Malaysia gagal pamer karakter juara

SKUAD negara gagal menampilkan karakter sang juara ketika hakikatnya membazirkan dua mata daripada mampu mengutip satu mata ketika sekadar seri 0-0 menentang Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Gelora Bung Karno, semalam.

Jelas pencapaian agak hambar juara bertahan itu melesetkan sasaran pengendali pasukan, Ong Kim Swee namun dia tetap lega kerana barisan pertahanan diterajui Muslim Ahmad bekerja keras memastikan gawang negara tidak dibolosi.

“Memang kita bermula agak perlahan untuk tempoh 20 minit pertama tetapi selepas itu kita mengawal permainan hingga tamat,” kata Kim Swee yang turut mengakui ketumpulan jentera serangan menyebabkan banyak peluang terhidang gagal disempurnakan.

“Kami memang tidak mempunyai pilihan penyerang yang luas, tetapi dengan Syahrul Azwari (Ibrahim) yang baru berusia 18 tahun menunjukkan prestasi memberangsangkan, saya yakin dalam sedikit masa lagi dia akan menjadi penyerang berbisa.

“Walaupun seri saya tidak rasa misi mempertahankan kejuaraan sudah tersasar kerana masih ada baki tiga perlawanan. Saya yakin pemain akan memperbaiki persembahan dari masa ke masa.”

Kim Swee juga tidak mahu memperbesar-besarkan isu pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukannya apabila Fandi Othman dijatuhkan di dalam kotak pada babak kedua, sebaliknya merasakan anak buahnya perlu bekerja lebih keras dalam mencari peluang gol.

  • Video: Malaysia vs Singapura [Sukan SEA 2011] | Penalti Malaysia Dinafi Pengadil

“Dari pandangan saya, seharusnya sepakan penalti diberikan tetapi pengadil mungkin mempunyai pandangan berbeza dan keputusannya adalah muktamad.

“Saya tidak boleh mengharapkan penalti itu saja untuk memberikan kemenangan, pemain perlu berusaha mencipta lebih banyak peluang,” katanya. — Berita Harian

Related Posts

2 Responses to Malaysia gagal pamer karakter juara

  1. jgn persoalkan pengadil. Nnt FAM marah dan gantung jurulatih. Keputusan pengadil adalah muktamad dan kebal. Jgn sesekali salahkan pengadil walau sejelas mana pengadil buat silap. Pengadil kan ‘maksum’.

  2. Dalam Sukan SeA ini… jumlah gol yg kita boleh dpt rasanya mungkin 0… sebab striker memang…..:(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>