemain Kelantan yang dikatakan sudah ‘lanjut usia’ telah membuktikan keupayaan - Badhri “Piya” Radzi mendapat peluang untuk serta skuad K. Rajagopal dengan Harimau Malaya dan Indra Putra Mahayuddin pula kini antara pencipta gol terbanyak musim bolasepak Malaysia.

Suka atau tidak, Kelantan telah menjawab semua kritikan yang diberi - untuk musim ini. Apa yang pasti, jalan berliku Kelantan akan menjadi semakin sukar musim hadapan. ATM, yang dikenali dengan gelaran Gladiators, pasukan terkini dalam senarai mereka yang ingin membalas dendam.

Memang wajar untuk meminjam kata-kata Russell Crowe dari Gladiator untuk memberi kesimpulan aksi musim bolasepak Malaysia 2012.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

61 Responses to Juara Treble: Kelantan nyata tidak bermimpi

  1. sapo bermimpi skangg…hahaha

  2. apa kata2 Russel crowe tu? TR what? TR warriors?

  3. seluruh m’sia memilih atm termasuk irfan bakti.. skrg siapa bermimpi di siang hari..kahkah
    kena akui KELANTAN KUASA BOLA SEPAK TEMPATAN sebenar

    • kuasa bola sepak tmpatan bru2 1-2thn ni jer pn….zmn dlu2 xkuasa tgk bola sepak klntn…hahahahaha

      • Anti akhlak buruk

        Beginilah contoh akhlak buruk org2 yg dengki dan iri hati.. Ungkitlah sejarah dulu2 tu untuk menghibur diri..

      • Tak kisahlah 1,2thn pun…kita mana la tahu rezeki Allah..10,20 thn kita taktau..ini hanya satu permulaan..kau tu busuk hati kenape?..sila sucikan hati dgn solat,mohon ampun kat Tuhan,Allah benci manusia busuk hati (sbb yg busuk2 hati tu sahabat nya syaitonnn!!!)

      • maksudnya kau ngaku la kelantan kuasa baru walaupun 1-2tahun ni. hahahaha?

      • patut la bola sepak malaysia tak kemana asik ingat sejarah dulu . yang dulu tak sama sekarang . KELANTAN TREBEL KAU ADA

        • ni lg 1 mamat jo buta sjrah tuli sjarh…bpe kli aku nk psan jgn nk lpa dri…jgn lyn prasaan sorg2 jer…jgn aggp liga kat MALAYSIA ni team klntn ko jer pnh wjud…..jgn jd katak bwh tmpurung….ni la yg dkatakn gila isim…1st time la katakn buat treble smpai nk kua statemen xreti2 nk toleh dpn blkg knan dpn…ksimpulnnya negeri2 lain pnh jer ada treble rasa xprlu la sbut negeri mna kang mamat jo kang nk kna tggung kmaluan bsr plak….hahahahahahahahaha cma thn ni jer negeri2 yg pnh buat treble xda treble tp yg pntg klntn treble ni bkn 1 rekod liga MALAYSIA la tp mgkin smata2 rekod pribadi team klntn jer la….jgn lpa dri udah le…..

          • Xabis2 lg ko ni xpuah ati ngan klantan yer???? K ko frust ngan awek klantan????? huahuahuahua Xdinafikn,TRW bkn team pertama wat trble…tp bgilah chance diorang celebrate!!!! Slangor dlu pun pnah treble tp trble ‘kcik’ ja!!! Piala sungbangsih xmsuk ye bro dlm list trble…. hahahahahahahaha

          • hai der meru,ni 2005 bro…ckp fan since 90-an…adoiii…bkn sumbgsih der time tu…thn 97 pn ada der…ko bli kosmo ke ari ni kt muka dpn ada tlis der….jgn buat mlu fan2 slgor jer..rndh2kn team sndri plak tu…adoii

          • jgn risau ore kito, ore putih kata:_-
            “IF people are trying to bring you down it only means that you are above them.” -
            cian org banting

          • Looo der…slangor treble liga perdana,FA cup n Malysia cup..TRW treble liga Super,FA cup n Malaysia cup!!! Agak2 ko la derrr…sapa lg tinnggggiiii standard????????????

      • “IF people are trying to bring you down it only means that you are above them.” -..

