Kelantan Juara Piala Malaysia 2012

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012
Kelantan Juara Piala Malaysia 2012

KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan muncul Juara Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.

Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.

Dalam perlawanan malam ini, ATM hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar.

ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam.

Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.

Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.

Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.

Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.

Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.

Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.

Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.

Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.

Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka.

Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.

Berikut kedudukan jaringan:

ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61

Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49

Indra Putra minit ke-95

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

49 Responses to Kelantan Juara Piala Malaysia 2012

  1. kan best kalau gambar treble 2012! tu diberikan kredit kepada orang yg tangkap gambar tu.

  2. admin ejah video maljis trima hadiah..

  3. Kelate tetap Juara.. alhamdulillah.. syukur dgn izinnya. Namun kesabaran dan semangat berpasukan berjaya juga mengatasi ketidaadilan dalam perlawan serta jelas sikaptidak fairplay dimainkan ATM.

    kelate nampak makin lemah tanpa striker untuk gantian.. namun rezeki tuhan tiada siapa yang tahu.
    Syabas kelate.. serta penyokong setia di Stadium.. kerana kawe nak berpeluang nak menyokong bersama….

    Gomo Kelate Gomo.. Juara Dah Akhirnya..

  4. Kelate tetap terbaik…

  5. Pingback: » Video Kelantan 3-2 ATM [Final Piala Malaysia 2012] | Sokernet

  6. salam,,,
    buat jalaklenteng,,,anda dapat ke nak gulai kijang semalam,,kata-2 nak kasi semua penyokong TRW terlopong kan !!!!
    Acu kome cite Yop !!! Acu kome cite Yop !!!

  7. Pingback: » Pelanggan UniFi @ HyppTV kempunan saksi Final Piala Malaysia | Sokernet

  8. TAHNIAH TRW !!! Walaupun kebanyakan Rakyat Msia mengharapkan TRW kalah malam tadi, tetapi TIDAK untuk RAKYAT KELANTAN!!! Dari pengulas sukan, ahli politik dan
    FAM semuanya mengharapkan TRW kalah, berbagai ONAR mereka lakukan…..

    • pnh puak2 korg fkir knp bleh jd cmtu smpai kbykn rkyt MALAYSIA nk klntn klh???? mari lah kte sama2 bermuhasabah dri…mgkin d phak klntn sndri ada buat kekhilafan….muhasabah la dari segenap sdut especialy disipln fan2 korg…tiap2 thn mst ada jer kna dnda xpnh xkna dnda…xpenah srik…kalo fan klntn xkna dnda xsah liga kt MALAYSIA ni..mgkin tu antara sbb yg msyrakt slalu berpersepsi bruk trhadap korg…utk rekod insiden finl MALaysian cup 2009 kt SNBJ…rekod dsiplin korg kt KB pn ada jgk kt S.ALAM pn ada jgk…yg palg latest group stge piala MALAysia 2012…bru grouping jer pn dah buat onar….ni la realtinya….sblm nak bidas mmbabi buta puak2 yg ska mgkritik korg apa slhnya korg pn bkak mta brmuhasabah knp bnd ni brlaku kt set2 korg jer….crmin dri…marila bersama2 buat prubahan buat anjakan paradigma….Awal Muharam pn nk dkt dah ni…moga dgn pghijrahn korg ni dpt mnyedarkan puak2 yg ska mgkritik/anti klntn

      • fans lain pon ada buat onar kat stadium. ada media2 kecoh2, masuk news, masuk paper semua? ada? kalau ada pon, mungkin skali je la. kalau fans TRW buat kecoh, amekkkaw! seminggu belum tentu cerita tu abes. sebelum era bola Kelantan naik lagi, judgement org luar thadap Kelantan tetap sama. Negatif. Tapi, biarla apa org nak kata. rakyat Kelantan dah muak dengan cacian, makian, ejekan orang luar. semoga Allah je yg dpat balas segala apa yg orang2 anti ni kata kat negeri kami.

