Malaysia sekadar seri tanpa jaringan dengan Filipina

Malaysia vs Filipina 0-0

MALAYSIA mengatur serangan bertali arus, namun penyudah tumpul memaksa skuad Harimau Malaya menutup aksi persahabatan dengan mengecewakan apabila sekadar seri tanpa jaringan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Malah, skuad Azkals membuktikan mereka kini bukan lagi pasukan belasahan apabila berjaya memberi tentangan sengit kepada anak-anak buah Datuk K. Rajagobal dengan mengikat juara Piala AFF Suzuki itu buat kali kedua dalam tempoh tiga bulan.

Malaysia sebelum ini turut diikat 1-1 dalam perlawanan persahabatan pertama di tempat lawan pada 29 Februari lalu. Dan, meskipun mendapat sokongan 10,000 sendiri di Shah Alam, mereka tetap buntu untuk menembusi gawang lawan dalam perlawanan yang berlangsung dengan laju.

Biarpun penamat yang diraih tidak seperti diharap, Rajagobal tetap memuji persembahan anak-anak buahnya yang dianggap memuaskan, terutama beberapa muka baru yang diberi peluang untuk membuat penampilan sulung.

“Keseluruhannya saya berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan kita. Berbanding Filipina, Malaysia lebih banyak mencipta peluang dan mengatur serangan, sedangkan lawan bergantung kepada hantaran bola tinggi kerana kelebihan fizikal yang dimiliki pemain mereka, selain sekali sekala melakukan sepakan percuma.

“Perlawanan malam ini benar-benar berkualiti tinggi. Kedua-dua pasukan menunjukkan tempo yang laju, malah ia adalah pertarungan fizikal. Ini adalah persiapan yang baik menjelang pertemuan dengan Singapura (di Stadium Jalan Besar, 8 Jun),” ujar Rajagobal.

Filipina yang muncul pasukan ketiga terbaik pada Piala Cabaran AFC 2012 baru-baru ini, bukan lagi pasukan lemah.

Kehadiran sekumpulan barisan pemain berpengkalan di Eropah yang mempunyai pertalian darah Filipina telah menukar corak permainan mereka.

Skuad yang dikumpul Rajagobal untuk aksi persahabatan kali ini dilihat terbaik dan merupakan bayangan yang bakal menggalas misi negara pada Piala AFF nanti. Hampir sebahagian besar pemainnya adalah anggota yang mencapai kejuaraan pada 2010.

Tanpa perlu mengambil kira tahap persembahan Filipina, Malaysia patut menilai mutu permainan sendiri.

Corak permainan yang dipamer pada separuh masa pertama agak hambar dengan barisan pertahanan gugup, jentera tengah yang dikemudi Safiq Rahim dan K.Gurusamy kurang efisien dan tidak kreatif.

Malah, pasangan penyerang, Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang digandingkan buat kali pertama sejak perlawanan menentang Australia, agak tumpul mendapatkan penyudah.

Seawal minit pertama, Harimau Malaya hampir dihukum apabila bek kiri, Mohd. Azmi Muslim nyaris menghadiahkan gol awal buat pelawat berikutan kelalaiannya membuat hantaran belakang kurang kemas kepada penjaga gol, Mohd. Farizal Marlias yang mujur sempat menampan bola itu sebelum disambar penyerang lawan.

Filipina sebaliknya, dilihat mempunyai lebih inisiatif dalam melakukan serangan cuma mereka kurang berkesan apabila menjangkaui suku ketiga padang kita.

Meskipun bangkit dengan aksi lebih bertenaga pada babak kedua, Malaysia tidak berupaya menjelmakan peluang yang dicipta kepada jaringan. — Utusan

Related Posts

9 Responses to Malaysia sekadar seri tanpa jaringan dengan Filipina

  1. Rajagopal punya selection mcm haram. Alih2 muka sama je yg main walaupn performance peringkat liga mcm taik. Player mcm azmi muslim tu baik xyah main kalau main camtu. Jentera tengah main mcm bdk sekolah. Dua2 ekor player selangor yg xkreatif.