        • bygkn la der…champ liga prdana jer pn tp bleh ngap team2 yg main kt lga super….hbes sume piala dkaut…hahahahaha

  4. Lenanya mimpi semalam..hahaha

  5. opah kau warrior

    kelantan jaguh ape?jaguh taik kucing

  6. kesian selangor dpt irfan bakti jd coach…lwn kelantan kalah..pastu prediction pon x betoll !!!
    TRW skrg mimpi ngeri irfan bakti..hahaha

  7. amik ko…kpada sape2 yang suka tgok klantan jatuh sory for them la..kitorang ni baka tok janggut la pantang menyerah sebelum ajal..

  8. Tahniah Kelantan kerana menjadi juara 3 piala untuk tahun 2012.

    Tahniah juga untuk Selangor kerana menjuarai eh.. piala apa ni? Piala Sultan Selangor (PSS)? Piala apa ni? Piala Syok Sendiri ke (PSS)? Hehehehe.. Hebat.. Tak kena masuk grouping stage.. Terus masuk final!!

    • lepas ni buat satu lagi piala..Selangor dgn Pahang pula..Juara gilir-gilir lah setiap thn,kemudian satu lagi piala Pahang dgn S’pura..juara gilir-gilir juga.
      Setiap thn pasti 2 juara………….

    • ni la mslh dgn fan2 klntn yg over xbrtmadun….nk pos kmen pape tu bia slidik2 dlu….utk pgtahuan kalo ko nk tau piala tu dah mla dari awl thn 2001 lg….time tu team klntn ksygn ko ni team syur-syuran lg….xdpt lg rasa treble mcm skang ni…spjg tmpoh tu slgor ada mng trble thn 2005 pastu 2009 slgor juara liga super piala fa,smbgsih… 2010 slgor juara liga super dgn smbgsih…piala sultan slgor tu dah wjud lama dah sblm ko mng treble thn ni lg bro…ada sjarh piala tu di asaskn ada memorial trsndri…bkn syok2 sndri…bkn sbb slgor gila kn piala dah xde piala nk mng smpai ska2 nk buat piala lain slain piala FA,MALAYSIA,SUMBANGSIH,LIGa SUPER& sbagainya…ko apa tau…ni la mslh skap puak2 klntn syok sndri je nk kmen team2 org lain dah tu hnyut dgn kjayaan tnpa nk toleh rekod2 yg dah d buat team2 sblm2 ni…berpada-pada la bro…jgn buat kt MALAYSIA ni seolah-olah team ko je yg pnh wjud….dah mcm si luncai tggelam brsma dgn labu2 nya jer aku tgk ko ni irfan bukti…

      • mcm liverpool haha

      • orang yg suka “bersejarah” adalah orang yg suka berangan-angan dan senyum sendirian…kadang2 cakap pun sendirian, maklumlah nampak bayangan terdahulu…

      • Elok la org Banting
        Kalau. Kau nak bersandar kan sejarah
        Tengok 20/30 tahun lepas jepun jadi team sayur kat Malaysia
        Tengok sekarang sapa sayur sapa?
        Sandal la kat sejarah lagi
        Takpayah 20/30 tahun lepas dgn jepun
        Tgk sekarang dgn Vietnam n Filipino pun Malaysia nak jadi sayur dia orang
        Kena la menBANTING tulang
        Orang Banting woiiiiii

        • sapa xpns korg sndir2…korg pn xska team korg kna sndir jgk…adoi

          • nasihat saya, memandangkn berita2 final piala malaysia 2012 xbabitkn selangor pun, elokla hang jgn baca komen2 dr penyokong TRW jiksa xnak panas telinga dan sakit hati. lama2 kena “heart attack” xpasal2

  9. Kdng2 aku tpikr sdiri napelah ade sesetngah ‘pihak’ mcm xpuah ati ngan TRW ni???? Game smalm kite leh tngok sdiri ref cam bias j….ATM bg aku xdak spirit langsung!!! Nasib baik bola yg rezal try pah die ‘amik’ bola dr kaki indra yg waktu 2 sbenaqnyer try nak stop game sal member die injured!!! 2 yg nak jd gaduh smalam…ref plok bleh bg advantage kat ATM!!! Klu gol bola 2 smalam…bleh jd ‘perang’ smalam kat s.alm!!! Apapun syabas pd pemain TRW sal dpat gok kwl emosi anda…klu TRW dlu zaman halim napi,aku ingat mau mkan penyepak dah si rezal zambri smalm!!!! Pengulas astro arena smalam nmpk sangt brat sbelah…hampeh!!!! Apapun bravo TRW…

    • Tahniah Orang Meru

      Nak buat macam mana bro.. Sebagai penyokong TRW kita kena terima kita sentiasa tiada advantage dp segenap segi.. Media, pengulas, pengadil, FAM etc.. Kita kena terima semua hakikat tu.. Cuma kita lakukan yg terbaik dalam padang dan bergantung harap pada ALLAH.. Datanglah perancangan jahat macam mana pun, kalau ALLAH nak bagi menang akan menang jugak!!! Percayalah!!!

