Malaysia vs Indonesia [Final Sukan SEA 2011] LIVE TV1, TV3, Astro Arena

Malaysia vs Indonesia | Final Sukan SEA 2011

  • Final Bola Sepak Sukan SEA 2011
  • Malaysia vs Indonesia
  • 21 November 2011, 8.30 mlm
  • Siaran Langsung TV1, TV3
  • LIVE Astro Arena

Detik Kemuncak buruan emas Sukan SEA 2011

Stadium Gelora Bung Karno kembali menanti kunjungan Harimau Muda.

Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara itu berkunjung ke gelanggang keramat tersebut apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan SEA 2011.

Atas kertas, kedua-dua pasukan sudah memiliki ramuan tersendiri untuk bergelar ‘sang juara’ pada temasya Sukan SEA yang telah memasuki edisi ke-26.

Bagaimanapun, barisan Harimau Muda tidak harus terpedaya dengan provokasi daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda sepanjang perlawanan berlangsung kerana dikhuatiri mampu menjerat mereka di kandang lawan.

Kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A sebelum ini juga tidak harus dijadikan sebagai ‘modal’ untuk mereka tampil mendabik dada.

Sebaliknya, anak-anak buah Ong Kim Swee itu seharusnya menganggap aksi final malam ini sebagai medan pertarungan yang baharu bagi mereka.

“Lebih baik para pemain melupakan kemenangan ke atas Indonesia sebelum ini. Saya tidak mahu mereka ghairah dan dibuai dengan kejayaan lalu.

“Aksi esok (malam ini) sudah pasti berbeza dengan aksi peringkat kumpulan. Indonesia sudah pasti mahu membalas dendam,” jelas Kim Swee ketika ditemui pemberita di Hotel Sultan di sini semalam.

Menjelang aksi malam ini, Kim Swee menerima berita kurang menggembirakan apabila lima tonggaknya - Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria - berada dalam senarai kecederaan.

Yang pasti, Kim Swee tidak dapat menurunkan tiga pemain iaitu Izzaq yang mengalami kecederaan di bahagian lutut, Fandi dan Wan Zaharul Nizam (ham- string).

Nasib Syahrul Azwari dan Irfan pula belum diputuskan lagi kerana mereka masih berada dalam situasi keraguan, sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya.

Biarpun terpaksa menelan hakikat tidak dapat menurunkan beberapa tonggak utamanya, Kim Swee mengakui, beliau sudah mempunyai gambaran kesebelasan utama yang akan diturunkan nanti.

“Saya masih mempunyai beberapa pemain simpanan yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain yang cedera. Beberapa pemain simpanan merupakan pemain yang versatil yang boleh beraksi di sebelah kiri dan kanan.

“Bagaimanapun, ini sahaja pemain yang saya ada selepas beberapa pemain utama saya mengalami kecederaan dan tidak boleh beraksi,” tambah Kim Swee.

Dengan Izzaq, Fandi dan Wan Zaharul Nizam tidak dapat beraksi, Kim Swee dijangka membuat sedikit rombakan dengan membariskan Yong Kuong Yong mahupun A. Thamil Arasu yang mampu beraksi di posisi sayap kiri dan kanan.

Mengenai kekuatan Indonesia yang sengaja menyimpan ‘kuku’ ketika aksi terakhir peringkat kumpulan, Kim Swee berkata, benteng pertahanannya yang diterajui Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas dan Mohd. Asraruddin Putra Omar berwaspada dengan tiga serangkai Indonesia, Patrich Wanggai, Titus Bonai dan Octovianus Maniani.

“Sudah tentu saya harus tahu tentang kekuatan Indonesia. Tiga pemain mereka, terutamanya di sebelah sayap kiri dan kanan (Octovianus dan Titus) harus dikawal ketat.

“Bagi mengimbangi corak permainan lawan, saya harus mengambil risiko. Sebelum ini, saya telah mengambil risiko, jadi saya akan mengambil risiko terakhir.

“Paling mustahak, para pemain negara harus mengimbangi kekuatan Indonesia dan saya harus mencari pemain yang boleh mengatasi kelajuan kedua- dua pemain sayap Indonesia itu,” katanya.

Sedar kilauan emas semakin hampir berada dalam dakapan, Kim Swee menuntut komitmen dan semangat juang yang tinggi daripada anak-anak buahnya sekalipun mereka dimamah rasa penat.

“Kita sudah mara ke final, sudah tentu kita mahu pertahankan pingat emas. Ia merupakan emas yang cukup berharga jika kita dapat menewaskan Indone- sia di gelanggang sendiri,” ujarnya.

Related Posts

14 Responses to Malaysia vs Indonesia [Final Sukan SEA 2011] LIVE TV1, TV3, Astro Arena

  1. Cayalah Malaysia!Harap Malaysia Akan Kalahkan Garuda hidung Besar

  2. Penyokong yakin HM boleh menang mlm ni…..Harimau gomo parok garuda mlm nie….Insyallah

  3. Jika nasib menyebelahi kita, emas adalah milik kita
    selamat berjuang..

  4. Semoga Malaysia bermain dengan penuh semangat juang. Pasukan Indone-sia sudah pasti tidak mahu kalah dengan sia-sia. Ayuh, Malaysia. Jangan gentar walaupun banyak provokasi media dan penyokong Garuda di sana. Jangan terperangkap dalam sangkar Garuda. Malaysia Boleh!!

  5. Salam 1 Malaysia,

    Bukti yg jelas dan nyata,semangat Fighters HM tidak mudah pudar..Jangan berhenti berlari,mengejar dan menyusun strategi walaupun kita mendahului atau ketinggalan.Serang habis-habisan pada 10 minit pertama dan jgn biarkan Kosong di kawasan tengah..Insyaallah Harimau Malaysia akan JUARA !!!

  6. Malaysia bolehh….!!!!!main lah dngan bsungguh2..jngan mudah pts asa HM..kna jaga emosi k…jngan takut dngan pyokong sang garuda tu….kmi kat sini smua sokong HM..!!!bjuanglh bmati-matian…harumkan nama tanah tumpah darah kta ni…huh…

  7. huhu..dah 1-1. cayalah asaruddin. tandukan emas tu. hehe..

  8. Hampeh….. Indon main kasar dan pengadil terang2 berat sebelah. Peluang banyak tapi finishing kurang tajam. Apa pun tahniah utk semua pemain terutama Baddrol dn Asra. Malaysia boleh. Auuuuuummmmmmmmmmmm……..

  9. Celaka penyokong2 Indon sebab menghalang bas HM. Diaorang nak main sukan tp x gentle….. Benci dan muaknya aku

  10. Berapa score setakat ini antara malaysia lwn indon??boleh sesiapa update??

  11. Tahniah Malaysia, tahniah Harimau Muda! terbukti anda memang hebat!

  12. M’sia Boleh!!! MMg Dah Agak!!! We Can Be d’best!!!!

  13. yuhuuuu….champion again…confirm de indon2 yg xleh tdo mlm ni….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>