Kurang 24 jam untuk Shahidan jawab tuduhan FAM

Shahidan Kassim langgar Artikel 88 FAM

Shahidan berdepan hukuman FAM langgar Artikel 88

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai masa sehingga tengah hari esok untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung tiga pertuduhan terhadapnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang jawapan daripada Shahidan.

“Pihak jawatankuasa akan bersidang dan membincangkan kes tersebut sebaik sahaja sampai ke tarikh (akhir) tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama Khamis.

Pada 1 Feb lepas, FAM menghantar surat mengandungi tiga pertuduhan terhadap Shahidan mengikut Artikel 88 Statut FAM yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Shahidan berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM.

Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM.

Bagi pertuduhan ketiga, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikai, mempersoal atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014.

Bagi pertuduhan itu, beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000.

Taufek berkata, jika Shahidan tidak mengaku bersalah, beliau boleh mengemukakan sebab munasabah dan jika alasan yang diberi boleh diterima pakai, jawatankuasa itu akan pertimbangkan kes tersebut.

Susulan menerima surat pertuduhan itu, Shahidan mengumumkan untuk meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil FAM iaitu sebagai Anggota Jawatankuasa Kewangan (AJK) FAM dan AJK Bola Sepak Wanita FAM.

- BERNAMA

Related Posts

5 Responses to Kurang 24 jam untuk Shahidan jawab tuduhan FAM

  1. JUDIN: haaa…Dan mano ko nak lari…Aku nak denda jugak kao paling koman pun Rm: 50 ribu….tabung FAM dah kopak lani…
    SAHIDAN:celako ko juden,kan aku dah lotak jawatan..tak yah laa dakwa aku..lagipun aku bukannya kaya lagi laani..kalau ko nak cari aku gak mai laa perlis..aku boleh nyorok sebelah siam…

  2. mcm2 hal yg berlaku kat malaysia sekarang nie…

  3. Haa Haa masa Anuar dulu aku denda dia dan gantung dia sebab nanti nak jadi Presiden… tapi bila anak Presiden komen aku tak buat apa2… anak bapak!!!!!!! Ni Sahidan mana bolih tiru anak bapak….

  4. Hukuman gantung sampai mati ada tak dalam artikel FAM. Kalau ada boleh bagi tak hukuman gantung sampai mati pada dia nii?????

  5. sebenarnya Shahidan dah menyampah dgn FAM, sebab tu dia main belasah saja…apa nak jadi..jadilah ..dia peduli apa.!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>