Berhenti merungut Rajagobal

Datuk M Karathu vs Rajagobal

BEKAS jurulatih kebangsaan, Datuk M Karathu menafikan kehadiran pemain import khususnya di posisi serangan menjadi punca utama skuad Harimau Malaya ketandusan penyerang.

Menyifatkan kenyataan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal, seolah-olah merungut dan menyalahkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang membenarkan pemain import beraksi, tidak seharusnya dijadikan alasan.

Karathu menjelaskan, peraturan itu baru sahaja diperkenalkan tahun lalu.

“Saya tidak nampak di mana silapnya, kedatangan pemain import sama ada dalam Liga Super mahupun Liga Perdana perlu bagi menaikkan taraf Liga
Malaysia.

“Beliau (Rajagobal) tidak boleh merungut hanya disebabkan perkara tersebut. Ramai lagi penyerang tempatan yang berjaya menggalas tugas mereka lebih baik berbanding penyerang import,” katanya.

Pandangan Karathu mungkin ada benarnya jika dilihat beberapa pemain tempatan antaranya Khyril Muhymeen, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Fauzi Roslan membuktikan ketajaman jentera serangan dalam saingan liga bola sepak tempatan.

Dalam perkembangan lain, bekas jurulatih Kelantan itu mahu peminat mengubah persepsi mereka terhadap Harimau Malaya.

Bukan menjurus kepada perubahan jurulatih, pemain mahupun soal pengurusan FAM, Karathu sebaliknya berkata, penyokong perlu berdepan hakikat sebenar prestasi bola sepak negara.

“Jangan letak harapan terlalu tinggi, penyokong semua tahu ranking Malaysia dan Arab Saudi jauh berbeza. Jadi mengapa perlu menafikan kekalahan itu?

“Kita menentang lawan yang standardnya jauh lebih tinggi. Saya bukan merendahkan kemampuan pasukan negara. Tetapi, penyokong harus sedar di mana kedudukan kita,” katanya.

Turut mengakui kekalahan 1-4 tempoh hari menunjukkan masih banyak kekurangan perlu diperbaiki, Karathu memuji kebangkitan anak buah Rajagobal pada babak kedua perlawanan menggesa prestasi seperti itu diteruskan sepanjang 90 minit perlawanan.

Malaysia kini menduduki tangga tercorot Kumpulan D selepas tumpas 0-2 kepada Qatar dalam aksi pembuka tirai di Doha, bulan lalu.

Walaupun berada satu anak tangga di atas Yaman, di atas kertas, Harimau Malaya berpeluang memperbaiki kedudukan menjelang pertemuan kedua
saingan Kelayakan Piala Asia 2015 yang hanya berbaki dua hari lagi.

Namun segalanya terpulang kepada Rajagobal yang sudah mendapat gambaran siapa yang bakal diturunkan ketika berdepan Yaman nanti.

- Sinar Harian

Related Posts

2 Responses to Berhenti merungut Rajagobal

  1. suruh gopal tgk bola kg the movoe mn tau jmpa pnyerang baru..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>