Taufik: Akhbar silap lapor kenyataan Rajagobal

Rajagobal kritik FAM, tidak digantung

J/K Tatatertib FAM bebaskan Rajagobal dari dakwaan langgar Artikel 18

JURULATIH kebangsaan, Datuk K. Rajagobal terlepas daripada hukuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila didapati tidak bersalah melanggar Artikel 18 Statut badan induk bola sepak itu.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak kepada pemberita selepas bersidang hampir tiga jam di Wisma FAM, hari ini.

Taufek berkata, setelah meneliti pita rakaman diserahkan oleh Rajagobal, pihak jawatankuasa mendapati tiada kes melibatkan jurulatih berusia 56 tahun itu.

“Dan setelah meneliti pita rakaman yang dibawa oleh Rajagobal, kami berpuas hati dan mendapati dia (Rajagobal) tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian,” kata Taufek.

Tambah Taufek, “kenyataan yang dibuat oleh Rajagobal langsung tidak menyentuh mengenai polisi FAM dan dasar FAM sebagaimana yang dilaporkan oleh beberapa akhbar sebelum ini.”

“Jadi, kami membuat keputusan untuk membebaskannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai laporan akhbar tempatan yang mengeluarkan berita mengenai kenyataan Rajagobal yang mengkritik dasar FAM, Taufek berkata,”mungkin akhbar berkenaan tersilap memberikan tafsiran mengenai kenyataan Rajagobal.”

Pada masa yang sama, Taufek berkata, jawatankuasa tetap memberikan peringatan kepada Rajagobal supaya berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

“Berdasarkan peraturan Fifa, mana-mana jurulatih dibenar memberi kenyataan media selepas berakhirnya perlawanan.

“Tetapi dalam kes Rajagobal kita mempersoalkan kenyataan beliau sama ada bersifat permusuhan kepada FAM ataupun tidak… itu sahaja,” jelas Taufek lagi.

Rajagobal sebelum ini dilaporkan berkata kekalahan 1-4 skuad Harimau Malaya kepada Arab Saudi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam 17 Mac lalu disebabkan kekurangan sifat-sifat penyerang semula jadi dalam pasukan itu.

Beliau turut mengaitkan kekalahan skuad kebangsaan ekoran lambakan pemain import yang menjejaskan kualiti penyerang tempatan.

Related Posts

5 Responses to Taufik: Akhbar silap lapor kenyataan Rajagobal

  1. Cayangnya busuk-busuk adek pal,
    tqvm bang fek

  2. Fik
    Akhbar silap labor yeah ari tu
    FAM hari hari silap

  3. silap lagi….asyik FAM je betul

  4. Sudah dijangkakan awal-awal lagi. Semua skrip disediakan oleh makhluk2 perosak bolasepak negara… Hehehehe. X terkejut powwwnnnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>