GANJARAN untuk The Red Warriors di atas kejayaan merangkul juara treble buat pertama kali pada musim ini hanya akan diberikan kepada pemain yang betul-betul setia bersama pasukan Kelantan.
Itu kata putus Presiden persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang membayangkan tidak akan memberikan ganjaran sekiranya terdapat mana-mana pemain ‘berdegil’ untuk berhijrah tanpa persetujuan pihaknya.
“Dalam bola sepak, berjasa sahaja tidak cukup. Kita hanya akan beri penghargaan kepada pemain yang berjasa dan setia dengan pasukan. Sebenarnya, bonus adalah hak persatuan 100 peratus.
“Pemain yang memilih untuk keluar atas pilihan mereka sendiri tidak akan mendapat ganjaran. Melainkan jika mendapat persetujuan, itu (ganjaran) hanya dapat diputuskan oleh jawatankuasa pasukan.
“Asasnya pemberian bonus adalah bila kita hendak pemain bersama Kelantan, mereka mesti setia bersama kita. Jadi kita boleh beri ganjaran jika mereka kekal dengan Kelantan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media yang diadakan selepas pulang daripada menunaikan fardu haji di kediamannya, Sri Puri, Bukit Marak, Kota Bharu malam kelmarin.
Sinar Harian semalam melaporkan kelibat pemain sayap, Mohd Nurul Azwan Roya sah meninggalkan Kelantan untuk beraksi dengan pasukan Johor dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Selain Mohd Nurul Azwan, penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha juga dilaporkan bakal meninggalkan Kelantan setelah mendapat tawaran lumayan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Annuar bagaimanapun menyerahkan kepada Jawatankuasa Pasukan Negeri untuk membuat keputusan sama ada Mohd Nurul Azwan berhak menerima ganjaran tersebut dalam masa terdekat.
Ditanya apakah Kafa bersedia berdepan kritikan sekiranya pemberian ganjaran tersebut dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu, Annuar menjelaskan, orang ramai bebas untuk bercakap apa sahaja mengenai perkara tersebut.
“Soal bonus adalah hak saya (untuk beri atau tidak). Adakah awak akan beri penghargaan kepada orang yang tidak setia. Daripada zaman Kesultanan Melaka sehingga sekarang pun orang tak pernah buat perkara macam ini,” katanya.
nak bagi.. bagi .. takmau ape leh buat .. janji gaji bayar…selesai masalah
Kesultanan Melayu Melaka dan Bola Sepak adalah 2 perkara berbeza. Jangan samakan politik UMNO dan Bola Sepak. “Professionalism” kan ke tu yang kau laungkan. Dimana JASA jika tiada USAHA ?
Inilah yg dikatakan kedekut . pemain2 yg telah menyumbang ke atas kejayaan Kelantan pada 2012 hendaklah diberikan ganjaran mahupun bonus.. Jgn lupa duit lebihan yg ada berkat sumbangan para pemain 2012. Jadi jika pemain yg ingin berhijrah pada 2013 tolong jgn jadikan alasan (tak seta) utk tak bagi bonus . Hargailah sumbangan mereka …
Bola dah Profesional … Para pemimpinnya tak lagi camner tu?
Bonus hak mutlak persatuan, tp untuk mendapatkan bonus adalah hasil dari sesuatu kerjayaan. Lebih elok bagi kepada mereka yang telah bekerja keras berusaha untuk mendapatkan trible piala tu. Untuk musim baru buka crita lain pulok.
As salam. Mcm nie lah kalau ada kuasa sikit mula nak tunjuk belang.mat yo dan awe kalau betul itu kamu…kamu tgk sahaja sejauh mana bekas majikan berjaya di tahun berikut nya.hati kena baik tuan haji.tq
tak baik tuduh orang tu tak setia… dia ada berjanji nak setia kat kelantan sampai mati ke? biarlah orang macam ni, memang ramai orang jenis macam ni… bukan dalam bidang bola saje yg ada orang buat alasan taknak bagi bonus macam ni… keluarlah alasan dan fakta macam2…
Kalo d liga onggeris mmg ada bonus untuk kesetiaan pemain yg d namakan loyalty bonus….setuju jugak ngan tan sri..