Malaysia perlu dua gol tanpa bolos

PERTAMANYA, perlu menang 2-0. Yang KEDUAnya, benteng pertahanan harus diperkemaskan.

Jika kedua-duanya dapat disempurnakan dengan baik, Harimau Malaya akan menjejak kaki ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014. Pastinya kejayaan tersebut terpahat menjadi satu sejarah baru dalam bola sepak negara.

Misi untuk mendapatkan dua gol mungkin bukan tugas berat buat anak-anak didik Datuk K Rajagobal itu tetapi yang dilihat agak membimbangkan adalah benteng pertahanan.

Ia boleh dikatakan agak rapuh dan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, mereka terlalu mudah dibolosi.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahagian pertahanan merupakan posisi paling lemah dalam skuad Harimau Malaya.

Rajagobal sendiri pun tidak mengetahui puncanya. Pemain yang diberi peranan mengawal jentera pertahanan bukannya kurang pengalaman. Mereka ada kualiti.

Mereka ada keyakinan dan mereka juga memiliki semangat juang yang tinggi. Tetapi macam ada yang tidak kena, khususnya pada aksi menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu lalu.

Macam-macam andaian dibuat terhadap kelemahan itu, namun yang jelas, watak utama di jentera pertahanan itu agak hilang fokus. Puncanya adalah kelemahan mental.

Ia memang biasa berlaku khususnya kepada pemain muda yang belum cukup ilmu di pentas antarabangsa. Keghairahan untuk meraih kemenangan juga boleh menjadi faktor menjejaskan mental mereka dan akibatnya, fokus terhadap permainan hilang.

Bila ia berlaku, mereka akan mudah hilang arah seperti yang berlaku pada aksi menentang Singapura, Sabtu lalu. Selepas Malaysia berjaya merapatkan jurang kepada 3-4 setelah ketinggalan 1-4 pada separuh masa pertama, keadaan menjadi semakin rancak.

Keghairahan mengatasi segala-galanya sehingga barisan pertahanan mula hilang fokus dan arah ketika kembali diasak pemain Singapura.

Sepatutnya, pertahanan negara terus mengekalkan sikap tenang untuk mengawal keadaan tetapi sebaliknya yang berlaku. Gol-gol yang dijaringkan oleh pemain Singapura pula terlalu muda.

Kadang-kadang prestasi penjaga gol juga boleh menjejaskan semangat barisan pertahanan. Tiga gol mudah pada aksi menentang Singapura yang gagal diselamatkan oleh Sharbinee Allawee juga boleh menjadi punca melunturkan semangat.

Apa pun, yang cukup jelas ialah jentera pertahanan memang terlalu longgar dan ia harus diperkemaskan segera dalam usaha untuk mencapai misi mencari kemenangan 2-0 di Bukit Jalil, Khamis ini.

Perlu diingat, barisan pemain Singapura tidaklah sehebat mana tetapi kelebihan yang ada pada mereka ialah bijak menyambar peluang.

Pantang ada peluang, pasti dirembat ke gawang lawan, dan pemain Harimau Malaya perlu mengawasinya dengan bijak. Kalau tiga gol berjaya diledak di Kota Singa, Bukit Jalil bakal menyaksikan rentak yang lebih garang daripada Harimau Malaya.

Tiada yang mustahil, lagipun jentera serangan skuad bimbi- ngan Rajagobal itu dilihat agak konsisten menggegar gawang lawan.

Ketiadaan Safiq Rahim pada aksi kedua ini selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan Sabtu lalu, mungkin agak menjejaskan perancangan yang bakal digunakan oleh Rajagobal.

Tetapi berdasarkan aksi pada separuh masa kedua di Stadium Jalan Besar itu, Amirulhadi Zainal mampu menggalas watak yang dimainkan oleh Safiq.

Cuma yang perlu diperkemaskan adalah jentera pertahanan yang memang sangat membimbangkan. Apa pun yang akan berlaku, Harimau Malaya perlu menang tanpa dibolosi lawan.

Editor Sukan Kosmo

Misi elak dibolosi sebarang gol

SKUAD kebangsaan bakal menggalas misi penting menjelang perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura, Khamis ini iaitu ‘tidak bolos sebarang gol’ dan pada masa yang sama mencari gol untuk mencari kemenangan.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengurus Harimau Malaya, Datuk Subahan Kamal selepas mengadakan perbincangan dengan skuad kebangsaan sebaik sahaja mereka tiba dari Singapura, kelmarin dan perjumpaan khas bersama keempat-empat pemain pertahanan semalam.

“Saya memberi nasihat kepada pemain supaya kita langsung tidak melepaskan sebarang gol dalam masa yang sama mencari ruang terbaik untuk mencari dua gol bagi menyamai agregat dan layak atas kelebihan gol di tempat lawan,” katanya di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden FAM menegaskan, jika kita mahu menempah laluan ke pusingan seterusnya pemain tidak boleh memberi ruang buat pasukan Singapura untuk menjaringkan sebarang gol,

“Sebagai pengurus pasukan saya juga masih menaruh harapan kepada keempat-empat pemain pertahanan yang beraksi Sabtu lalu, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan Mahali Jasuli.

“Mereka telah membuktikan keyakinan ketika menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF, saya harap jangan ada pihak yang cepat melenting, saya masih yakin dengan kemampuan mereka,” katanya.

Ditanya mengenai peluang Khairul Fahmi Che Mat untuk beraksi Khamis ini, Subahan berkata, mungkin penjaga gol Kelantan itu akan diturunkan tetapi fokus utama adalah di bahagian pertahanan.

“Khairul Fahmi seorang penjaga gol yang baik, ketika di Singapura dia masih dihantui kecederaan bahu yang dialami ketika saingan Piala FA, saya harap siapa yang diturunkan dapat beraksi cemerlang nanti,” katanya.

Utusan Malaysia

Related Posts

8 Responses to Malaysia perlu dua gol tanpa bolos

  1. Ganti je smue pemain2 ptahanan HM tu dgn pemain2 ptahanan Selangor spt Khairul Anuar Baharom, K.Gunalan, Nasriq Baharum n Asfarudin Putra..keeper plak tukar pkai Keeper Selangor Iqbal Suhaimi..pasti HM akn bjaye utk kalahkan Spore Khamis ni..Muehehehe

    • yerr..btol tu gergasi..statement dn strtegy drpd en gergasi nih semer betol belake..

      • gergasi betol betol??

        yerr.. btl tu gergasi dan gergasi betol..semer btol blake, sbb tu Selangor slalu kalah dgn Kelantan skrg ni kn….muehehehe

    • ngn kelantan kena tibai 5-1…mau nak letak player selangok ramai2 yea…jadi belacan je la t

    • bukan nama sebenar

      nama jer gergaji tp gaya macam pondan

    • Sembang bleh la..Ble atas pdg mcm bdk2 kg je player SEL main,sbb tu la pnyokong die jd tknan cm Gergasi tu.Haha..

    • anti gergasi yang bangang

      sebab pemain selangor pandai sgt maen bola smpai penyokong sendri pun lari dr stadium … stadium besar… tp penyokong lak xramai….
      semua jd gila tgk pemain selangor maen…
      termasuk gergasi sendri kn…
      cz 2 la gergasi ad pnykit mental…
      kecian…
      da la ckap sal selanor ek…
      memalukan orang selangor n player selangor jer…
      cz ad pnyokong y skit mental cm nh….
      muehhheehehe….

  2. statement gegrgasi mcm jose mourinho la…tu yg yg kena 5 telor dgn bacelona..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>