Match Report
Malaysia vs Hong Kong
Malaysia vs Hong Kong | 14 November 2012
Video Gol Malaysia 1-1 Hong Kong [KLIK]
**************************
Full Time: Malaysia 1-1 Hong Kong
m-90: Tiga minit masa tambahan.
m-88: GOLL. Jaringan Lam Hok Kei. Malaysia 1, Hong Kong 1.
m-87: Wan Zack kad kuning.
m-86: Azmi Musim in. Zubir out.
m-80: Safee Sali kad kuning. Lee Chi Ho (Hong Kong) dilayang kad kuning kedua.
m-74: Mahali in. Bunyamin out.
m-61: Shakir in. Amar Out.
m-58: GOLLL! Safee Sali.
m-46: Gopinathan in. Kunanlan out.
Tamat 45 minit pertama: Malaysia 0, Hong Kong 0.
m-41: Wan Zack in. Azamuddin Out.
m-34: Malaysia free kick.
m-33: Kad kuning untuk Lee Chi Ho.
**************************
Rajagobal fokus tewaskan Hong Kong
Kalah kepada Vietnam dan Thailand, Harimau Malaya yang terluka mahu mencari kemenangan semangat menjelang Piala Suzuki AFF apabila berdepan Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.
Malahan jurulatih Datuk K. Rajagobal sanggup mengorbankan perayaan Deepavali semata-mata mahu memberikan fokus kepada perlawanan hari ini.
Menyedari Hong Kong akan turun dengan misi menebus kekalahan 0-3 di tempat sendiri pada 16 Oktober lalu, Rajagobal menagih para pemainnya mempamerkan karakter sebenar bagi mencari kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
“Perlawanan ini cukup penting sebelum Piala Suzuki AFF bermula dan biarpun ini cuma aksi persahabatan, kami tetap mahu mendapatkan keputusan yang positif.
“Walaupun hari ini Deepavali, saya tidak fikir mengenainya. Saya masih di sini (Wisma FAM) kerana fokus saya adalah seratus peratus kepada pasukan bagi menghadapi Hong Kong.
“Pemain kena sedar mereka perlu bekerja keras menjelang kejohanan sebenar dan dua perlawanan persahabatan ini amat penting bagi mereka pamerkan yang terbaik, ” katanya.