Beri sokongan padu, simpan dulu kritikan
“SEKARANG bukan masanya untuk bercerita.”
Itu pandangan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin mengenai kritikan yang tidak henti-henti melanda skuad kebangsaan.
Menggesa pihak media membantu membangkitkan sokongan padu penyokong terhadap skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu, Hamidin berkata, peluang untuk Harimau Malaya kembali mengulangi sejarah kegemilangan Piala Suzuki AFF 2010 adalah tidak mustahil.
“Buat masa sekarang, apa yang perlu adalah sokongan dari penyokong itu sendiri. Bukan tidak boleh memberikan pandangan ataupun komen tetapi buat masa sekarang simpan dahulu.
“Pihak pengurusan dan jurulatih sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan kita berjaya. Jadi berilah peluang kepada pemain untuk membuktikannya. Mereka juga mahukan kemenangan,” katanya.
Skuad bimbingan K Rajagobal sebelum ini menerima kritikan hebat apabila gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan persahabatan. Lebih teruk apabila sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh yang beraksi dengan hanya 10 pemain di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.
—
Sementara itu ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal hari ini mengumumkan senarai penuh skuad 22 pemain untuk saingan Piala Suzuki AFF 2012.
Seperti yang dijangkakan, dua penjaga gol utama Harimau Malaya, Farizal Marlias dan Khairul Fahmi Che Mat dikekalkan dalam pasukan manakala penjaga gol Harimau Muda A, Izham Tarmizi digugurkan dari skuad kebangsaan Malaysia itu.
Selain Izham, pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Irwan Fadzli Idrus turut tidak disenaraikan dalam pasukan.
Zaquan Adha yang mengalami kecederaan pada perlawanan persahabatan menentang Bangladesh pada Selasa lepas terpaksa digugurkan dan tempatnya telah digantikan dengan Azamuddin Akil yang dipanggil semula mengukuhkan pasukan.
November 23, 2012 - 6:35 pm
Skg nih memang org tak der nak cerita pon pasal Team HM sebab kebanyakan para penyokong HM dah bosan dengan cara Rajagobal & kerenah FAM menguruskan pasukan HM untuk AFF Cup. Skg nih para penyokong HM hanya tunggu, lihat & akan KUTUK sehabis2nya sekiranya HM gagal melangkah ke pusingan kedua.
Hamidin nih nak enter frame, mana tahu untung sabut timbul untung batu tenggelam. Kalau tak, masakan dia pon nak berkokok sama diwaktu Tean HM tengah nazak skg nih.
Dasar pengampu. Hak thuiiiii…
November 23, 2012 - 6:39 pm
camne nak menjadi penyokong.. dlm padang tanpa pemain kegemaran ..hanya sorang dua.. kalau ramai pemain kelate boleh..le.. tanpa mereka ibarat menyokong rajagopal dgn sifat tak boleh kritik.. mcmana nak maju….FAM mcm pak turut pula , bukan ketua untuk orang dibawah bila menerima teguran awam… mana boleh kawe sokong amalan macam ni…Gomo kelate Gomo 2013..
November 24, 2012 - 9:43 pm
korang tak payah datang le,meyemak je.
sokongan hanya dari mereka yg betul2 anak malaysia
November 26, 2012 - 4:05 pm
engko tue pegi tgk ke? Takat jadi pak turut cam lembu kena cucuk idung baik x yah jd penyokong, nak sokong betul2 biar ada peningkatan dan kemajuan, bukan takat tukang sorak jer…hhuhuhuhuu
November 23, 2012 - 6:59 pm
hahaha..lucunya FAM ni, dulu orang kritik denda, patutnya korang simpan dulu denda mendenda tu dan lihat kritikan tu untuk membina team HM yang kuat.
November 23, 2012 - 7:27 pm
kritik2 dulu denda2 kemudian…
November 23, 2012 - 7:30 pm
Ingat 2/3 orang je yang tak berapa pandai( na kata bodoh kandar sangat)
Dalam FAM ni.
Rupanya ramai ye….
Ni team bole buat kumpulan untuk masuk maharaja lawak mega nanti
Sathia nagka jadi juri…
Sekarang Ada kumpulan Dari Bandung menamakan mereka Bandung jokers
Ni kumpulan FAM ni namanya FAM JOKERS
November 23, 2012 - 9:28 pm
Kalu Harimau Malaya kalah d AFF, FAM harus bertanggung Jawab.Pasai Harimau Malaya 100 peratus hak FAM,Bukannya hak penyokong,pasai penyokong tak d beri peluang komen,pastu d paksa pula penyokong suruh sokong benda yg penyokong tak suka..mana bole king..tak masuk akai le..
November 23, 2012 - 9:32 pm
Hamidin kamu pun tolol semacam pemimpin FAM kerana kamu adalah salah seorang pemimpin yg tak berguna tahu habiskan duit tapi hasil tak dee. Minta org jgn kritik susah laaa brother …. Tapi kalau kamu pemimpin hebat dari meminta baik berusaha hentikan kritikan tuu dgn cara cari kemenangan dan jadi juara AFF. … Cara ni saja org akan hentu kritikan dan mula memuji ….. Fikirkan lah midin….. Oii
Ada otak fikir
Ada mata tengok
Ada mulut tanya
Ada telinga dengar
Jadi buat kah sesuatu utk hentikan kritikan kalau tak boleh nasihatkan semua ketua ketua dlm FAM letak jawatan sajeee lah
November 24, 2012 - 1:17 am
kritikan tanpa tindakan x kemana… tukar pengurusan FAM
November 26, 2012 - 3:42 pm
sokong dalam kritikan…