Thailand vs Malaysia

vs
November 7, 2012
Score: 2 - 0

Match Report

Thailand vs Malaysia | 7 November 2012
7.00 malam, LIVE Astro Arena

Video Gol Jaringan Prayat Bunya [Thailand 1-0 Malaysia m-26]

*************

Full Time: Thailand 2-0 Malaysia

m-92: Zaquan masuh mengganti Safee Sali.

m-90: Lima minit masa tambahan.

m-85: Aidil dilayang kad kuning kedua dan diperintah keluar padang.

m-81: GGOL! Thailand 2 Malaysia 0. Thailand menambah gol kedua walaupun beraksi dengan 10 pemain.

m-77: Khyril Muhymeen masuk mengganti Mat Yo.

m-72: Thailand kehilangan seorang pemain akibat layangan kad merah.

m-70: Fakri Saarani, R Gopinathan dan Baddrol Bakhtiar dimasukkan.

m-65: Mahali Jasuli masuk menggantikan Zubir Azmi.

m-45: Tamat masa pertama. Thailand 1 Malaysia 0.

m-43: Norshahrul berjaya memperdaya beberapa pemain pertahanan Thailand namun gagal menterjemah kepada peluang gol.

m-26: GOL! Thailand 1 Malaysia 0. Prayat Bunya (32) menjaringkan gol pertama perlawanan untuk pasukan tuan rumah mendahului Harimau Malaya 1-0.

m-23: Thailand mendapat sepakan percuma berhampiran kotak penalti. Terselamat pintu gol Malaysia apabila bola terkena palang.

m-15: Aidil dilayang kad kuning.

m-8: Gary Steven Robbat menerima kad kuning.

*****************

Krisis benteng pertahanan melanda skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal apabila dua pemain tonggak, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Fadhli Shas cedera menjelang perlawanan persahabatan dengan Thailand di Bangkok malam ini.

Kecederaan dua pemain itu termasuk pemain tengah, Amar Rohidan dilihat menjejaskan persiapan skuad negara yang mempunyai misi besar mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang bermula 25 November ini.

Jadi pengganti

“Memang ramai yang mengkritik tindakan kami melakukan eksperimen dan menguji pemain sebelum ini, tetapi apabila berlaku kecederaan seperti ini, kita memang perlu mempunyai pemain yang cukup untuk menjadi pengganti.

“Sepanjang persediaan tahun ini, kami cuba memastikan setiap bahagian mempunyai beberapa pemain yang mampu beraksi sekiranya berlaku kecederaan.

“Ia perkara yang tidak dapat dielakkan apabila bersaing di peringkat kompetitif begini,” kata pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal.

Subahan berkata, keputusan positif menentang Thailand malam ini bakal meningkatkan moral kem negara selepas tewas 1-0 di tangan Vietnam Sabtu lalu, dan akan menjadi penanda aras kepada tahap sebenar skuad kebangsaan.
Mara ke separuh akhir

“Saya yakin kita akan mara ke separuh akhir dan Thailand antara calon pasukan yang bakal ditemui pada peringkat itu, selain Vietnam.

“Jadi dua perlawanan bulan ini penting untuk menilai kemampuan sebenar skuad kebangsaan.

“Pada perlawanan Sabtu lalu, terdapat beberapa kekurangan dalam skuad negara yang menjadi faktor kepada kekalahan tipis 1-0. Antaranya beberapa pemain masih keletihan akibat saingan final Piala Malaysia.

“Secara fizikal juga, kita masih lemah berbanding Vietnam yang bermain agak agresif. Pertemuan dengan Thailand esok (hari ini) juga bakal menuntut kekuatan mental dan fizikal tinggi pemain sekiranya mahu menang.

“Namun apa pun keputusannya, dua perlawanan ini cukup baik buat skuad kebangsaan sebagai persediaan menghadapi peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki nanti,” katanya.

Lineup

1. Mohd Farizal Marlias (GK)
5. Bunyamin Umar
7. Aidil Zafuan Abd RadzakYellow CardYellow CardRed Card
9. Norshahrul Idlan Talaha
10. Mohd Safee SaliYellow Card
15. Gary Steven RobbatYellow Card
16. S Kunanlan
17. Azammuddin Mohd Akil
18. Mohd Shakir Shaari
20. Muhammad Zubir Azmi
27. Mohamad Fadhli Shas

Subs

Amiridzwan Taj Tajudin
2. Mahalli JasuliSub20
3. Mohd Faizal Muhamad
8. Safiq Rahim (C)
11. Mohamad Azmi Muslim
13. Ahmad Fakri SaaraniSub17
14. Khyril MuhymeenSub9
17. Zaquan Adha Abd RadzakSub10
20d. Gopinathan RamachandraSub16
22. Khairul Fahmi Che Mat (GK)
23. Baddrol BakhtiarSub15