Azzuddin perlu segera letak jawatan SU Agung FAM

Azzuddin Ahmad FAM

TANPA niat untuk memburuk dan menjatuhkan kredibiliti individu tertentu apa lagi berdendam, Tan Sri Annuar Musa menggesa Datuk Azzuddin Ahmad mempercepatkan proses peletakan jawatannya dalam badan induk bola sepak itu.

Menurut Annuar, seorang Setiausaha Agung FAM yang tidak tahu memainkan peranan serta hilang kewibawaan perlu lah meletak jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baru.

Hal ini katanya penting bagi memastikan kepimpinan baru boleh membawa idea-idea yang lebih segar dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan arena bola sepak negara.

“Azzuddin merupakan Setiausaha Agung yang hanya bertanggungjawab kepada Presiden FAM sahaja, tetapi apa peranannya di antara ahli gabungan dan Exco?

“Ikhlas saya cakap, Azzuddin tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ahli-ahli gabungan dan Exco, sebab itu beliau gagal memainkan peranannya sebagai urus setia yang baik.

“Dan disebabkan itu juga beliau sudah hilang kewibawaan dalam menyelesaikan banyak perkara,” kata Annuar kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas Majlis Taklimat kepada ahli-ahli Ðewan Rakyat Parlimen ke-13, semalam.

Apa yang diperkatakan Annuar itu reaksi mengenai kenyataan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan meneliti laporan Azzuddin sebelum mengambil tindakan terhadap bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang terus mengkritik badan induk itu.

Menurut Annuar, berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, sebuah urus setia yang akan menentukan sama ada perbicaraan akan dilakukan ataupun tidak.

Bagaimanapun, disebabkan urus setia FAM yang diterajui oleh Azzuddin sudah hilang kewibawaan, maka situasi ini berlaku dalam bola sepak negara.

“Seperti saya cakap masalah dalam FAM adalah berpunca daripada Azzuddin, mereka sikap bukan memikirkan apa orang kata, bila teguran sahaja di fikiran mereka hanya memikirkan untuk mengambil tindakan.

“Orang semua memandang bagaimana dia mengambil tindakan yang tidak konsisten dalam memilih untuk perbicaraan. Saya melihat perbicaraan nampaknya dibuat secara selektif, ada masa cepat ambil tindakan, ada masa tak pula ambil tindakan.

“… sebab itu saya rasa lebih elok Azzuddin berhenti daripada FAM supaya lebih cepat dia berpindah ke AFF dan mungkin di situ akan membawa satu harapan baru apabila FAM melantik setiausaha agung baru,” jelas Annuar.

- Sinar Harian

4 Responses to Azzuddin perlu segera letak jawatan SU Agung FAM

  1. x payah ke AFF. BERSARA SAHAJALAH.AFF PUN NANTI KENA KUTUK JUGA SEBAB KEWIBAWAAN TIADA PADA JUDIN .

  2. Mamat…..Penang……bila nak bersara….tak habis2….pilih BULU!!!!!

  3. Judin …. Masalahnya sekarang kamu tak bagus kerana ketua kamu tak bagus. Kamu boleh jadi bagus bila kamu bekerja dgn ketua yg bagus kerana kamu jenis org dicucuk hidung dan boleh ditarik kemana mana macam lembu.

    Kamu masih boleh jadi bagus kalau bekerja dgn ketua tak bagus tetapi dgn syarat kamu ada bakat dan leadership utk mengubah keaadaan … Faham tak judin?

    • Mari kita VOTE judin juling dgn benci pdnya….mari semua..hahahahaha benci JUDIN..benci JUDIN..bakar rumah malik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>