Juara Treble: Kerajaan Kelantan hadiah Umrah, adakan jamuan rakyat
Kelantan Juara Treble Liga Malaysia 2012
- Pemain Kelantan dapat ganjaran tunai Umrah
- Jamuan rakyat hargai pemain, penyokong Red Warriors
Kerajaan Negeri Kelantan hari ini telah mengumumkan ganjaran menunaikan umrah kepada para pemain The Red Warriors (TRW) setelah pasukan bola sepak Kelantan itu muncul Juara Piala Malaysia 2012 Sabtu lepas.
Keputusan kerajaan tersebut telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selepas mesyuarat exco bertempat di Pejabat Exco negeri hari ini.
“Kerajaan Kelantan mengambil kira kesungguhan pemain dalam memastikan kejayaan pasukan Kelantan dan kita kira amat layak kerajaan memberi sebarang bentuk ganjaran dan kali ini untuk kali kedua kita telah memilih untuk memberi pemain untuk menunaikan umrah” ujar beliau.
Bagi pemain yang bukan beragama Islam pula, mereka akan diberi ganjaran berupa wang tunai.
Sabtu lalu pasukan Bolasepak Kelantan berjaya mengalahkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3 - 2 untuk muncul juara Piala Malaysia 2012, sekaligus merangkul gelaran juara treble selepas turut muncul juara Liga Super dan Piala FA 2012.
Sementara itu, Ahmad berkata, buat kali pertama juga kerajaan bersetuju untuk mengadakan jamuan rakyat tanda kesyukuran pada 3 November ini akan datang.
Ianya akan melibatkan rakyat serta anggota pasukan TRW bagi meraikan kemenangan bersejarah itu.
” Kami harap peminat dan rakyat kelantan dapat hadir untuk menikmati jamuan rakyat yang akan diadakan di perkararangan stadium Sultan Muhammad ke IV nanti yang akan bermula jam 12 tengahari hingga 2 petang” katanya lagi.
Selain Kerajaan Negeri, ganjaran lot tanah juga menanti pemain TRW yang akan disumbangkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) ekoran kejayaan itu.
Difahamkan, setiap lot tanah itu bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000, dengan membabitkan kos keseluruhan mencecah hampir RM2 juta.
October 24, 2012 - 2:24 pm
Ganjaran yg terhebat utk pemain2 TRW. Utk rakyat jg tidak dilupakan. Terima kasih pd Kerajaan Negeri. Hrp menjadi contoh pd negeri2 lain jg
October 24, 2012 - 2:57 pm
aku rasa ni ganjaran yang paling hebat bagi juara TREBEL
October 24, 2012 - 4:06 pm
paling penting dan sejarah untuk penyokong TRW…diraikan dengan jamuan…syukur kerajaan lo ni
memahami kehendak rakyat/TRW….maju bola kelate..amin.
October 25, 2012 - 1:04 am
Bagusnya negeri kelate,.. Ini namanya rezeki dapat ketua Tok Guru. Berjaya dunia akhirat tidak lupa.. Tahniah Pemain Kelate kita..
October 29, 2012 - 10:03 pm
Inilah hadiah dari negeri ‘termiskin’ kat malaysia…Alhamdulillah….:D
October 30, 2012 - 7:22 pm
tok guru pun nak numpang popular gak. dia org politik mesti la amik kesempatan ni. xde beza pun negeri BN, PAS, DAP, PKR mesti amik kesempatan bila ada political mileage.
October 30, 2012 - 8:48 pm
org kelantan xpenah ckp ke anuar musa mcm tu, org klantan pn xanggap TGa gitu, itulh bukti org luar kelantan mmg xsuka,dengki, hasad, hati busuk, ngn org kelntan..terutama hantu ni, smga laknat allah pd org yg hasad dengki ko org lane, klu ko nk taubat nk masuk syurga, ko kna minta maap gn org y ko kata…lps angerah sukan ni aku dh makin myampah ngn org luar kelantan…xsmua la..nmpk hasd dengki ati busuk….
October 31, 2012 - 12:06 pm
bola bangang,
ye bagus. duduk la selama2nya kat kelantan. jgn sebok2 carik keje kat kl/selangor ni. mmg bangsa jumud. aku xnak tobat atau mintak maap ada aku kesah? jgn nak berkhutbah pd aku ko x layak.
October 31, 2012 - 2:40 pm
mcm lerr selangor or malaysia ni bapak n datuk ko punya….
October 31, 2012 - 4:41 pm
mmg la bukan mak bapak aku py. kelantan tu pun bukan mak pak datok moyang great grandfather ko py gak. aku cuma respon bola kalo dah x suka org luar kelantan, jgn jd hipokrit la kluar dr negeri tu. ko carik la makan, berkeluarga, bercuti dan bersosial dlm kelantan je. dah ko bangga sgt asobiyah ko tu kan? ko dtg negeri org dgn asobiyah ko bwk skali.
November 1, 2012 - 2:05 pm
kawan2 sume. jgn layan sgt si jerangkung ni. biarla dia nk kata apa pun sbb fikiran dia mmg tgh berserabut. dia sbnrnya ada penyakit kemurungan yg amat sgt. tahap kronik dh. cuma dia je yg xsedar. mgkin xlama lg “gol” la dia ni. dgn keadaan dia skrg, hrp kita semua dpt bersimpati dan bykkan berdoa mudah2n cepat sembuh
November 1, 2012 - 12:34 pm
jeng jerangkung..bg la moral support skit..org wt baik tu..bkn nyer makan duit rakyat :p