    • betul tu bro rizal memang tak ada semangat kesukanan,refree memang bias kesalahan atm buat bodoh jer sama macam lawan singapork dulu, pengulas macam hampeh dari dulu anti kelantan , harap2 astro cari la pengulas yang berwibawa asik cakap benda sama tak der modal lain

    • sebab tu aku tengok game bukak ulasan ‘english’.. ewah skiping tuh.. pengulas ‘melayu’ bias nak mampos.. biasa laa.. hasad dengki sebab team diorang takleh masuk final..

  10. Bo bo lah ccaro ko puok2 gelap perut gelap hati niiiih.. Padae doh la aku tgk newspaper pun ngaku doh Kelate jaguh bolasepak Malaysia lo ni. Cuma keno jago FAM - takut nyi wak kenat mce dio buat ko Kedah mulo. Lph Kedah jadi juara Double Treble, nyi pindo peratorae. Siae ko Kedah, mapuh sslaluh pah tu..

  11. Smoga kemenangan TRW smalam mbuke mata semo pihak agar tidk bersikap brat sbelah… Bg aku bolespak malaysia ni bleh g jauh lg,insyaallah!!! Moga2 thun dpn TRW dpt menaikkan name malaysia d pringkat AFC lak…thun ni pub klu xkrn bermain tnpa beberapa pemain utama di Iraq i2 ari…aku ingat TRW bleh tapau klab Iraq 2!!! Game kat KB..mmg TRW yg control,just finishing j xde!! Pd coach rajagobl…pleez picklah piya ngan farhan tok skuad HM!!!! Bg aku…piya tbukti the best attcking mfielder yg kita ada skarng!!! Bile piya form..TRW pasti mng!!! 3 gol smalam…semo dr piya!! Gol 1st TRW…turning yg piya buat,aku biasa tngok kat liga spain jer beb!!! Superb passing….

  12. Pingback: » Tahun 2012 musim gemilang bola sepak Kelantan | Sokernet

  13. kpda golongan anti TRW@Kelantan..terima aje lah hakikat bawaha kelantan adalah JUARA!!! kalau rasa hebat kita jumpa lagi musim depan..dan buktikan.

  14. salam semua penyokot trw…bialah apa punorg nak kata kat kita…
    yang penting perjuangan kita kerana ALLAH…
    dan telah terbukti kita skrang ni kuasa baru bola sepak malaysia…
    kalau tak caya juga cuba cek ranking kelab kita di dunia..
    kita yang tebaik dari semua kelab di malaysia..
    pedulikan dengan sejarah lampau..
    sejarah tak akan mebawa MALAYSIA ke PIALA DUNIA…
    PIALA ASIA pun belum tentu kita akan layak kalau kita asik ungkit dengan sejaran lama..
    teruskan berjuang pejuang TRW….

  15. Klate x plu mraih sokongan org luar… doa2 kgagalan sep2 anti kelantan timpa diri sdiri doh…

  16. AKU RASO PEMINAT KELATE HOK KECEK MAGOK DAN KOYA NI SEK2 BUDOK2 MUDA NI. LAGIKAN TSAM PUN KECEK HUMBLE. BO BO LA KECEK KOYA DEBE DENGAN OGHE LUAR WAT BENCI KO OGHE JAH. TAKDOK RUGI SIKIT HABUK PUN KALU KITO BERSIKAP MERENDAH DIRI. PROVOKASI DARI PIHAK LUAR JANGE LA DUK LAYAN.

    LAIN LA KALU PROVOKASI KETERLALUAN!! NI BARU LA KITO BULEH NOK KATOK SEDAK!!!

    OK ADIK2! JAGA AKHLAK, INGAT TU. PESANAN DARI AWE SENIOR. WASSALAM.

