FAM belum bayar RM15,000 satu siaran langsung Liga Malaysia - TMJ
FAM belum tunai janji RM15,000 satu siaran langsung Liga Malaysia
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) melahirkan rasa hairan apabila mendedahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masih belum menerima dana RM15,000 satu perlawanan bagi hak penyiaran.
Tuntutan Tunku Ismail itu hadir selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan akan memberikan imbuhan tersebut kepada tuan rumah yang diberikan hak siaran langsung perlawanan.
Menerusi satu kenyataan rasmi, Tunku Ismail bertitah, baginda kesal kerana sehingga kini dana tersebut masih belum diterima oleh PBNJ.
“Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan pendapatan daripada siaran langsung perlawanan bola sepak oleh Astro.
“Saya dimaklumkan bahawa untuk setiap perlawanan yang ditayangkan secara langsung di televisyen, persatuan bola sepak tuan rumah akan menerima RM15,000.
“Sehingga kini, saya masih belum melihat satu sen pun daripada hasil tersebut,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah bersetuju untuk memberikan dana kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang menjadi tuan rumah untuk liputan siaran langsung, April lalu.
FAM mengumumkan insentif itu menerusi Mesyuarat Exco FAM, dana bernilai RM15,000 akan diberikan kepada tuan rumah manakala RM5,000 akan diserahkan kepada pasukan pelawat.
Untuk rekod, Tunku Ismail pernah digantung enam bulan dan didenda RM18,000 selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 Status FAM kerana mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan yang disifatkannya tidak mencapai standard yang diharapkan, Mac lalu.
Baginda antara lain menggesa FAM untuk mengkaji kelemahan tersebut agar mutu pengadilan dalam Liga M lebih efisien.
Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Ismail turut menyuarakan tentang mutu pengadilan perlawanan bola sepak tempatan.
“Pada masa kini, pengadil perlawanan bola sepak liga tempatan adalah berstatus semi-profesional dan dengan itu, boleh dikatakan berada pada tahap amatur.
“Oleh kerana menyuarakan berkenaan isu tersebut, saya telah didenda dan digantung.
“Ramai sebelum saya juga telah menerima nasib yang sama, semua kerana memberikan pendapat dan cadangan bagi mempertingkatkan mutu bola sepak negara ini,” ujar beliau lagi.
Tunku Ismail turut mempersoalkan tentang FAM tidak membenarkan persatuan-persatuan dan individu menyuarakan sebarang pendapat atau pandangan.
“Jadi, bagaimana saya hendak memberi pandangan dan berkongsi pendapat berkenaan hal- hal penting berkaitan bolasepak, jika FAM seolah-olah keberatan untuk bekerjasama?
“Saya telah menulis surat-surat kepada FAM termasuk surat berkaitan mutu pengadilan di negara ini, namun tidak mendapat maklum balas.
“Saya menyuarakan pendapat saya kepada media kerana rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui situasi sebenar.
“Bola sepak bukan suatu entiti persendirian milik mana-mana individu, ia adalah untuk semua lapisan rakyat,” titah baginda.
- Kosmo
Pingback: Pentadbiran FAM perlu beri penjelasan isu dibangkitkan TMJ, persatuan | Sokernet
June 7, 2013 - 2:22 pm
tahniah tmj..teruskan mengkritik fam..sptt nya mintak jugak dkt astro arena dan tv1..tp fam dh janji nk byr,janji harus ditepati
June 8, 2013 - 10:25 am
15 ribu sekali live.Cuba darab 12. Sebab tu kelab di EPL kaya2.Belum masuk penaja, jualan tiket ,t shirt dll.Begini rupanya orang bola berniaga.Modal sikit…masuk banyak.Harap pasukan Kedah akan buat yg serupa tahun depan.
June 7, 2013 - 2:46 pm
Kalau org lain cakap
Dah Kena tu
June 7, 2013 - 5:13 pm
Lima belas ribupun berkira ke?????Kata banyak duit!!!!!!
June 8, 2013 - 9:04 am
Ko ni sengal ke ape? Ni bkn psl duit dia, ini duit PBNJ. Kalo xde org yg ckp, sape lg nk ckp? TMJ tu mmg la bnyk duit tp hak tetap hak!!!
June 8, 2013 - 10:26 am
Apa ni FAM, 15 ribu pun nak kaut
June 11, 2013 - 3:20 pm
Mat, ko tau ke x yg team lain pun tah2 xdpt duit lg. cuma takut nk ckp. ni dah kira ok la wakil..bodo ko ni ni..
June 11, 2013 - 8:20 am
Alamatnya lepas ni kurangla siaran langsung yang membabitkan johor. Hal yang sama pernah berlaku pada kelantan tahun lepas. Inilah bolasepak malaysia.
June 11, 2013 - 3:18 pm
xpyh siaran langsung game johor pun xpo. cuma RTM kena igt, ramai artis dah naikkan RTM ialah warga johor. dan yg memusnahkan lagenda rock pun ialah RTM. jgn dinilai pemusnah utk bola pulok dah la yer RTM…..
Pingback: Bayaran siaran langsung: FAM akan selesaikan tunggakan musim 2012 dulu | Sokernet
June 12, 2013 - 5:23 pm
FAM bila la berubah… sedeyyy!