    Kita nk tgk prmainan yg ada kreativiti dn menarik bkn long ball memanjang. Adoi..

  2. janji player slangor…mesti dpt selection pny..

  3. Dh terbukti kalau pemain tengah, yg paling kreatif ialah pemain kelantan dn terenganu. Sbb tu kelantan byk skor dlm liga. Tp sekor pemain tgh kelantan pn xditurunkn. Pemain terngganu langsung xda dlm senarai

    Mcm mana kau pilih pemain rajagopal woi! Apsal smpai 4 org pmain liga perdana boleh main skuad kebangsaan? Apsal kau anaktirikan pemain kelantan, tganu ngn tteam? Kau pn bangang mcm mat shah jugak ke? Mcm mana striker pahang bleh main plak? Pakai cable negeri pahang ke apa?

    Org peminat bodoh ke

  4. Kalau mcm ni mentaliti coach ngn FAM, x hingin aku nk sokong lagi. Apa kriteria pemilihan pemain kebangsaan?

    Di Sepanyol, majoriti pemain kebangsaan trdiri dp pemain barca ngan r.madrid sbb pemain yg bagus dtg dp kelab yg bagus. Kalau di malaysia, sepatutnya pemain kelantan ngn trengganu la.

    Sbb tu Sepanyol skuad kebangsaan dia xramai dtg dp kelab mcm getafe, santander atau mallorca. Tp kt malaysia player selangor, N9, performance dlm liga mcm taik pn boleh main kebangsaan. Walau dlm liga dok pertengahan je. So, mcm mana nk bentuk skuad yg bagus?

    Benda basic mcm ni smua org boleh baca la. Mcm la org tak tau FAM ngn coach select player ikut selera politik. Sbb tu main tak berkat, main mcm taik. Korang tgk la sendiri brapa ramai yg dtg tgk smlm. Tu pn xleh pk ke.

  5. sabar…sabar semua saya sedang mencoba pemain ni.untuk game yang akan datang saya bercadang untuk mencoba pemain dari liga FAM pula.Mungkin ada diantara pemain dari liga itu yg serasi dengan pemain yang lain.harap bertenanag dan berfikiran poitif semua.

  6. positif pn biar bertempat~~hahaha….jom kita eksperimen pemain2 lain…mungkin bakat diorang xterserlah lg…liga FAM bgs tuuu~~haha

  7. Man lakso:..jgn ko nak merendahkan kbolehn pemain lain..jgn puji pemain kelantan jo..si nurshahrul idlan talaha mlm tu..3 kali dpt peluang..tapi gol langsung x masuk..ape tuh..kemasukan s.chanturu pun langsung tiada kesan..

    • kawe rasa tu bukan salah mat yo.. salahnya si gopal.. cubalah pikir kalau piya paSSING maybe gol.. dah biasa main bersama.. inilah puncanya takde keserasian..individu.. kalau nak menang carilah try ambil 5 orang dari satu team sama untuk menyerang.. .. Stail Gopal pulak… yg bagus msuk sekejap ,si bodoh.tak berjaya dlm malaysia masuk lama.. ambillah piya jadi kapten..Ada berani ko..gopal…

    • Dh mmg trbukti pemain2 kelantan ngn tganu bagus. Nak kata apa lagi. Mcm mana aku xmrendahkn kbolehan player lain kalau tahan bola pn mcm taik, passing bola meraban. Kau tgk la sendiri prestasi diorg dlm liga. Kau xsedar lg ke.

      Matyo main ok apa. Dia layak dberi man of the match smlm. Kalau ada midfield yg bagus mcm piya atau baddroll tentu bbrapa peluang utk dia sempurnakan.

      Chanturu main 10 minit je bro. Apa bleh kau expact dgn masa sikit cmtu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>