Tengku Abdullah titah Rajagobal henti eksperimen pemain

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu jurulatih skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal berhenti mencuba-cuba pemain dan kenal pasti kesebelasan utama.

Baginda yang bimbang dengan prestasi skuad Harimau Malaya sejak kebelakangan ini juga mahu Rajagobal mengenal pasti punca pasukan negara kalah kepada Vietnam dan Thailand dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

“Ini satu kebimbangan dan saya berharap lain kali kalau ada perlawanan persahabatan di luar negara seharusnya kita membariskan pemain utama, cukup-cukuplah percubaan, apa yang lebih penting kenal pasti kesebelasan utama.

“Biarpun tidak semua bermain, sekurang-kurangnya sebahagian besar terlibat dalam perlawanan ini (persahabatan). Jika kita kerap tukar pemain, kita tidak akan dapat pemain yang serasi,” katanya.

Baginda yang ditemui pemberita pada Program Kayuhan Diraja Karnival Rakyat 2012, di sini hari ini, diminta mengulas mengenai prestasi merundum Harimau Malaya menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki 2012.

Malaysia yang kini berkedudukan ke-163 dunia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Singapura dan Laos, sementara Vietnam yang beranking ke-140 diundi bersama Thailand, Filipina dan Myanmar dalam Kumpulan A.

Mengulas lanjut, Tengku Abdullah berkata baginda memahami taktik Rajagobal yang tidak membariskan pemain utama ketika perlawanan persahabatan adalah untuk mengenal pasti pemain.

Namun kata baginda, pada masa yang sama skuad negara memerlukan kemenangan untuk memberi mereka momentum dan sokongan moral bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki.

“Saya rasa begitu banyak masa telah kita berikan untuk perkara tersebut tetapi dua kali kalah ini, merupakan satu kebimbangan untuk skuad Harimau Malaya terutama menjelang Piala AFF Suzuki,” katanya.

- BERNAMA

Video: Tan Sri Annuar Musa digantung 30 Bulan Kerana Komen Skuad Kebangsaan Malaysia

Bagaimana dengan komen Tengku Abdullah di atas? Ia adalah nada sama sebagaimana dinyatakan oleh seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang akhirnya membawa kepada penggantungan daripada aktiviti bola sepak selama 30 bulan atau 2 tahun setengah.

Ada berani Datuk Taufik bawa Tengku Abdullah ke Jatawankuasa Tatatertib untuk dibicarakan?

Related Posts

22 Responses to Tengku Abdullah titah Rajagobal henti eksperimen pemain

  1. sahih komen ini melepasi lembaga penapisan j/k tatatertib atas alasan komen tengku adalah titah yg wajib dipatuhi wakakaka…. karoot media dah fam

  2. Hah.. Tengku bola kritik tu.. Tak jatuh hukuman ke..? Bukan kah itu salah di sisi statut 88?

    • puak@sek kito … apa sebenar nama si india ni rajagobal atau rajagopal… kat kosmo rajagobal.. merata2 kat internet pun ada juga rajagopal.. hak mana betul…ish2..mcm keling pulak belit2..kat media…

  3. dalam ramai2 orang FAM Tengku Abdullah yg paling rasional.

  4. Dah terlambat tengku oi.. Tournament dah dekat ni..

  5. ape lg taufik…siasat lah.tengku abdullah buat statement kt media tu.mintak la tape temubual tu.ke hang takdak teluq.kecut punye..

    • Kau ni memang bodohla. Asyik-asyik pasal kelantan, takde benda lain ko, muak la wei.

      • kesian ak tgk si mangkuk ni…dari awal komen xde sebut pn pasal kelantan..diorng duk bangkit pasal individu yang kena gantung akibat pendapat yg jujur tentang bola sepak malaysia tapi kena gantung oleh FAM… tiba-tiba ko lak sebut pasal kelantan.. org yg macam ni jenis yg belum mumayiz lagi..pekiran x berapa nk matang.

      • Kau ni mangkuk ayung ke mangkuk tandas
        Kalau na jadi mangkuk pun biar la mangkuk yang Elok Elok
        Macam mangkuk tingat bole isi nasi Dan lauk pauk
        Mangkuk ooo mangkuk

        • Gua sokong Tengku and gua sokong Annuar Musa..hari tu pun dia nak jd org tgh settle hal FAM dgn Annuar Musa…masalahnya FAM punya JKKKKKK(makan karipap time meeting ni) yg bodo bangang…penakut…kalo dah hebat sgt ambik la tindakan kat tengku biar fair and square…kalo berani la kalo tak apa alasan?tengku pun aku rasa happy kalo TSAM punya hukuman kena tarik balik

        • Kalau dah mangkuk tu mangkuk jugak.

      • Dulu kau man laksa busuk sekarang menyamar jadi mangkuk jamban.

  6. si mangkuk nie memang BODOH…suka cari fasal.

    • kelantanla bodoh, sebok dgn tsam, mcm bagus sgt. umno pulak tu, kata sokong pas. bodoh punye kelantun

      • Oiiiiiii mangkuk tandas, tadi org x sebut pun pasal kelantan, ko yg kuarkan cerita kelantan. Sekarang ni org x sebut pun pasal parti, ko pulak yg beria sebut pasal pas/umno. Ko ni bingung ke ape? Ko ingat pemikiran org negeri lain mundur @ ‘ortodok’ cam pemikiran org negeri ko ke???? Haakkkk Tuuuuuiiiiiiii……

  7. Raja gopal asyik eksperimen tu sbb dia pilih pemain yg tak hebat. Selepas latihan baru pemain tu terus jadi hebat tapi yang sedih nya tak hebat juga. Jadi jawab nya lingkup la. Kita tengok team msia yg dulux diwakili oleh pemain sngor saja sbb team tu johan piala msia ini pilih player dr liga bawah jawab nya …..hi…hi…bye….bye ler

    • dulu juara aff mana ada semua pemain slangor.. apek, amar rohidan, mat yo, fadzli shas, mahali, kunalan, muslim, zaquan.. sori sket.. rajagopal tau la apa yg dia bt.. pd pndpt aku la.. ok gak.. try ramai pemain.. nt bla tournement.. ada yg injured.. pemain yg gnti 2 at least sm level.. lg pn rajagopal bt eksperimen pemain yg sma gak.. cuma 1st eleven je lain2.. phk lawan pn pening gak.. nk tau klebihan @ klemahn pemain2 negara.. so diorg kna kaji semua bkn 11 je.. pdapat aku la..

  8. Rajagubal says; CUBAAN, CUBAAN, CUBAAN….berapa banyak engkau punya cubaan sebijik mcm cerita P.Ramlee.

  9. Si mangkuk tandas apahal sikit2 asyik babitkan kelantan. Anti sgt dia ni dgn kelantan ye. Biasanya sikap dengki, cemburu, sakit hati dll perasaan buruk hanya ada dekat IBLIS je. Ko menyalak lah kat dalam ni puas2 ye.

    • mmg mangkuk nie.. jenis jawa selangor tu kurang ajar.. kita msk dalam topic group selangor dia halau diskas pasal sel..apa boleh buat dgn mangkuk ni.. berdoala2 biar jd baik atau hile.. terus dr soketnet…

  10. Pingback: » Apa pendirian FAM terhadap teguran Tengku Abdullah? | Sokernet

  11. Pingback: » Tengku Abdullah berhak menyuarakan pendapat - Azzuddin | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>