      • nk kira denda pun mmg xadil,main kt selayang,atm tuan rumah,tp klate jgk kne denda..bdoh punya fam..

    • they jeles…the point here is KELANTAN Is THE CHAMPION.so just shut up to those who anti with kelantan.menang adalah menang. that’s it!!!!

  9. berpeluh telor team kelantan smalam,nasib baik x kalah,kahkahkah

  10. Kita menang tapi atm main lagi baik dari kita. Trw bahagian tengah dan atas susah nak gerak jarang jarang boleh menyerang nasib baik boleh sumbat gol. Atm pula banyak menyerang tapi susah dapat gol …. Nasib baik menyebelahi kita.

    Tahun 2012 dah habis tahun 2013. Kita kena perkuatkan bhgn tengah dan atas. Mesti ambil player baru ….. Saya rasa Afiq tok leh giii mana pun baik cari orang lain macam khairul muhymeen keee!!!!

    Semoga Trw boleh bina team yg lebih mantap kerana Atm akan belanja besar nok kalah kan kita …. Team lain pun mungkin lebih baik … Jadi kita tok leh maintan jee kena berubah juga

  11. Kelantan,ATM sama hebat the best game ever. Tahun depan Kedah TREBLE. Apapun tahniah untuk Kelantan and ATM…Team 4 the year 2012.

  12. Pingback: » Juara Treble: Kelantan nyata tidak bermimpi | Sokernet

  13. negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat semua hebat. Ada yang bekas juara, ada yang lepas separuh akhir. memang berbezalah pengurusan bola sepak di negeri bawah Pakatan Rakyat. Harapkan Phang, presiden FAM dalah raja sendiri, tapi apa pun tarak. Menunggu Pahang pula menjadi Gergasi Pantai Timur lepas PRU13 nanti.

  14. kepada penyokong kelantan…aku minta maaf sbb kutuk korang..sebenarnya aku jeles tgk korg team korg kuat walau pon sume org boikot kelantan..tp korg ttp bersatu padu dalam kebencian penyokong lain..team aku mmg mcm **** sbb tu aku jeles..aku frust tgk ATM walo reff bias tp ttp kalah..sori k..

  15. kemenangan yang sangat bermaruah…syabas!!

  16. Patai timur special

    Sekarang sudah jelas terlalu ramai manusia hidup dengan dengki. tidak senang dengan kejayaan orang lain.Fam dan Pengadil umpama perancang kemusnahan bolasepak malaysia sendiri… tgklah berapa byk free kick dia bg kat ATM. betapa susahnya kelate nak lepas kawasan tgh padang .. asyik free kick je..
    tapi sekarang yg bagusnya Org ,cina dan india menyokong kelate.. kawe tgk sek dia komen di tweeter gol.com… semuanya memilih kelate sbg juara..mereka tgk malaysia Cup.. drpada menonton EPL..melayu sudah lupa kot…

    • Sebak aku baca. Moral of the story….lebih baik teraniya dari menganiya. Pertolongan lebih dekat dengan orang2 yg dianiaya. Apa2 pun kelate kena ambik semua kritikan +ve or -ve. Sathia kata player kelate asyik jatuh macam nangka busuk. So tahun depan kena bina stamina pemain. Pemain tua takpe asal stamina kental. Tahun depan lagi mecabar…semua team nak AJAR kelate…haha siap ko kelate.

      • player2 kelantan xleh nk dipersalahkan bila jatuh mcm nangka busuk. dah main sampai 120 min sapa x pancit. matyo & daudsu, sblm tamat 90 min dah nampak semput, tp diorang gagahkan jugak. team kelantan dah main 58 game la wei tahun ni. kuda pun boleh pancit kalau over exert. wear & tear kena kira jugak. Sathia sendiri pn kata dia let go Piala FA sbb nk concentrate juara liga perdana. ini kan pulak kelantan yg main sampai final + qf afc.