  17. SEBAGAI CONTOH KOMEN bokbom atas komen kawe ni “Klate x perlu meraih sokongan orang luar” —> Mung rajin duk merantau luar negara atau luar daripada Kelate dok? Kita perlukan sokongan saudara seIslam terutamanya kalu nok berjaya tahap world class. Bo berjaya sedikit jah duk koya x perlu sokongan orang luar, toksoh dok kecek magok la. Tok saloh nok over fanatik pasal oghe kito sendiri, tapi hidup ni keno BALANCED! Pehe dok BALANCED ni? Semua bendo kito perlukan….sokongan orang sendiri, orang luar, antarabangsa, kalu tidok networking kito setakat puok2 kito jah la. Cubo fikir bakpo TSAM buat lawatan kat Jepun baru2 ni? Sebab nok belajar dari bola sepak Jepun la. Jepun tu oghe luar ko oghe kelate? Kecek tu biar mikir gak sikit….

    • pah demo tgk sramai mano ore luar dale msia ni suka ko team klate? komen dlm paper, blog.. hok jelasnya rmai ore anti klate dri hok suko… terima la kyataan…

    • dok ehhh,,, acu wi contoh plk gak.. fans negeri mano tu hok sokong klate.. kawe crito bab bola nih.. klate lawe lions pun sep2 luar doakan suh klate kaloh.. pah lagu mano tu?… acu royak slain klate sapo lagi nok sokong TRW?????? nok takir pun tgk la situasi semasa boh…

    • sampai ke jepun nah TRW nk raih sokongan… try gak raih sokongan dale msia nih… tengok bleh ko dok… hanya ore kelate dan segelintir penutur loghat kelate jah hok sokom kelate… Kecek denga mikir pun xleh pkai jugok kalu mata duk pejam telinga duk pekok AWE KELATE weiiii…

  18. Ambo setuju benar kato2 AWE KELATE. bakpo gak kito nok mangok2. ore kato gajoh ko rima ko, ado jejas ko TRW ko? sikit habok xdok pon. loni set2 luar memey terimo doh kehebatan TRW. demo tu royak mace2 just nok luahkan perase’e jah. kalu kito mangok telajok sapa ko langit sapa x ingak ruput di bomi, lain kali sebuter malaysia dok caci TRW. tokwea g stadium dan saing2 dari selangor & perak nah. demo tu buleh jah sokong TRW tampo berbelah bagi. sebab?? sebab taim kito hebat, kito tetap merendoh diri. walau dalam bolasepak, akhlak terpuju tetap keno jago boh. grano2 pong, TAHNIAH TO ALL OF TRW’S. WE ARE THE CHAMPIONS!!!

  19. AWE KELATE… kawe x rajin duk luar pado klate… kawe duk Krai jah… koto bharu pom g jare2 jah… surat khabar ari ni esok baru sapa kapung kawe.. Kiro demo biso la kecek… tp biso pom.. mato tu buko luas deh..

  20. alaa AWE KELATE nge BOKBOM -> kito serupo! Duo2 hujjah ado kebenare. Kawe orhe Kelate, lahir d Kelate tapi ngaji di luar Kelate yak kecik. Lo ni pom kijo n duduk d luar, tapi hati, jiwo kawe KELATE! Buke manggok kalu ngaku Kelate atau maroh ko sep2 anti Kelate. Yo lo doh tu -> tu lah semangat RedWarrior sejati! Jadi biar bereh la adik kakok, takdok sapo hok lebih takdok sapo hok kure. Peace ;-)

  21. Soal berat sebelah atau tidak pemilihan untuk team harimau Malaya -> kita tunggu apa jadi di AFF dan Kelayakan Piala Asia. Aku rasa kita berpeluang mempertahankan Juara AFF tetapi aduuuuh sakit di Kelayakan Piala Asia. Bukan sahaja kerana ketiadaan Piya, farhan atau Azwan Roya, tetapi kerana tactical approach Rajagobal. Dia suka main wing sebab dia winger sedangkan cara ini mudah dipatahkan lawan. Kelate tidak main cara winger ini dan tengok sampai ke tahap mana dah di AFC Cup

  22. Pingback: » Juara Treble: Kerajaan Kelantan hadiah Umrah, adakan jamuan rakyat | Sokernet

  23. Pingback: » Kelantan FA: The Story of ‘Juara Trebel 2012′ [Video] | Sokernet

  24. Pingback: Annuar: Bonus hak mutlak persatuan - Liga Super Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>