England uji Scolari, Brazil
Brazil vs England | Persahabatan Antarabangsa | 3 pagi Isnin
Luiz Felipe Scolari yang membimbing Brazil menjuarai Piala Dunia 2002 akan membawa anak didiknya turun ke gelanggang keramat di Stadium Maracana menentang England, hari ini (3 pagi Isnin waktu Malaysia).
Sejak muncul semula selaku pengendali pasukan menggantikan Mano Menezes, akhir tahun lalu, rakyat negara yang gilakan bola sepak itu banyak berharap lelaki ini boleh mengubah status mereka di peta dunia.
Scolari bakal berdepan ujian getir apabila pasukannya beraksi dalam Piala Konfederasi di laman sendiri, bulan ini sebagai persiapan memburu gelaran keenam Piala Dunia 2014 dan gambaran dapat dilihat apabila dia bertemu Three Lions lawan yang menewaskan Brazil 2-1 di Wembley, Februari lalu.
Selepas menentang England, skuad Brazil bertemu Perancis di Porto Alegre pada 9 Jun disusuli siri persahabatan menentang Switzerland, Portugal dan Argentina selepas tamat Piala Konfederasi.
Hodgson pertahan pemain
Penyerang, Neymar dijangka membuat kemunculan pertama untuk skuad kebangsaan selepas dia mengumumkan akan berpindah dari Santos untuk menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona.
Sementara itu, pengurus England, Roy Hodgson mempertahankan kemampuan anak didiknya selepas seri 1-1 menentang Republik Ireland 1-1 dalam siri persahabatan di Wembley, Rabu lalu.
Kami meniti landasan tepat ketika ini dan saya percaya akan hakikat itu. Orang lain ada pandangan berbeza dan mereka ada hak membuat penilaian masing-masing. Kami akan tunggu dan lihat, katanya.
Perlawanan terakhir England di Rio adalah ketika perlawanan persahabatan pada 1984 dengan kemenangan 2-0 termasuk jaringan solo menakjubkan oleh bekas pemain sayap Liverpool, John Barnes.
Luahan Perasaan