Brazil, England seri 2-2 di Rio
Friendly: Brazil 2-2 England
Brazil hanya terikat 2-2 dengan England pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Maracana, Brazil jelas lebih menguasai perlawanan. Mereka juga lebih agresif dengan melepaskan 31 percubaan dengan 11 di antaranya yang berstatus on target.
Sementara England cuma melakukan tujuh kali percubaan dan hanya tiga yang mengarah ke sasaran.
Brazil terus menguasai perlawanan dari separuh masa pertama pertama. Pada minit ke-17, Neymar telah menguji Joe Hart dengan hebat.
Lima minit kemudian, Neymar terus mengasak benteng pertahanan England tetapi percubaannya dari luar kotak penalti tersasar.
Hart kembali diuji dengan menepis percubaan Oscar pada minit ke-29. Peluang Brazil untuk mencetak gol lewat Hulk juga masih belum membuahkan hasil selepas percubannya tersasar.
Brazil baru membuka jaringan pada minit ke-57. Rembatan Hernanes dari luar kotak penalti terpantul dan pantas disambar oleh Fred yang berdiri bebas untuk meletakkan Brazil 1-0 di hadapan.
10 minit kemudian, Alex Oxlade-Chamberlain yang masuk menggantikan Glen Johnson berjaya menyamakan kedudukan.
England berada di hadapan pada minit ke-79 selepas Wayne Rooney yang menerima bola dari James Milner melepaskan rembatan melengkung ke arah kiri atas gawang.
Hanya tiga minit selepas itu, Brazil yang enggan mengalah berjaya menyamakan keududkan hasil sumbangan Paulinho.
Luahan Perasaan