    • memang patut sangat bangsa melayu selalu kena tindas dengki dengan bangsa sendiri… muhasabah lah diri masing-masing… tak pasa-pasal buat dosa kering..

  17. tahun 2013 mesti lagi mencabar..

    Johor mempunyai sultan baru yang bersemangat.
    Perak kaptennya bersemangat setelah peristiwa di KB.
    Terengganu mesti nak te set Barat stlh hilang semangat di SSMV tahun 2012.
    Selangor pasti dgn misi 33 lagi.
    Bookie “Lion 12″ mau pakai dollar.
    N.9 pasti bangkit.
    Kedah mau terbang tinggi
    TRW kena lebih waspada.

    Majulah bolasepak Malaysia.

  18. Titik bangkit bola sepak tanah air sebenarnya bermula daripada Kelantan.. Semakin ramai org2 luar yg mengkagumi Kelantan baik pengurusan dan penyokong.. Cumanya kerana dengki dan iri hati yg membuatkan mereka mencaci dan mencipta konspirasi utk menjatuhkan kelantan. Bermula dp FAM hinggalah ke media..

    Kenapa FAM dan Malaysia tidak belajar sesuatu dp Kelantan? Spain menjadi pasukan terbaik dunia kerana mereka tidak discriminate pemain Barcelona. Kalau Malaysia mahu lebih maju, alangkah baiknya kalau pemain2 Kelantan dan pengurusan Kelantan diberi peluang. Tapi ianya tidak berlaku.

    Sudah sampai masa untuk mengeluarkan kem Selangor dan Presiden FAM dp pengurusan tertinggi bola sepak tanah air. Mereka sudah gagal

    • yg pasal barcelona tu aku xphm la…apa kaitan?

      • SuperSub Warrior

        catalan dengan sepanyol….

      • parajurit kena byk membaca..bangsa catalan (team barcelona) & real madrid is spainish club..tp team national spain ambik majoriti dari kedua2 kelab yg telah berseteru zaman berzaman..catalan adalah bgsa kecil di Spain..komen irfan bukti kat atas menunjukkan bro kita ini org berilmu..tp di Malaysia ni tidak,player team Kelantan kurang dipndg oleh team kebgsaan & pengurusanya..sekian (nk tau lebih lanjut baca sejarah bangsa catalan di Spain ok)..peace :-)

        • ohhhhhh…mgkin btl coach wktu 2010 yg MALAYSIA mng AFF tu mjriti 1st 11 plyer slgor sbb slgor juara liga super time tu….skang ni 2012 klntn juara..byk jgk dah nma plyer slgor kna buang…amirul hadi xde dah nasriq bahrom xde dah… tp nthla…dah mang plyer asal kbgsaan cma team yg diorg wkil je jtuh nk buat mcm mne..tgk kdah tu…nma brlmbak jgak…ksimpulannya mgkin coach rjgopal tu rasa team2 kt liga MALAYSIA ni balance…ada star player main kt negeri ni tp jth liga perdana,ada star plyer plak cri mkn plak g main dgn team kat liga prdana…kn bgs kalo ada pngurusan duit byk byr je gji lbih kt mjoriti player kbgsaan utk main kt 1 negeri diorg jer…buat mcm barcelona tu….dulu slgor dah buat…mang time tu slgor pn top kt dlm liga MALAYSIA…tp xtau la pasal slgor byk duit ke apa bleh byr player2 tu..yg pntg zmn tu mang mjriti player kbgsaan main kt slgor…kalo 1st 11 tu ada la dlm 6-7 org kot….tu yg MALAYSIA/MALAYA time tu jd gergasi ASia….sbb plyer dah slalu main sma2 kt team negeri….skang try la klntn plak….incme dah byk dah skang ni dpt treble…liga super pn top 1…. g try pancing safiq rahim,bunyamin omar,badrol bkhtiar,skunalan,….ada 6-7 org plyer kbgsaan main dlm 1 negeri ckup dah….bru cpt serasi bru sng nk dpt chemistry…time tu mang xpyh nk bsing2 la klntn..mang cnfirm rajagopal pggil main wkil MALAYSIA

