Presiden FAM kecewa prestasi Harimau Malaya
Kekecewaan Sultan Ahmad Shah buktikan luahan Annuar Musa 9 bulan lalu tepat
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah kecewa dengan prestasi skuad Harimau Malaya pada siri perlawanan persahabatan, menjelang Piala AFF Suzuki 2012 yang bermula Ahad ini.
Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, baginda menyatakan kekecewaan itu ketika mengadakan pertemuan selama tiga jam dengan skuad kebangsaan di Wisma FAM di Petaling Jaya semalam.
“Semalam, Sultan Ahmad Shah berjumpa dengan skuad kebangsaan dan mengadakan perbincangan daripada hati ke hati bersama pemain serta turut meluahkan kekecewaan terhadap prestasi pemain yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.
“Bagaimanapun, baginda masih yakin dengan kemampuan skuad kebangsaan di bawah ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pengumuman Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Piala AFF Suzuki 2012 di Angkasapuri di sini, hari ini.
Pada aksi persahabatan sebelum ini, skuad Harimau Malaya tumpas 0-1 kepada Vietnam, 0-2 kepada Thailand dan masing-masing seri 1-1 ketika bertemu Hong Kong dan Bangladesh.
Hamidin percaya kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan skuad Harimau Malaya menjalani latihan dan memberikan kata-kata semangat di padang Wisma FAM semalam juga akan mendorong pemain menampilkan aksi terbaik pada kejohanan itu.
Beliau juga berharap penyokong dan peminat bola sepak tempatan akan terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada saingan itu.
“Sudah tentu untuk meraih kejayaan, pasukan memerlukan sokongan daripada penyokong. Saya berharap sokongan itu diberikan sehingga ke perlawanan terakhir.
“Saya yakin dengan kemampuan pemain…dengan bermain di tempat sendiri di tambah dengan sokongan rakyat Malaysia, tidak mustahil kita mampu merangkul kejuaraan,” katanya.
Malaysia yang merupakan juara bertahan akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura Ahad ini, berdepan Laos pada 28 November sebelum menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.
- Bernama
November 22, 2012 - 11:33 pm
3 hari lagi nak start AFF, lambat betul nak sedar situasi FAM ni, kalau dulu kritikan TSAM tu diambil dari sudut positif alangkah elok. Anyway aku ucapkan selamat berjaya untuk HM!
FAM perlu perubahan akar umbi, jangan terer mendenda sahaja.
November 23, 2012 - 7:50 am
Presiden FAM kecewa prestasi Harimau Malaya
Kami rakyat Malaysia pun kecewa prestasi keseluruhan kepimpinan FAM
November 22, 2012 - 11:33 pm
Saya ni kesihan tgk pemain asyik disalahkan.. takde pulak FAM nak salahkan rajagopal.. Pada situasi ini rasanya penonton ramai diperlukan utk semangat pemain..
namun sokongan berkurang kerana ramai peminat kecewa dgn MR rajagopal.. So kemenangan ada disebabkan keserasian dan sokongan bukan.. taktikal rajagobal saja..Malaysia pasti kalah tanpa penyokong jika lawan singapore nanti…kerana tanpa harapan dan doa rakyat malaysia….
November 23, 2012 - 12:23 am
Bagi aku orang pertama yg patut dipersalahkan ialah bapak presiden FAM dan yg kedua Gobal……kalah pd Sing nnt dua-dua boleh belah……aku dh benci tengok muka hantu dua org tue…..
November 23, 2012 - 12:35 am
Italy pun alami kekalahan sebelum euro2012,kata king gopal..apada..
November 23, 2012 - 1:04 am
meme la bru sedar psl sibuk dk lyn si pegampu.kalu dgr ckp org cerdik pandai mcm TSHAM drp dulu lgi ,tkan jdi mcm skrg ni…tpi skrg ni bkn masa nk salahkan sapo2 dah(san gupal tetap bsalah)kta patut cri penyelesaian…caranya senang je.pecat la san gupal ganti la dgn sapo2 saja asal jgn san gupal….
November 23, 2012 - 2:12 am
antara dua raja ni aku tak berani komen.
November 23, 2012 - 2:21 am
Kesian Tuan Presiden, dah senja baru nak sedor, Org lain sedor masa matahari baru nak naik lagi.
November 23, 2012 - 8:32 am
Apa pula nada Presiden kira nya cabaran harimau malaya kali ini berkubor di peringkat kumpolan aja.Kita tahu komen dia masa itu.Orang pertama terima hukoman ialah si juru latih.Presiden dan kuncu2 nya selamat. saperti biasa.
November 23, 2012 - 8:52 am
OK la ….lupakan saja perkara yg lalu ..kita tumpukan perlawanan akan datang dan berikanlah sokongan pada harimau malaya.Penuhkan stadium..demi maruah negara malaysia.
November 23, 2012 - 9:55 am
Kerana SAYANGkan Bolasepak Malaysia lah ramai yang tidak berapa nak sokong Team Malaysia sekarang. MEMANG lah sepatutnya kita kena sentiasa sokong tak kira ketika menang @ kalah..Tapi demi untuk lihat masa depan bolasepak Malaysia tidak terus terpelosok maka lebih baik tak sokong sekarang supaya FAM direvolusikan sepenuhnya dengan kuasa rakyat..
November 23, 2012 - 10:40 am
HAHAHAHA TULAH DULU TSAM DAH BAGITAU PASAL PRESTASI SEMASA… KORANG GANTUNG DIA…. SKRG… BARU TAHU HAKIKAT SEBENAR… HAHAHAHAHA
November 23, 2012 - 12:11 pm
Fam baru nak sedar. aku harap team msia kalah semua game dlm AFF. baru semua org atas FAM sedar diri dan letak jawatan. Demi masa depan bolasepak msia.
November 23, 2012 - 2:09 pm
patutnya tajuk berbunyi ” Presiden FAM kecewakan peminat setia Harimau Malaya”
November 24, 2012 - 1:15 am
Udah2 la tuanku Presiden… beri peluang pada yg mampu dan berkarisma…
November 24, 2012 - 10:00 pm
Tuan presiden
Jangan kecewa dgn harimau malaya. Kecewalah dgn diri sendiri dahulu. Jadi presiden tapi tak tahu nak buat HM jadi bagus …. Salah siapa yeee? …. Pertama presiden salah … Kedua naib presiden salah … Last sekali coach salah…. Player tak salah kerana mereka bagus tapi pengurusan yg buat jadi begini kerana tak mahu berubah …. Ada org yg nak mengubah FAM (TSAM) dibuangnya …. Kerana takut periuk nasi sendiri tergadai …. Sekarang yg ada dlm FAM kepala tak dee isi saje … Sebab tulah HM hancur …. Fikirlah salah siapa … Fikirlah siapa yg buat kekecewaan ini …. Jawapanya PUCUK PIMPINAN FAM yg diterajui oleh Presiden sekarang
November 25, 2012 - 11:07 am
Demi kedaulatan sultan …. Dan nama baik sultan melayu ada baiknya tak payah ada dlm apa apa kesatuan. Jadi neutral utk rakyat. Baiklah serahkan jawatan dlm FAM pada rakyat. Kalau ada dlm persatuan akibatnya kalau tak berjaya macam macam kecaman dari rakyat. Malu saya tengok sultan melayu dikecam rakyat. Demi nama baik tak payahlah pegang apa apa jawatan. Jaga agama, bangsa, negara cukuplah baru nampak kemuliaan sultan kita.