Malaysia vs Indonesia [Sukan SEA 2011] Live TV2, TV3, Astro Arena
Ong Kim Swee tidak mengendahkan apa jua percaturan Indonesia yang dikatakan akan menurunkan skuad keduanya pada aksi penutup saingan bola sepak Kumpulan A malam ini.
Menurut jurulatih skuad Harimau Muda itu, beliau tidak kisah sama ada skuad No. 1 atau No. 2 Indonesia yang bakal ditentang hari ini kerana meraih mata menjadi keutamaannya.
“Saya tidak memikirkan persediaan Indonesia, juga siapa yang akan mereka turunkan pada perlawanan esok (hari).
“Saya hanya memberi tumpuan kepada persediaan pasukan sendiri. Apa juga taktik Indonesia untuk perlawanan esok, saya tidak hiraukan.
“Adalah perkara biasa mereka merehatkan pemain tonggak kerana mereka sudah layak ke separuh akhir,” katanya
Malaysia, yang mengumpul tujuh mata di tangga kedua Kumpulan A, hanya memerlukan satu mata daripada pertembungan hari ini, untuk menafikan cabaran Singapura dalam perebutan ke separuh akhir.
Singapura, yang berada pada tangga ketiga kumpulan dengan empat mata, perlu menang ke atas Thailand jika mahu terus memberi cabaran kepada Malaysia, pada perlawanan lebih awal hari ini.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Indonesia
Bola Sepak Sukan SEA 2011
17 November 2011 (Khamis)
8.00 Malam, LIVE TV2, TV3 & LIVE Astro Arena
Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
November 17, 2011 - 1:14 pm
ada satu kesilapan.17 november ahad???sepatutnya khamis.terima kasih.