Terengganu didenda RM50,000, tidak boleh merayu

Datuk Taufek Abdul Razak

FAM hari ini menjatuhkan hukuman denda RM50,000 terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) setelah membuat pengakuan bersalah ke atas tiga pertuduhan.

Tiga pertuduhan tersebut ialah tindakan liar penyokong skuad Penyu membaling objek berupa serpihan simen dan konkrit ke padang serta ke arah penjaga garisan, Mohd Fazli Ishak.

Selain itu, Terengganu selaku tuan rumah gagal menyediakan kawalan keselamatan dalam stadium ketika perlawanan Liga Super menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 15 Jan lepas.

“Setelah meneliti rakaman video perlawanan dan laporan daripada pegawai perlawanan, kami mendapati bahawa PBSNT bersalah dalam ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

“Skuad Terengganu juga bakal berdepan hukuman bermain tanpa kehadiran penonton jika mengulangi kesalahan yang sama pada perlawanan akan datang,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak.

Beliau berkata PBSNT tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman denda tersebut kerana ia hukuman yang minimun.

Related Posts

14 Responses to Terengganu didenda RM50,000, tidak boleh merayu

  1. duit masyukk lagiii…fam senyum lebar..dapat bonus cepat…haram!!

  2. Sikit sangat….tu……..sepatutnya 500.00…….Kata Mat Said!!!!

  3. udin dan idin dan sultan bola

    pergh..bestnye..kelantan dh kena 62K.. ganu kena 50K….parti smpai pg la FAM… ape nk jd ler..smngat kbangkitan pyokong2 bola sepak malaysia sbnarnye telah di patahkan oleh FAM…satu pertubuhan yg terang2 korup dan kurap..pyokong pon jd mnyampah nk tgk bola..alih2 yg kaya FAM.. double standard lak tu…xkan smpai nk suh pnyokong2 mndoakan kemangkatan tuuut plak…

  4. anda hanya menjatuhkan merendahkan maruah institusi beraja malaysia jer..sedarlah wahai presiden …

  5. ni la akibatnya klu bui ko orang yang tak tau apa-apa… Tak pela, Tuhan itu Maha Adil.. Kebenaran pasti akan terjawab juga satu hari nanti… Allah akan tunjukkan, insya`Allah..

  6. apa nak jadi dengan Malaysia ni.. penuh dengan kaki bodek

  7. FAM bangang!!!
    tggu je bile time selangor, atm, phg dgn JDT nk kena denda nih…

    • tapi walau camne skali pun, Kelantan la denda yang paling tinggi.. pada hal kalau ditengokkan kesalahan yang dilakukan tidak setimpal dengan kesalahan yang turut dilakukan lain2 pasukan.. Sultan bola tak tahu menahu, tunggu sahutan dari Ilahi je.. Allah swt itu Maha Adil.. Ingatlah.. Langit tak selalu CERAH, esok tengok dah BANJIR pun.. TIDUR MATI la katakan, macam FAM.. :)

  8. Selangor, JDT n de gang jangan bimbang, anda tidak akan dikenakan tindakan.. kalau kena pun 1@2 ribu je..

  9. nggak apa2 kok!Duit rakyat..

  10. Kecik punya hal….next time boleh buat lagi!!!!

  11. Seronok ja FAM..takpalah..
    bola sepak malaysia bukan maju pon !

  12. fam bayk gat tu dende sikit dp ar …..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>