          • Beli pemain bintang mmg satu plan yg menarik..cth paling jelas kalo kat EPL, Man City la kan..tp football tempatan ni lain,ada kelab ada persatuan negeri..jd walaupun ada banyak dana,player2 anak negeri juga patut diberi tempat dlm skuad..patut di gilap..kalu team kami beli semua pemain2 bintang (yg bukan dr anak negeri) sedikit sebyk menidakkan bakat2 tempatan..jd team yg ada pemain bintang + anak negeri baru awesome….FAM sepatut lebih telus,xsemua pemain national team kita bagus..rmai pemain yg lebih layak ttp tidak diberi peluang sewajarnya..perkara ini jelas,kami bukan harapkan semua player TRW dpt main national team..cuma harap mereka yg layak diberi peluang coz they pun anak malaysia..bukan anak angkat k..peace :-)

        • Sokong & suka baca pengomen yg berilmu..tp xsuka komen yg berunsur provokasi & menghina..setujuuu dgn cesc :-)

  19. team trw menang kerana dua sebab..semangat juang player hebat dan penyokong hebat. atm kalah kerana dua sebab..pengadil berat sebelah dan penyokong terlalu kerdil(sikit) kat stadium

    • Betul doh tu tapi tok tepat. Ada sebab2 lain. Dlm berita tadi; sathia kata ATM lebih banyak chance cuma tak score, marlon kata ATM main lebih baik dan deserve to win, Hodak kata ATM pasukan yg bagus, sathia kata ATM lebih fit sebab tak jatuh macam nangka busuk macam pemain kelate, ada sokernet member kata kelate menang nasib…SEMUANYA BETUL. KELATE MENANG KERANA sedikit kelebihan pengalaman dan qualiti especially pertahanan dan penyerang. Dan lebih penting ialah nasib. Nasib ni ramai orang silap faham. Ia bukan 1 benda negatif. Sebaliknya sangat2 diperlukan sebab yg menentukannya bukan manusia. Bila orang nasib baik maknanya dia sedang mendapat pertolongan bukan dari manusia. Sepatut kelate bersyukur dan bergumbira kerana telah mendapat anugerah istimewa. Oleh itu disamping bersiap dari segi fizikal, kena cari penyebab supaya layak dianugerahkan nasib baik….jadi…kerja kena keghah, hati iklah, maine kemah, stamina cergah, jangan agah, semaye jangan culah…mudah2an Allah turun kesian belah…

  20. betul tu..aku menjadi saksi kat stadium SA.aku masuk jam 4.30 ptg. tempat duduk penyokong kelantan limpah atas bawah.polis dan fru terpaksa buka tempat duduk yang reserve.juga untuk penyokong trw.hinggakan sampai keseberang sana untuk penyokong atm juga dilimpahi penyokong trw. mereka penyokong atm cuma kat pasukan sorak pancaragam aje. aku lihat lagi apabila penyokong trw buat sorakan gelombang. bermula dari tempat duduk skor board kelihatan gelombang naik turun sehinggakan sekelliing stadium turut sama kecuali kat penyokong kecil atm. pancaragam atm dan sorakan mereka kuat tetapi tenggelam begitu sahaja apabila sorakan penyokong trw. kalau nak banding penyokong atm malam tu tak sampai lima ribu orang yang selebihnya penyokong trw.

  21. Pingback: » Tahun 2012 musim gemilang bola sepak Kelantan | Sokernet

  22. Pingback: » Penyokong Red Warriors sambut ketibaan Piala Malaysia | Sokernet

  23. Pingback: » Juara Treble: Kerajaan Kelantan hadiah Umrah, jamuan rakyat | Sokernet

  24. Pingback: » Juara Treble: Kerajaan Kelantan ajak penyokong puasa, berbuka bersama pemain | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>