Isu ulat tiket cemarkan imej KAFA: Kelate.net
Penyokong Kelantan kejar penjual tiket final Piala FA
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) meluahkan rasa kecewa berhubung kekecohan yang berlaku ketika proses penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin.
Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, insiden tersebut sepatutnya tidak berlaku memandangkan Kelantan hampir setiap tahun beraksi di pentas akhir sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, insiden berkenaan bukan sahaja mencemarkan imej penyokong, namun pada masa sama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut menerima tempias tersebut.
Menurutnya, KAFA sepatutnya mengambil iktibar dari insiden yang berlaku sebelum ini bagi mengelak kejadian sama berulang kembali.
“Pada pendapat saya insiden ini dapat dielakkan jika KAFA mengumumkan jumlah tiket perlawanan akhir yang akan dijual di Kota Bharu.
“Melalui cara ini, para penyokong yang hadir untuk membeli tiket dapat mengetahui jumlah tersebut, sekali gus mengelak timbulnya persoalan berhubung penjualan tiket berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Suasana kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad IV, kecoh selepas penyokong Kelantan berang apabila mengetahui tiket perlawanan akhir tersebut habis dijual dalam tempoh lima minit.
Keadaan tersebut menyebabkan penyokong yang beratur seawal pukul 6.30 pagi untuk mendapatkan tiket tersebut hampa dan menimbulkan rasa kurang senang mereka.
Keadaan bertambah tegang, apabila pihak perbadanan stadium mengumumkan semua tiket perlawanan akhir Piala FA sudah habis terjual kira-kira pukul 10.30 pagi.
Penyokong Kelantan bertambah berang, apabila tiket tersebut dijual secara terbuka oleh ulat tiket dengan harga lebih mahal sehingga RM80 sekeping.
Dalam pada itu, Mahizi mencadangkan supaya KAFA menjual semua tiket di kaunter bagi mengelak kejadian sama terus berulang.
Beliau percaya jika tindakan tersebut diambil, masalah ini mampu diatasi sekali gus memulihkan semula kepercayaan penyokong kepada KAFA.
“Inilah masa terbaik KAFA untuk membalas sokongan yang diberikan oleh penyokong sebelum ini dengan memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan tiket,” ujarnya. — Utusan
June 27, 2013 - 10:17 am
mcamana ulat-ulat boleh jual tiket awal
padahal hanya dijual di kanuter
SPRM & PDRM sila siasat
June 27, 2013 - 5:25 pm
siasat ulat hahaha? baik racun je terus
June 27, 2013 - 5:28 pm
lapa btl ulat2 tiket klate ni…
June 27, 2013 - 7:55 pm
Ulat lancau. Menyusahkan org la ulat2 ni.
June 27, 2013 - 8:02 pm
Gua nak tengok baki tiket bukit jalil ada ke tak ulat sampah ni lg. Shah alam ada.
June 28, 2013 - 5:10 pm
harap Kelate bagi kereta Mecerdes kpd Piya yg main bagus. Ingat JDT aje mampu.Cari penaja yg bagus2 macam mereka.
June 29, 2013 - 1:20 am
Kalau menang dapat la Audi Q7
Kalah kena baling ngan Baldi
2 TRW
1 JDT